Tuesday, April 12, 2011

:: Terima kasih... ::

Ucapan terima kasih khas buat semua kawan-kawan, sahabat handai dan adik-beradik yang wish selamat harijadi buat saya yang sudah tua ini hehehe... Tapi rasa seronok juga, malu pun ada bila ada yang bagi hadiah.

Terima kasih buat maksu, suzi, kak jemah, ila, ida dan juga yana untuk hadiah birthday. Tiba-tiba rasa diri dihargai....ecewahhh...

Jumaat malam, meraikan harijadi dengan maksu di Padi House, Cyberjaya. Saja-saja seronok sebab sudah lama kami tak keluar sama-sama (berdua sahaja).
Sedap juga makanan dekat sini. Maksu makan kuetiaw hor fan.

Saya pula makan Tomyam Fried Rice. Makan-makan sambil borak, sedar tak sedar dah sampai jam 12 tengah malam, baru sibuk hendak balik rumah.

Maksu bagi hadiah buku, yana pula bagi penanda buku. Memang ngammm.... suka...suka...


Semalam masa check gmail, ada email dari Nuffnang. Wowweeee.... ada surprise birthday gift dari Nuffnang dan TGV(4 tiket menonton wayang). Kalau nak ambil, kena pergi ke pejabat Nuffnang. Hmmm.... tengoklah nanti... Terima kasih Nuffnang dan TGV untuk hadiah itu...

2 comments:

khay ke'ai said...

saya sayang kakak saya sebesar dunia....<3 <3 <3

Nurilhami said...

alhamdulillahhh.... hidup berkasih sayang, sepanjang masa akan dikenang :)