Saturday, April 23, 2011

Ingatkan dapat duduk rumah santai-santai satu hari ni. Hmmm....alih-alih keluar juga tengahari tadi ikut en.hubby pergi Beranang. Adalahhhh urusan sikit. Mujurlah segala kerja rumah dah siap awal-awal lagi.


Urusan di Beranang mengambil masa yang agak lama juga, hampir 3 jam. Dengan cuaca yang panas membahang memang sangat meletihkan badan, asyiklah dahaga sahaja. Tapi tidak mengapalahkan.... semoga kesabaran ini membuahkan hasil yang positif... insyaallahhh.




Sambil menunggu, si adik melayan kebosanan, bermain dengan kucing. Si kecil ni memang sukaaaaa sangat dengan kucing. Sedap sahaja kucing tu tidur dibelai-belai adik.


Dari Beranang, terus pergi Bangi makan tengahari meski waktu sudah menginjak Asar. Tiba-tiba teringat air istimewa restoran d'Limau Nipis, terasa-rasa sahaja ditekak....maka terus sahajalah kesana.



Air apalagi yang dipesan kalau bukan air d'limau istimewa ini.

Selalunya kami pergi makan tengahari, ambil nasi campur sahaja. Kali ini kita makan yang goreng panas-panas pula. Boleh tahan juga rasanya.... sedap. Saya makan nasi goreng ikan masin.



En.hubby makan nasi goreng limau nipis. Sedap juga ni.


Tapikan... sedih sikitlah waktu balik rumah tadi sebab hujan yang turun selebat-lebatnya telah membuatkan segala kain baju yang dijemur habis basah lencun semuanya huhuhu.... Dengan kasut sekolah si abang juga turut basah. Hmmm... apa nak buatkan... reda sahajalahhh. Hujan itukan rahmat...

No comments: