Friday, April 08, 2011

:: Imbau Kenangan : Kek Buah Kukus ::

Setiap kali tibanya hari lahir, ingatan ke zaman kecil dulu pasti menggamit memori. Kenangan bagaimana mak dan arwah abah meraikan hari lahir kami adik-beradik.


Meski kehidupan waktu itu sangat sederhana tapi mak dan arwah abah tidak pernah terlepas dari meraikan hari lahir setiap dari kami. Rai yang bagaimana ye? hmmm... sudah pastilah mengikut sekadar yang termampu. Oh... yang pastinya juga tidak ada kek icing atau bertopping, tiup lilin semua bagai. Tapi, pada hari yang istimewa itu arwah abah akan beli sebiji kek buah kukus untuk dimakan bersama-sama. Kek buah tersebut hanya bersaiz sederhana empat segi tepat.


Memang setiap kali tiba hari lahir sama ada abang, saya atau adik shakir, pastilah kek buah kukus dibeli sempena meraikannya. Itupun sudah cukup membuat kami berasa sangat gembira walaupun tidak ada sebarang hadiah yang diterima.


Kenapa kek buah ye? Agaknya waktu itu kek buah harganya agak mahal kan dan proses untuk membuat kek buah juga agak lecehkan. Jadi ia menjadi kek yang istimewalah waktu itu. Sebab itulah ia menjadi hidangan untuk hari yang istimewa juga. Walau apapun, kami tetap bersyukur dengan segala rezeki yang Allah beri.... alhamdulillah...


Dulu-dulu saya makan kek buah ni, tapi sekarang ni memang tidak berapa gemar. Entahlah kenapa. Cumanya... bila tengok kek buah pasti teringat kenangan dulu.

2 comments:

suez said...

i looove fruit cake! kukus sedapnyeh! hepi bedei kak kay.

khairanimaisurah said...

awat k.kay tak suka ek! rasa dia cam pelik sikit hehehe... lain org lain citarasa kannn. neway thank you sue