Friday, April 15, 2011

:: Sehari Semalam @ Phuket ::

Ini cerita hujung minggu, 2 ke 3 minggu yang lepas. Akhirnya saya telah merasmikan passport saya dengan mengunjungi Phuket. Yang paling best tu bercuti sehari semalam sahaja.... hehehe.... Oklah kan... sekurang-kurangnya saya sudah menjejakkan kaki ke Phuket.... ecewahhh.

Hmmm... apalah yang boleh dibuat sehari semalam kan. Anda sudah berada di sebuah pulau yang memang popular di kalangan pelancong, malah pulau ini memang sentiasa penuh dengan pelancong-pelancong dari seluruh dunia. Tetapi disebabkan, hanya ada sehari semalam sahaja maka haruslah setiap ketika dan saat itu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Tiket penerbangan telah ditempah awal Januari lagi. Sebabnya masa tu en.hubby dan kawan-kawan bikers sudah merancang hendak ride kesana sempena Phuket Bike Weeks 2011. Saya dan Fiza tak mahu ikut naik motor disebabkan beberapa faktor. Maka kami ambil keputusan nak kapal terbang Air Asia (masa tempah tiket tu AA saja yang murah sikitttt).


Kami bertolak ke Phuket dengan penerbangan AA jam 7.25 pagi dan sampai di Phuket 8.30 pagi (waktu Malaysia). Perbezaan waktu Phuket, Malaysia awal sejam.



Waktu ini en.hubby dan kawan-kawan sudah pun sampai Phuket sehari sebelum. Kononnya bila kami sampai tu mereka hendak datang ambil di airport tapi yang jadi sebaliknyalah pula. Saya dan Fiza naik mini bas dari airport ke Patong dengan bayaran 150B. 150B bersamaan dengan rm15. Perjalanan dari airport ke Patong mengambil masa lebih kurang satu jam. Puaslah tengok keliling..... jumpa ladang getah, ladang nenas, kebun kelapa segala bagai...




Kami menginap di Boomerang In dengan kadar rm150 untuk 2 malam. Murahkan... ala hotel biasa-biasa saja. Bolehlahhhh setakat hendak tidur semalam.




Sebaik sampai, memang tidak boleh buang masa kerana masa itu sangat emas. Kami hanya ada sehari semalam sahaja untuk meneroka Phuket....wahhhh gitu.... Untuk memudahkan penjelajahan kami di sana en.hubby sewa motorbike dengan kadar rm20 untuk sehari. Yang tak tahan tu, siap ambil motorbike warna pink.... musykil? Tapi memang seronok ronda-ronda dengan motor comel ni, sebabnya mudah sahaja untuk dikendali. Kalau tengok di bandar Phuket ni, rata-rata orang....majoritinya memang bergerak dengan motor terutamanya pelancong-pelancong asing. Senang hendak menyelit-nyelitkannn... Tapi kalau hendak merasa naik tut tut pun boleh juga.


Sebelum memulakan aktiviti, perut haruslah diisi dulukan. Mana boleh jalan-jalan makan angin dengan perut kosong. Nanti tidak pasal-pasal masuk angin keluar asap pula. Kami makan pagi merangkap makan tengahari di Saveena Food (restoran Muslim). Hendak cari restoran ni senang sahaja, sebab lokasinya betul-betul berdekatan dengan masjid. Kalau jumpa masjid, jumpalah restoran ni....hehehe... Makanannya? Alhamdulillahhhhh...boleh tahan.... pedas sambal belacannya tuh... perghhhh boleh nangis!!!



Perut sudah kenyang, hati pun senang maka tibalah masa untuk berjalan-jalan.


Tempat pertama yang kami lawati dan bermula juga acara beli-membeli adalah kedai jual t-shirt dengan harga borong. Di sini memang harganya agak murah berbanding jika dibeli di Patong. Tidak pasti pula apa nama kawasan di sini, tapi dari Patong tu kira agak jauh jugalah. Sebab ianya adalah kedai borong maka saya pun memboronglah hahaha...



Kemudian, kami menuju pula ke Rawai Beach. Jenuh sesat juga hendak kesini.



Sebab sudah pusing-pusing bandar entah berapa kali masih tak jumpa-jumpa jalan menuju ke Rawai Beach tu, maka terpaksalah mengupah pemandu pelancong bermotosikal untuk menunjukkan jalan. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak rm2 (20B).


Apa yang ada di Rawai Beach? Di sini banyak dijual barang-barang kraftangan dari hasil laut. Rantai dan gelang mutiara juga banyak dijual disini.


Hasil laut yang segar juga ada disini. Macam-macam jenis makanan laut ada dijual. Pilih sahaja mana yang berkenan, lepas tu bawa sahaja ke restoran berhadapan tu, boleh terus suruh mereka masakkan. Memang segar....


Macam-macam ada...


Saya beli segala cenderahati di Rawai Beach sebab harganya adalah lebih murah berbanding kalau beli di tengah bandar. Di sini juga saya puas makan buah nenas sebiji dengan harga rm4. Memang manis, sedappppp sangat... tak perlu letak asam pun.



Dari Rawai Beach kami gerak ke depan lagi singgah tepi benteng dekat pantai juga. Bersantai di sini sambil ambil angin, minum air melepaskan lelah. Cantik pemandangan di sini dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.... Siam hik hik hik...


Masa di sinilah, Remy belikan telur belangkas untuk Fiza yang memang teringinnnnn sangat hendak makan.

Inilah dia rupanya telur belangkas yang telah siap bakar.



Diorang siap makan dengan kerabu mangga lagi letak dalam telur belangkas tu. Saya memang tak makan le, nak cuba sikit pun rasanya tak boleh.... tiba-tiba rasa kembang tekak hihihi...

Lepas dah rehat-rehat tu, kami teruskan perjalanan lagi. Berhenti tepi jalan untuk isi minyak motor. Satu botol minyak petrol berharga rm4 (40B).




Dalam perjalanan, kami singgah pula untuk melihat gajah. Di sini, sepanjang jalan memang boleh tengok gajah sepuas-puasnya. Siap boleh bagi makan gajah lagi.




Bagi minum susu sebotol dan seraga pisang dengan bayaran rm10 (100B). Mula-mulanya saya yang pegang botol susu tu, tapi sebab saya yang kurang berani ni, en.hubby la pula yang ambil alih.


Sebab takut punya pasal, bergambar dengan gajah pun berdiri jauh-jauh sikitttt hehehe...



Gajah lagi... kalau hendak naik atas gajah pun boleh juga. Tapi tak tahulah berapa kena bayar sebab saya tak naik pun.



Pemandangan pulau dari Karon View Point.




lalalala....


Di Karon View Point ni, boleh juga bergambar dengan burung helang. Bayaran yang dikenakan adalah 100B kalau dengan kamera sendiri, 200B kalau kamera diorang.



Sepanjang jalan di atas motor...



Pemandangan Phuket...



Kami masuk balik Patong dan waktu ini hari sudah menginjak petang. Pekan yang agak sibuk.... macam-macam ada. Di sini banyak tempat-tempat untuk berurut dan spa. Boleh berurut dengan harga semurah rm20 satu jam. Tapi saya tak sempat pun hendak berurut segala bagai. Petang itu, balik bilik penginapan sekejap untuk berehat, bersihkan diri segala... Sebab lepas ini ada agenda lain pula...


No comments: