Sunday, February 28, 2010

:: Kenduri ::

Semalam sehari suntuk berada di Jengka, menghadiri kenduri kahwin Apiq. Kali ini majlis bertandang sebelah pihak lelaki pula setelah majlis sebelah pihak perempuan bulan Disember tahun lepas di Klang. Seawal jam 7.30 pagi bertolak dari rumah, kami singgah sarapan di Petronas sebelum tol Bentong.

Waktu kami sampai jam menunjukkan 10.30 pagi namun cuaca sudah panas membahang, tambah-tambah bila tiba waktu tengahari, lagi menyengat bahangnya. Siapalah kita nak merungutkan...hujan,panas, ribut, taufan...semua adalah ujian dari Dia kannnn. Namun dengan ujian sekecil ini, majlis tetap meriah. Lagipun semangat kejiranan di kampung, saling tolong-menolong itu yang buat majlis lebih meriah. Walaupun seekor lembu hanya ditumbangkan pagi Sabtu itu juga, segala lauk-pauk telah siap dimasak sebelum tengahari. Itulahkannn berkat kerjasama.

Yang paling bestnya kalau kenduri di kampung ni, tentulah lauk-pauk kampungnyakannnn. Ada 2 pilihan; nasi minyak atau nasi putih. Lauknya....hahhhh...ada gulai daging, asam rebus keladi, acar timun, sambal belacan dan juga ikan masin, memang sedap. Lagi sedap dengan air sirap... srrrupppp...hilang dahaga.

Petang masa nak balik, ayah long siap bagi nasi berkat dengan daging lembu mentah (harus minggu ni menunya daging saja). Syukur alhamdulillahhhh....

Friday, February 26, 2010

:: Abang dan buku pilihan ::

Hari Rabu minggu lepas hari yang saya dan anak-anak masih bercuti tu, saya bawalah diorang ke MPH Alamanda sementara nak ambil en.hubby balik kerja. Masa ni saya bagi peluang kepada anak-anak untuk pilih apa saja buku yang diorang nak. Seorang hanya sebuah buku saja. Maka bermulalah misi pencarian mereka di MPH tu. Si adik memang tak banyak hal, nampak saja buku yang dia berkenan terus ambil. Tapi yang macam-macam halnya si abanglah. Susah betul dia nak pilih, ambil letak, ambil letak...macam tulah dia hampir 20 minit. Dah nak naik angin pula saya, tapi dok pujuk hati...sabar-sabar... biar dia pilih buku apa yang betul-betul dia nak baca. Akhirnya...hampir 30 minit memilih, inilah buku yang abang ambil.

Bila ditanya, kenapa abang pilih buku ini. Dia jawab sebab ada ni;


Tuesday, February 23, 2010

:: Jalan-jalan Balik Kampung - Bhg. 2 ::

Hari CNY tu, selepas Asar kami bertolak ke KB dari rumah mokcik. Kami bajet sampai dalam pukul 6.30 petang, tapi nampaknya tak kesampaian kerana perjalanan masuk ke bandar KB dikekang oleh kesesakan jalanraya. Destinasi kami petang itu adalah PCB. En. hubby ada majlis reunion kawan sekolahnya. Sebetulnya reunion seawal jam 4 petang lagi, tapi kami mendapat kelonggaranla sikit. Lagipun majlis akan berlangsung sehingga tengah malam (kononnya...). Alih-alih dek kerana kesesakan itu, kami sampai di PCB waktu sudah menjelang Maghrib. Pun kami terlajak masuk sampai ke Perdana Resort, rupa-rupanya si Awi(tuan perancang majlis) sewa banglo yang berhadapan betul-betul Perdana Resort. Yang kami ni ingatkan majlis tu buat kat dalam resort hihihi...

Anak-anak siap berangan nak mandi kolam...yang ado. Jawabnya mandi dalam bilik air saja le. Wahhh... masa sampai tu en.hubby berpeluk sakanlah dengan kawan-kawannya, almaklumlah dah lama tak jumpa. Kesemua yang hadir tu rata-ratanya memang asal negeri Cik Siti Wan Kembang, en.hubby saja orang Terengganu. En.hubby nikan anak polis, zaman kecil-kecil dulu kerjanya merantau ajelah, itu yang tercampak kat negeri K tu. Lama juga en.hubby bermastautin di sana lebih kurang 14 tahun. Itu jugalah ramai kawan-kawan dia ore Kelate.

Berbalik pada reunion tu, saya dan anak-anak terus masuk dalam rumah... sambil tu berkenalanlah dengan mem-mem pula. Ehhh... malu-malu kucing le pula saya ni, lagipun saya ni memang pemalu ahaks! Segan tak tentu hala jadinya saya. Nak selamat diri, terus ajak anak-anak masuk bilik, yelahkan waktu Maghrib dah makin lanjut (alasan). Alih-alih, elok saja masuk bilik dan saya pun suruh si abang tutup pintu bilik... jeng..jeng..jeng...tiba-tiba pintu tu dah tak boleh dibuka semula. Kami terkunci di dalam bilik huhuhu. Puas dicuba, tak boleh-boleh juga wahhhh... macamana ni? Kebetulan masa tu en.hubby dan kawan-kawan dah pergi ke masjid berdekatan untuk bersolat Maghrib. Terpaksala dengan sabarnya saya dan anak-anak menunggu. Lebih tragis, nyamuk punyalah banyak. Sementara menunggu sang penyelamat, kami anak-beranak buat aktiviti menampar nyamuk... besar-besar pula tu. Akhirnya... setelah bermacam cara yang lebih lemah-lembut untuk buka pintu masih tidak berjaya, maka terpaksale dipecahkan pintu itu dengan sedikit aksi ganas. Siapa pula hero yang ganas tu? Hah! sudah semestinya le en.hubbyku sayang...hehehe... Alhamdulillahhh... dapat juga kami keluar. Bila diingat-ingatkan balik, kelakar ada, malu pun ada juga. Sudahle baru berkenal-kenal, belum tahap mesra alam lagi, dah jadi macam ni pula, tak tahu nak bereaksi macamana...

Lepas insiden tak diingini tu, saya pun mandikan anak-anak, siap-siap semua untuk acara berbarbecue pula. Ini aktiviti yang best ni, sebabnya semuanya segar-segar dan manis-manis belaka...dari ikannya, udangnya, sotongnya...ayam pun ada. Puas makan. Waktu makan ni memang la seronokkan tapi yang payahnya tu bila berkumpul dengan mem-mem yang semuanya asal negeri K nih. Diorang sembang dialek sana, yang saya ni dok ternganga, tersengeh la jawabnya... tak berapa nak faham. Tapi yang pelik ni, si abang tu sekejap saja dah boleh berkawan dengan anak-anak kawan en.hubby yang lain. Siap boleh duduk makan bersama lagi, tak perlulah ibu ni haaa. Sampai ke tengah malam bebudak tu dok bergelak, bermain sakan. Kumpulan abah-abah ni tak usah cerita la, kalau nak ikut sampai esok siang pun tak habis cerita. Dah lewat tengah malam barulah selesai acara, berkemas segala.Yang rumah dekat-dekat situ tu, balik tidur rumah sajalah, tinggallah kami anak-beranak dengan keluarga si Awi tidur kat banglo. Tak terfikir dah nak ambil sebarang gambar pun masa malam barbecue, badan dah penat, dengan insiden tak disangka-sangka lagi, habis lupa. Satu lagi pasal si abang, balik rumah dia asyiklah dok cuba bercakap dialek Kelantan. Jadi pelik bunyinya. Agaknya kalau duduk seminggu dua kat sana, sah-sah dah boleh kecek Kelate.

Awal pagi esoknya tu kami bangun dan keluar bersarapan di restoran berdekatan. Sarapan pagi kami ada yang makan nasi kerabu, nasi dagang. Kalau balik Pantai Timur, itu sajalah menu sarapan yang best. Selepas sarapan maka berpisahlah kami dengan Awi dan keluarga dengan lagi satu rancangan reunion yang akan dibuat pada bulan Jun nanti di Cameron Highland... insyaallah kalau tidak ada berhalangan.

Lepas itu en.hubby bawa kami berjalan-jalan ke Bandar KB. Kami ke pasar Siti Khadijah. Tak ada beli apa-apa pun di sana, hanya sedikti ole-ole untuk rakan pejabat. Puas pusing-pusing pasar kami terus balik KT. Petangnya en. hubby bawa anak-anak main tepi pantai. Wahhhh seronok bukan mainla budak-budak tu. Mula-mula konon nak jejakkan kaki saja dalam laut.... tup-tup tengok dah basah kuyup. Sabar jelah budak-budak nih. Dah Maghrib baru balik rumah.




Masuk bandar KB yang sibuk, terpaksa parking kereta agak jauh dari pasar. Kena berjalan sikit la, itu yang muka masing-masing lain macam saja, dok tahan panas.

Pasar Siti Khadijah

En. hubby bawa ronda-ronda tengok sekolah lama dia, SMIP.

Perjalanan balik dari KB ke KT...melalui jalan yang menampakkan kawasan rumah Tuan Guru Nik Aziz. Dalam gambar tu bangunan sekolah agama TG.

Singgah juga di pantai Seri Bayu dekat Tok Bali walaupun tengahari rembang. En. hubby beli jagung bakar, beli juga buah tembikai (biasa la anak beranak suka buah). Lupa pula nak ceritaa, waktu di pasar Siti Khadijah pun en.hubby sempat beli buah pauh (mangga/mempelam).

Petang-petang main air di pantai Batu Rakit.

Kami balik Puchong keesokkannya. Walaupun tak lama kami di kampung, cukuplah buat mengubat kerinduan tok dan tok abah kannn....

Dalam perjalanan balik, singgah di M bandar Kerteh makan tengahari. Kami sampai Puchong dah hampir jam 6 petang.

Monday, February 22, 2010

:: Terlewat bangun ::

Entah apa yang tak kena, apa mimpi agaknya hingga ibu terlewat bangun pagi ini. Sedar-sedar saja jam sudah menunjukkan angka 6.15.... hahhh!!!! 6.15 pagi??? Ohhh!! tidak!!! biar betulll. Baju semuanya belum bergosok, baju en. hubby, baju ibu, baju abang dan adik. Terkocoh-kocoh saya bangun; pertama sekali menggosok le dulu.

Dah selesai, terpaksa kejutkan en. hubby. Minta tolong jasa baik en.hubby tercinta bangun dan mandikan anak-anak. Walaupun dalam mamai bangun tidur, jeling-jeling kearah saya tanda tak puas hati (huhuhu...ampunnn)en.hubby tetap tolong. Terima kasih banyak-banyak yang ye! Pukul 7 baru en.hubby dapat mandi, giliran saya pula siap-siapkan apa-apa yang patut. Kami keluar rumah dah 7.15 pagi dengan muka saya yang pucat tak berbedak. Sampai pejabat, kelam-kelibut le bersolek bagai hihihi.... Mula hari baru dalam minggu baru dengan kelewatan dan kekalutan... alaaahaiiii.

Sunday, February 21, 2010

:: Jalan-jalan Balik Kampung (Bhg. 1)::

Hampir 2 hari saya tak bersiaran sebab sibuk membaca novel terbaru Pingu Toha (143). Macam tulah saya, kalau dah mula membaca mesti susah nak berhenti dan mesti kena fokus. Perkara-perkara lain memang saya tolak ketepi dulu. Akhirnya dah selamat baca 143 dalam tempoh 2 hari.

Oklah, kali ini cerita pasal cuti CNY hari tu. Kami kan balik ke bandar KT(rumah ibu mertua)...bertolak Jumaat malam (atau masa tu dah masuk hari Sabtu) jam 12 tengah malam dan balik kesini pada 16 Feb. Walaupun cadangnya nak bertolak lebih awal, tapi en. hubby ada urusan pula hampir jam 12 baru selesai. Masa tu anak-anak dah tidur... terus saja angkat masuk kereta. Perjalanan malam tu agak lancar; kereta memang banyak menuju ke destinasi masing-masing namun tidaklah sampai menyebabkan kesesakan. Kiranya ini adalah kali pertama kami balik KT tengah malam dan kami terpaksa berhenti untuk solat Subuh di Rantau Abang. Cuma sesekali macam ni seronok juga, sempat berjemaah pula tu.

Lepas solat dan rehat, kami terus gerak. Kami sampai bandar KT lebih kurang pukul 7.30 ke 8 pagi macam tu. Pun tak terus balik ke rumah, kami singgah sarapan di Pantai Batu Burok. Menu sarapan pagi sudah semestinya nasi dagang di gerai yang agak popular dan boleh tahan sedap nasi dagangnya... Restoran Kak Pah. Sedap... sedap, seawal jam 8 dah ramai yang dok beratur buat pesanan... ada yang nak bungkus, ada yang nak makan situ.

Walaupun kami cakap nasi dagang Kak Pah ni sedap, bapa mertua tetap kata nasi dagang paling sedap yang mak mertua masak.... sudah semestinyalah kannn


Lepas sarapan... apalagi terus gerak balik rumah mak mertua. Kesian dah tengok en. hubby dok menahan kantuk. Sampai rumah terus boooommmm!!!... dengan saya sekali pun sama naik hehehe... Mak mertua hari ini agak sibuk nak ke rumah mokcik untuk persiapan pertunangan sepupu esoknya. Tinggalah kami anak-beranak bersama adik-adik bermaharajalela, bersenang-lenang di rumah hihihi.... lagipun mak mertua dah siap-siap masak dah. Memang naik lemak betullah... Dah petang-petang sikit barulah en. hubby ajak pergi rumah mokcik. Tak jauh mana pun, ada lah dalam 15 minit perjalanan. Mokcik ni buat kenduri sekali 2 dalam 1; satunya kenduri masuk rumah baru dan satu lagi majlis tunang kakcik dan tak tahulah agaknya hari ni rezeki kami makan nasi dagang sampai 2 kali sebabnya petang tu mokcik masak nasi dagang untuk tahlil malamnya. Lepas tahlil kami balik, tapi si abang dah sibuk pesan suruh saya kejutkan dia awal-awal pagi esoknya sebab nak tengok orang sembelih kambing di rumah makcik. Wahhhh.... kenduri tunang kakcik esoknya siap ada gulai kambing.... betullah marveles.....buat tambah marveles tu, kambing tu kambing makcik bela. Besar juga tengok kambing nan seekor yang bakal dikorbankan tu.... hmmm... memang besarlah kendurinya.

Bersemangat betul si abang nak tengok kambing disembelih... sampaikan en. hubby kejut dia hanya dengan sekali kejut sahaja. Anak ibu memang teruja dengan bende-bende gitu.... Itu cerita si abang dan abahnya, ni cerita saya pagi CNY pula. Tiba-tiba mak mertua minta tolong gubahkan 2 lagi hantaran kakcik yang belum siap...satunya sirih junjung dan satu lagi buah-buahan huhuhu... Ini memang bahagian yang agak sadis buat saya sebabnya saya ni orangnya sangatlah keras tangan. Tapi takpalah.... disebabkan ibu mertua tersayang dan usaha untuk menjadi menantu mithali maka saya lembut-lembutkanlah tangan ini. Akhirnya siap juga dan cantik juga hantaran tu hihihi (siapa lagi nak puji kannn). Rombongan meminang dijangka tiba selepas Zohor dan upacara meminang pun lingkungan waktu itu jugalah. Tidak mahu terlewat dan mendengar bebelan merdu lagi syahdu mokcik sebab kelewatan kami maka bersiap-siaplah kami selepas itu.... pukul 11 lebih dah tercegat di rumah mokcik. Nasib baik mokcik senyum aje... maklumle tak lama lagi orang dah nak dapat menantu hihihi...

Orang sibuk melapah, si abang pun sibuk main api. Boleh dia cakap, kambing ni tengah bersenam sebab digantung macam tu.

Alhamdulillahhhh.... akhirnya majlis pertunangan telah berjalan dengan jayanya. Ikut perancangan, majlis walimahnya akan dibuat pada bulan 10... hmmmm harus kena cuti lagi nampaknya. Kenduri mokcik kali ini pun terasa meriah juga sebabnya acara masak-memasak digotong-royongkan bersama adik-beradik. Eloklah begitukan.... walaupun mokpok dengan ayah dah tak ada tapi ikatan adik-beradik masih erat terjalin. Tak ada masam-masam muke, kelat-kelat pahit... semua gembira. Itulah juga yang sepatutnyakannn...

Mak mertua ni dari dulu lagi kalau tiba bab kenduri-kendara, dialah orang paling sibuk di dapur


Orang sekarang kannn... bertunang pun dah guna make-up artis, siap pelamin bagai... saya dulu bertunang cukuple secalit lipstik buat penyeri sebab seri wajah dah terpancar semulajadi ecewahhh hahaha...

Cerita abang dan adik pun boleh tahan happening juga... sebabnya orang dok sibuk-sibuk di dalam yang budak bertuah 2 orang tu seumpama telah mendapat kebebasan maksimum bermain-main di luar rumah, tak kira waktu tu tengahari panas terik, membahang bagai nak membakar badan. Kita yang rasa nak terbakar tapi anak-anak ni, tidak dikisahnya pun dengan cuaca yang membahang tu. Memang bahagia betul diorang dapat main pasir, main dengan arnab, itik angsa, ayam segala bagai. Muka masing-masing dah macam udang kena bakar, lagi-lagi si abang, dah serupa anak negro hishhh... Saya cakap pada en. hubby, rumah mokcik dah macam zoo pula. Dah tu, tepi kawasan rumah ada pula sungai ke paya entah, siap boleh mancing ikan. Betullah tu kannn... memang budak-budak suka benar.

Dua hari yang membahagiakan...

Beria-ia memancing, hasilnya.... nan ado...

Itu secebis kisah di rumah mokcik. Petang dari majlis rumah mokcik, kami bergegas pula ke bandar KB di negeri K. Ada aktiviti yang sedang menanti di sana. Ingat nak cerita semua dalam satu entry saja, tapi terpaksa buat bahagian 2 la pula sebabnya saya dah malas nak menaip. Boleh gitu? hehehe... boleh jelah... inikan cerita saya. Suka hati saya le nak wat guane pung hihihi....

Friday, February 19, 2010

:: First Aid Kit ::

Dulu-dulu saya tidaklah begitu mengambil berat untuk menyimpan First Aid Kit di rumah. Walaupun dari semasa ke semasa sentiasa diingatkan bahawa betapa pentingnya untuk kita menyimpan kit tersebut untuk tujuan rawatan kecemasan terutamanya bagi merawat luka-luka kecil. Perkara itu dibiarkan begitu saja bersama berlalunya masa, walaupun saya tahu kepentingan untuk menyimpannya.

Sehinggalah kini, bila mempunyai anak dan anak-anak semakin membesar dengan pelbagai keletah dan kerenah dan disebabkan itu jugalah kadang-kadang mereka mendapat kecederaan atau luka-luka kecil, telah menyedarkan saya semula tentang keperluan First Aid kit ini. Kit tersebut perlu disimpan di rumah sebagai langkah awal untuk merawat sebarang luka atau kecederaan, sekurang-kurangnya dapat mengawal kecederaan yang agak teruk sebelum dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

Itupun, kit tersebut baru saja ada dalam simpanan di rumah kami... ada 2 kit sekaligus. Pun juga ianya diperolehi secara percuma, satu door gift dari satu function yang telah saya hadiri dan satu lagi dari Proton masa beli kereta dulu. Kebetulan pula sejak 2 ke 3 minggu ni, si abang tu asyik jelah terjatuh basikal dan dah tentulah luka sana sini. Waktu-waktu kecederaan macam inilah kit tersebut amat diperlukan. Jadi lepas ni kalau dah makin susut isi kandungan kit tersebut maka terpaksalah refill semula kannn. Rasanya peralatan-peralatan asas merawat luka boleh saja diperolehi di mana-mana farmasi.

:: Mahsuri ohhh... Mahsuri ::

Semuanya bermula Jun tahun lepas. Waktu kami ke Langkawi bercuti dengan keluarga, kami sempat melawat ke makam Mahsuri. Di situlah adik dan abang mula mengenali Mahsuri dan meminati kisahnya. Sewaktu di Perkampungan Mahsuri itulah mereka mula mengenali epik sejarah/mitos legenda seorang Mahsuri. Masa tu memang tak menang nak menjawab pelbagai soalan dari mereka....mana Mahsuri sekarang?Kenapa Mahsuri mati? Macamana Mahsuri mati? Macamana rupa Mahsuri?...semuanya kerana Mahsuri. Mula di makam Mahsuri.... singgah ke rumah Mahsuri dilahirkan dan membesar, sehinggalah yang terakhir di Muzium Mini Mahsuri. Abang dan adik menunjukkan minat yang agak luar biasa terhadap Mahsuri. Bayangkanlah masa di Muzium, mereka boleh menonton sehingga selesai dokumentari perkisahan Mahsuri. Terbit rasa bangga di hati saya sebagai seorang ibu kerana anak-anak ini baru berusia 4 dan 7 tahun waktu itu. Cerita Mahsuri sentiasa bermain di bibir anak-anak walaupun selepas meninggalkan Pulau Langkawi dan kembali ke rumah.

Sehinggalah malam tadi, sangkaan saya yang mereka sudah melupakan Mahsuri namun ternyata ianya meleset. Sebabnya, malam tadi secara kebetulan kami sedang menonton Astro Prima, tiba-tiba ada satu rancangan ini yang tak pernah kami tonton sebelum ini Suatu Ketika... membawa cerita tentang Mahsuri. Rancangan ini kalau tidak salah saya memaparkan tentang cerita-cerita sejarah untuk setiap episod. Jadi malam tadi kena pula episod pasal Mahsuri... dan tidak disangka anak-anak boleh tunggu hingga tamat rancangan selama sejam itu. Itulah dia penangan seorang Mahsuri.

Saya sendiri tak tahu apa yang buat mereka minat sangat dengan cerita Mahsuri, tapi saya tetap bangga sebab ada juga cerita sejarah yang menarik minat mereka. Ini komen mereka di akhir rancangan...

Adik : "Ibu, adik tak naklah jadi Mahsuri, nanti orang jahat bunuh".

Abang : " Cantik betullah Mahsuri ni kan ibu. "

Ibu : ''Hmmmm???"

Wednesday, February 17, 2010

:: Nasi Lemak, Nescafe Ais ::


Sarapan apa pagi ini? Cukuplah dengan nasi lemak bersama Nescafe ais. Masih dalam mood bercuti. Awal-awal pagi dah kejutkan anak-anak, kami hantar en. hubby ke pejabat. Aktiviti hari ini melakukan rutin biasa seorang ibu. Lagi-lagi baru balik dari bercuti, maka banyaklah kain baju yang perlu diuruskan. Juga sesi mengemas rumah yang telah ditinggalkan untuk beberapa hari ini. Walau apapun, harus mengadap lappy dululah kannnn....hihihi. Anak-anak memang dah tak nampak batang hidung ni, pantang bercuti ada saja aktiviti diorang di luar tu.

Dekat luar sana tu nampak macam mendung saja, yang di 'atas' tu nampak gaya dah nak turun mencurahi bumi... macamana nak jemur baju yang setambun ni ye? Hmmm...? Atau...tidur pun enak juga kan...hahaha... memang tak senonoh seorang ibu ini.

Saturday, February 13, 2010

:: Celcom Broadband ::

Akhirnya saya menjadi pengguna Celcom Broadband setelah beberapa minggu ni gigih membuat pilihan nak guna yang mana satu. Antara Celcom atau Maxis Broadband ataupun Streamyx WIFI. Melihat-lihat promosi dan membanding-bandingkan mana yang lebih berbaloi; saya pilih Celcom. Sebabnya ia sedang promosi sempena CNY... bayar rm100 untuk USB Modem, bulanan rm68. Kalau Maxis, rm78 sebulan dan Streamyx WIFI hanya upgrade kepada wireless modem, bulanan jadi rm98. Tapi kalau saya upgrade Streamyx, saya tak dapat online di mana-mana, hanya statik di rumah. Jadi, Celcom Broadband pilihan terbaik.

Sekarang sedang buat liputan secara langsung dari rumah mertua lah ni.... ecewahhh. Bertuah punya menantukan, memerap dalam bilik. Kejap lagi nak pergi rumah mak saudara, tengok persiapan untuk majlis pertunangan anaknya yang akan berlangsung esok.

Friday, February 12, 2010

:: Cuti panjang ::

Bermula esok semua akan bercuti sehingga hari Selasa sempena perayaan Tahun Baru Cina. Ini yang best kalau hari perayaan utama jatuh pada hari Ahad. Saya pula terpaksa cuti sehingga Rabu sebab sekolah si abang bercuti sampai Rabu. Malam ni kami akan balik ke Terengganu.

Mujurlah en. hubby tak jadi balik dengan mr. green. Kalau tidak dia dah merancang suruh saya yang bawa kereta dengan anak-anak, sementara dia ride dengan mr. green. Wahhhh... baik punya rancangan. Masa dia suarakan hasrat dia tuh, terdiam kaku saya jadinya. Dia tanya saya, berani tak kalau ibu drive sampai KT. Huhuhuhu.... macam nak nangis dah saya masa dia tanya tu. Tapi saya tidak beri jawapan terus, saya diam seribu bahasa tanpa sebarang reaksi. Lalu saya biarkan persoalan itu untuk beberapa hari sehinggalah petang semalam en. hubby cakap, "kita balik malam esok... lambat-lambat sikitlah bertolak". Hah! kalau dia dah cakap macam tu maknanya confirmlah dia tak jadi bawa mr.green. Sebabnya kalau bawa mr.green, kami akan balik pada Sabtu pagi. Hehehehe... kembang mekar hati saya waktu tu, tapi kembang di dalam sajalah, tak nak tunjuk sangat depan en.hubby yang saya gembiraaaa sangat tak payah drive sorang-sorang hihihi...

Dalam masa yang sama ni, saya sedih juga sebab tak dapat nak balik SP jenguk mak. Lagipun kali ini, banglong, adik shakir, dikyah semua balik. Adik Shakir siap dah tempah daging rusa, nak suruh mak masak special. Arrrgggghhhh tak aci betul... memang cemburu sangat nih. Tapi nak buat macamanakannn... nak jadi isteri mithali ni hihihi...

Thursday, February 11, 2010

:: Februari dan Buku ::

Bulan ini saya beli 2 buah buku dari Jemari Seni. 2 buah novel yang saya pesan tiba tengahari tadi. Mencium bau buku adalah kepuasan bagi saya. Bila nak baca? Belum tahu lagi. Masih belum ada waktu senggang, mungkin harus mencuri sedikit waktu yang ada ini. Jom tengok buku apa saya beli.


Wednesday, February 10, 2010

:: Mari bersenam ::

Petang tadi, beberapa teman sepejabat termasuk saya beriadah di bilik gimnasium yang telah disediakan. Kami buat aktiviti senamrobik berpandukan vcd. Seronok jugakan sesekali beriadah, berpeluh bagai... rasa lebih segar dan sihat...ecewahhh... baru 2 kali je pun hihihi. Baru mula Isnin lepas, itupun hari pertama jadi kelam kelibut sikit. Iyelah kan, kami ni tak ada cikgu yang nak beri tunjuk ajar... main hentam kromo saja kekdahnya hahaha. Jadinya hari ini, kira nampak lebih teraturlah, kira semuanya berpeluh... memang bestla juga.

Tapi, itulah kan... bila dah seronok bersenamrobik, bila balik rumah je....wahhhhh baru terasa letihnya alahai. Lagi-lagi lepas mandi, sembahyang Maghrib, terus mata ni rasa dah tak boleh nak buka. Mujur hari ni tak masak, dah siap-siap beli di pasar malam. Tunggu apa lagi saya terus pejam....zzzzzzzz.... Tup-tup...sedar sebab anak-anak kejutkan "ibu...ibu...bangun, tengok Halimah Jongang ni"....hahaha...kalau tidak hah nasib koranglah anak-anak, biar abah sajalah yang melayan. Itupun... sesekali apa salahnyakan en. hubby melayan kerenah anak-anak ni, kalau tidak asyik ibu saja hehehe.

Hmmm....nampaknya emo-emo petang semalam dah tak adakan. Rasa bahagia saja hari ni. Itulah kehidupankan... adakala kita rasa gembira, ada hari rasa sedih tanpa sebab, ada juga rasa tenang lagi mendamaikan. Moga esok adalah hari yang lebih gembira dan menceriakan dalam hidup kita semua.

Tuesday, February 09, 2010

:: Petang yang Emo ::


Sejak petang tadi saya jadi sangat beremosi... tiba-tiba saja mood bertukar. Dalam perjalanan balik tu asyik memujuk hati saja, nak kawal perasaan yang sedang emo ni. Saya bertambah emo bila jumpa en. hubby di rumah. Bila cakap saja dengan dia, semua serba tak kena, macam nak marah, merajuk pun ada. Tengok muka en. hubby macam confuse saja. Kenapa ye jadi begini? Mungkin sebab penat sangat agaknya. Macamana nak buat ye seandainya terjadi begini lagi selepas ini. Sangat-sangat tidak selesa dengan perasaan macam ni. Macam ada yang terbuku saja dalam hati yang tunggu masa nak meletup.... kebaaabooommm!!! Musykil... sangat musykil.

Monday, February 08, 2010

:: Bagaimana kalau... ::

secara tiba-tiba seorang rakan lelaki anda datang kepada anda meluahkan masalah peribadinya? Apa agaknya reaksi pertama anda ye? Terkejut?Ternganga?Keliru?Biar benar dia nih?Begitulah yang terjadi pada saya awal pagi tadi. Rakan lelaki ini, biar saja saya gelarkan dia en. T, tidaklah terlalu rapat namun tiba-tiba saja pagi tadi dia datang dekat saya menceritakan masalah peribadi yang sedang dialaminya. Wahhh... tidak disangka-sangka kerana mula-mula saya tegur dia, dia hanya cakap hari ini permulaan minggu yang tak best (muka en. T masa tu memang nampak serabut sangat). Tidak lama kemudian, dia datang ke tempat saya dan meluahkan segalanya. Fuuhhhh...terpinga-pinga sekejap saya dibuatnya. Tak tahu nak memberikan reaksi yang bagaimana, walaupun saya cuba juga untuk berlagak seperti biasa. Masalahnya bermula begini... en.T sedang berkrisis dengan isterinya pasal perbelanjaan isi rumah mereka. Si isteri meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai bajet mereka sekeluarga sejak en.T melanjutkan pelajaran dan menerima separuh gaji sahaja. Waktu itu isteri en. T terpaksa menanggung keluarga memandangkan gaji en. T dah berkurangan, malahan kalau nak diikutkan gaji si isteri yang juga merupakan seorang guru adalah lebih tinggi daripada gaji en. T. Tetapi en. T ni bukanlah jenis yang suka ambil kesempatan, tanggungjawab sebagai ketua rumah tetap cuba dilaksanakan dan dia hanya mengharap sedikit pengertian dari si isteri. Bila dah habis belajar, en. T dinaikkan pangkat pula, dan baru-baru ni saja beliau baru dapat merasa kenaikan gaji barunya itu.

Maka, kemuncaknya semalam, si isteri telah meminta en. T ini untuk kembali menanggung segala perbelajaan mereka sekeluarga, malah si isteri tidak ingin menghulur sebarang bantuan lagi. Inilah masalah sebenar en. T, dia jadi pening kepala bila memikirkan duit gajinya yang pasti tidak cukup untuk menanggung kesemuanya sekali. En. T siap bentang pada saya segala belanja yang perlu dikeluarkan setiap bulan dan akhirnya tak ada lagi baki gaji yang tinggal untuknya jika semuanya ditanggung oleh en. T. Hmmm... saya pun jadi pening bila dengar cerita en. T ni. Apa yang harus saya respon? Siapalah saya ni kan untuk memberi segala nasihat, usia perkahwinan saya ni pun baru saja nak menginjak ke tahun ke 9 kalau nak dibandingkan dengan usia perkahwinan en. T. Sudah terang-teranglah en. T itu yang lebih berpengalaman dalam mengharungi kehidupan berumahtanggakan . Akhirnya yang boleh saya katakan hanyalah minta dia banyak bersabar, masih ada ruang penyelesaian... mungkin juga Allah sedang menguji en. T. Saya anggap en. T hanya ingin meluahkan perasaannya saja, setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan rasa serabut en. T tu. Lagipun saya sendiri tak boleh nak menyebelahi siapa-siapa, sebab saya hanya mendengar dari sebelah pihak. Mungkin ada masalah lain yang menjadi punca, sedangkan masalah bajet diorang itu hanya jadi ejen penambah kepada masalah sedia ada saja. Kita sendiri tidak tahu kenapa agaknya isteri en. T tiba-tiba berubah jadi begitu, mungkin en. T sendiri ada khilafnya... siapa tahukan. Kalau betulpun... entahlah kan... sebab pada saya perkahwinan adalah satu perkongsian. Bila mana ia adalah satu perkongsian, menjadi tanggungjawab suami isteri untuk saling memberi sokongan walau dalam apa keadaan sekalipun. Dalam rumahtangga, sesekali pasti ada badai yang melanda. Bagaimana cara kita hadapinya?...haaa itu yang harus difikirkan sedalam-dalamnya. Cerita-cerita begini saya jadikan iktibar dan panduan buat saya untuk mengharungi kehidupan. Mungkin ini masa en. T, esok lusa mungkin jadi kepada kita pula... kuasa Allah tiada siapa boleh menduga. Harap-harap en. T dah 'cool down' dan harapan saya juga en. T dapat cari jalan penyelesaian kepada masalahnya itu... insyaallahhhh.

:: Cemburu ::

Semalamkan saya terpaksa duduk rumah sebab 'stanby' kerja kan. Semalam jugaklah 'ride' pertama mr.biker (en.hubby) dengan mr. greennya. Projek kali ini bersama Kelab Bikers Amanputra ke Kuala Selangor pekena makanan eksotik. Yang buat saya cemburu sebab tentulah tak dapat nak ikut sekali, dan yang paling cemburu tu sebab 'ride' kali ini semuanya bawa mem-mem bikers. Arrrggghhh... memang tak puas hati betul. Awal-awal pagi dengar deruman semua motor tu siap buat lintas langsung belakang rumah... memang buat hati saya membara saja hihihi. Takpelah, kena redha sajalah, mungkin lain kali pula. Cuma satu saja yang jadi masalah, kalau saya ikut mr. biker pergi 'ride', mana kami nak letak 2 orang cinta hati kami tu. Hmmm... harus difikirkan selepas ini, atau mungkin boleh 'ride' musim cuti sekolah, yang 2 orang tu kami poskan saja balik kampung hahaha... kejam sangat tak?

Cerita pasal 'ride' semalam... mr. biker sampai rumah dalam pukul 4 lebih. Sampai rumah dah basah kuyup kena hujan, tengok muka memang letih sesangat. Dia dok mengadu sakit badan segala bagai, lagi-lagi tangan sebelah kanan siap kebas-kebas, lenguh-lenguh, hahaha penangan bermanja dengan mr. green. Malamnya mem ni juga lah dok menyapu minyak angin, urut semua. Mr. biker cakap semua mem-mem bikers yang ikut asyik dok tanya dia pasal saya. Masing-masing nak kenal sangat dengan mem yang akan jadi penumpang tetap belakang mr.green... hahaha...tak larat dia nak jawab. Sebabnya diorang cakap saya sombong, tak ikut sekali pergi 'ride'. Wahhhh... ni yang buat saya gerammm....hmmmm tunggulah akan tiba masanya juga. Tapi saya dah tebus 'sombong' yang diorang cakap tu malam semalam. Salah seorang geng bikers buat makan-makan (sempat lagi tu mem dia masak) sebelah malamnya, semalam. Siap dah pesan awal-awal suruh bawa saya sekali. Jadi sesi perkenalan dengan mem-mem bikers dah berlangsung dengan jayanya juga semalam. Semua mem ok... kepala boleh masuk punya... dapat kawan baru lagi. Best... best tak sabar nak ikut mr. biker pergi 'ride' nih... bila entah?

Saturday, February 06, 2010

:: Yang diidam sudah di dalam genggaman ::

Pertama sekali nak cerita tentang idaman en. hubby yang sudah berjaya dimiliki. En. hubby memohon restu saya untuk memiliki si dia sejak hujung tahun lepas. Saya mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan dan akhirnya saya merestui en. hubby meneruskan hajatnya. Yelah kan... orang dah suka, kenapa kita nak menghalang pula kan. Maka acara merisik si dia telah berlangsung pada awal Januari lalu. Sejak itu, en. hubby dah angau semacam. Ibarat beginilah.... tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak lalu (kononnya lah kannn). Pertengahan Januari, diteruskan pula dengan acara meminang si dia. Wahhh.... lagi la tak sabar, hati semakin berkobar-kobar. Akhirnya... awal Februari... si dia sah menjadi sebahagian dari keluarga kami, walaupun ada beberapa urusan yang masih belum selesai. Yang penting ia sudah berada di depan mata en. hubby. Sekarang ni... en. hubby memang sedang seronok dengan si dia, baru nak berkenal mesra, nak memahami antara satu sama lain. Sabar saja la hati ni... huhuhu. Inilah gerangan si dia yang saya maksudkan...

Cerita kedua pula... yang telah menjadi idaman saya sekian lama, juga telah berjaya saya miliki. Lepas ini, 'dia'lah akan menjadi teman setia saya untuk saya meneruskan hasrat dan impian saya yang satu itu. 'Dia' juga akan jadi teman bicara bisu saya, yang bisa mendengar apa saja luahan hati saya. Lagipun bila dah jadi hak sendiri barulah ada rasa('feel') kan nak buat apa-apa pun. Selepas berbincang dengan en. hubby, rasanya inilah yang terbaik buat saya...

Dalam perancangan untuk tukar talian tetap Streamyx di rumah kepada Streamyx Combo Wifi@Home, tak adalah nak berebut-rebut lagi.

:: Melayan diri ::

Hari ni saya tinggalkan anak-anak dengan en. hubby di rumah... saya keluar beronggeng... wah wah wah... ayat tak sedar diri. Hmm... bukan beronggeng macam mana pun, pagi saya bawa kereta pergi servis. Itupun bukanlah pagi sangat... dah hampir 10.30 pagi baru saya gerak dari rumah. Biasalah kan... selesaikan dulu segala urusan di rumah. Sudah minta izin dengan en. hubby, lepas servis kereta nak pegi jalan-jalan kat JJ, saja melayan diri. En. hubby bagi lampu hijau, kita pun apalagi. Kereta siap diservis, lepas tu dibasuh pula.... tup tap tup tap, selesai dekat pukul 12 tengahari juga. Saya terus gerak ke JJ Puchong. Hmmm... banyaknya kereta, jalan pun sesak, agaknya semua orang keluar. Dekat JJ pun sama juga, punyalah ramainya rakyat jelata. Yang paling ramai kaum Cina, almaklumlah... raya Cina dah nak dekat ni kan. Masa ni lah diorang keluar membeli-belah, tambah pula pusat membeli-belah ni gigih buat Sale dengan harga istimewa(kononnya).

Yang sebenarnya saya ni pun kesana ada hajat juga hehehe. Pertama sekali nak beli beg tangan dan satu lagi nak beli 'sandle' untuk dipakai di pejabat. Lebih kurang 3 jam saya berjalan-jalan di sana, akhirnya dapat juga segala apa yang dihajati. Beg dengan 'sandle' dengan harga yang biasa-biasa saja, ditambah lagi dengan kupon 'voucher' JJ kira masih di bawah bajet. Sebelum balik, saya singgah beli mr. M untuk hidangan tengahari kami sekeluarga hari ini. Ini kiranya edisi menjaga hati sebab ditinggalkan hahaha... sesekali kan... bukannya selalu. Esok dah sah duduk rumah diam-diam seharian sebab esok giliran saya 'standby'.

:: Hadiah ::

Awal-awal pagi tadi, jiran sebelah dah hadiahkan kami sepasang gelang tasbih... atau tasbih gelang (mana satu yang betul ek?. Ataupun tasbih berbentuk gelang. Hmmm... menarik juga. Tasbih ini dibeli sama ada di Mekah atau Madinah (saya kurang pasti) sewaktu beliau mengerjakan umrah baru-baru ini. Terima kasih daun keladi buat jiran kami yang sungguh pemurah ni, sebabnya setiap kali beliau ke sana, ada saja yang dihadiahkan kepada kami buat kenang-kenangan. Macam tasbih ni kena ingat la kan, bukan setakat kenang-kenangan, kena gunakanlah... moga dapat juga pahala kepada si pemberinya ni. Insyaallahhhh..... terima kasih daun keladi encik B.

Friday, February 05, 2010

:: Bicara Cinta ::

Cinta?

Si dia kata

Dia tak cinta...

Cinta itu apa?

Si dia kata

Cinta itu sementara...

Kalau tidak cinta, apa?

Si dia kata

Sayang...

Mengapa?

Si dia kata

Rasa sayang kekal selamanya...

Pernah bercinta?

Si dia kata

Cinta dah banyak kali...dulu

Sekarang?

Si dia kata

Sangat sayang...

Hmmm?

Hati dan perasaan manusia sememangnya lain-lain. Interpretasi terhadap makna cinta dan sayang juga berbeza-beza dengan yang lain. Cara manusia itu mengekspresikan perasaan cinta dan sayang juga lain-lain. Ada yang kata perasaan perlu dilahirkan dengan kata-kata. Ada yang kata tak perlu dilafazkan, cukuplah jika pasangan saling mengerti. Ada yang melahirkan hanya sekali seumur hidup, itu sudah cukup. Ada juga melahirkan perasaan melalui perbuatan dan sikapnya pada pasangan. Pendek cerita masing-masing punya cara tersendiri. Namun adakah pasti pasangan dapat menerima cara tersendiri itu? Atau hanya memendam rasa. Walau telah bersama sekian tahun, masih sukar untuk menyelami hati dan perasaan... sesekali perlu juga kita bicara tentang cinta. Biar diluah segala rasa, biar cinta atau sayang itu kian membara, biar rasa itu semakin marak, biar perasaan itu terasa segar. Jika dibiar, tak mustahil ia jadi hambar, tak mustahil ia kian pudar, tak mustahil juga ia akan hilang. Oh! tidak sanggup rasanya andai itu yang berlaku. Biarlah ikatan ini terus tersimpul mati. Tidak ada ruang untuk ia menjadi longgar, tidak ada peluang untuk ia dirungkaikan. Walau apa pun yang di rasa.... sayang atau cinta... terima seadanya. Moga ia milik kita kekal selamanya.

Wednesday, February 03, 2010

:: Hikmah di sebalik kejadian ::

Baru-baru ini rumah seorang kawan sudah dipecah masuk pencuri. Bilik tidur utama dan kedua telah diselongkar habis. Waktu kejadian saya anggarkan antara jam 3 hingga 5 petang sebabnya waktu itu adalah waktu yang sangat senggang dan lengang sekali. Kejadian pula berlaku pada hari bekerja maka tentulah ramai yang tidak berada di rumah waktu itu dan kalau ada pun pasti tidak akan perasan sebab antara waktu itulah semua orang berada di dalam rumah. Kawan saya ini hanya menyedarinya waktu sampai di rumah dalam jam 7 malam. Banyak juga barang berharga yang kena kebas antaranya...'laptop', telefon bimbit dan barang kemas.

Hmmm...sudah pasti ini adalah ujian yang sangat getir buat beliau dan suami. Bekerja keras siang malam, akhirnya begini pula jadinya. Saya pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian, ujian dan dugaan yang Allah berikan. Ada peringatan yang Allah sedang tunjukkan buat hambaNya... malah bukan untuk dia saja malah peringatan juga untuk kita yang berada di sekelilingnya. Percaya atau tidak keadaan di sekitar kita bukan lagi kawasan yang dijamin selamat...bahkan di dalam rumah sendiri juga belum tentu selamat. Hanya kita perlu berwaspada. Mujur juga waktu kejadian tidak ada sesiapa di rumah, malah tidak juga melibatkan kecederaan atau lebih teruk mungkin terjadi kematian seperti yang sering kita dengar sejak akhir-akhir ini. Barang boleh dicari, diganti tapi kalau nyawa?

Kehilangan juga mungkin untuk memberi peringatan bahawa sebahagian rezeki yang kita peroleh itu sebenarnya bukan milik kita sendiri. Sebahagiannya mungkin milik orang lain tanpa kita sedari... lalu Allah menarik sebahagian itu dari kita. Cuma caranya ditarik saja berbeza-beza. Memang sudah pasti sang pencuri itu memang bersalah, namun jika kita fikir dari sudut hikmah di sebalik kejadian itu sendiri... maka sudah tentu tiba masa untuk kembali muhasabah diri. Ingatan ini sebenarnya lebih kepada diri sendiri. Sesekali dikejutkan dengan peristiwa begini, walaupun ianya tidak terjadi pada diri sendiri... membangunkan kembali jiwa yang sedang leka, menyedarkan hati yang hanya berat kepada duniawi, mengingatkan nurani bahawa akhirat sana adalah yang hakiki. Kita harus bangkit kembali insafi diri.

p/s: teringat mak di SP yang berseorangan di rumah. Moga mak dilindungi olehNya... insyaallah

Tuesday, February 02, 2010

:: Cuti Rehatkan minda Tenangkan jiwa::

Kami sudah selamat bercuti ke A Famosa Resort untuk 2 hari 1 malam ( 31/01 - 01/02). Memandangkan saya bukan lagi berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan maka terpaksa lah saya mengambil cuti pada 1 Feb. Tapi tak mengapa sebab semuanya untuk famili. Dari rumah bertolak jam 11.30 pagi melalui Lebuhraya PLUS dan 'exit' melalui Simpang Ampat(Alor Gajah) untuk ke A Famosa Resort. Rancangan hari pertama (31/01), sampai dalam jam 12.30 tengahari terus mendaftar di condotel D'Savoy. 'Check in' bilik hanya bermula jam 4 petang jadi kami buat keputusan untuk ke Water World terlebih dahulu. Di kaunter 'check in' hanya mengambil 'voucher' untuk ditukarkan dengan tiket masuk ke Water World. Lebih mudah kerana segala urusan pembayaran telah diselesaikan sebelum ini. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini namun pemandangan di sini kurang menarik perhatian saya. Mungkin kerana cuaca terlampau panas seperti sudah kemarau segala pokok-pokok, padang golf tidak lagi menghijau memukau saujana mata memandang. Segalanya seperti lesu tidak bermaya, tidak dijaga rapi walaupun kawasan resort ini sangat luas. Hmmm...tak mengapalah, mungkin Water World dapat mengubat kelesuan ini. Lagipun ini percutian promosi dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan harga sebenar. Jadi apa salahnya sekurang-kurangnya pernah merasa ke sini juga.

'Welcome to A Famosa Water World'

Sampai di Water World, terus ke kaunter tiket. Anak-anak dah tak sabar ni nak mandi-manda. Dapat saja pas (gelang yang kena pakai di tangan tu) terus masuk, sambil tu ronda-ronda masuk ke kedai yang menjual segala peralatan mandian. Ada banyak juga kedai di dalam tu, dan satu kedai yang kami masuk ini telah menarik perhatian saya untuk membeli sepasang baju mandi huhuhu.... en. hubby punya kerja lah ni yang memujuk saya sampai dah terbeli hehehe. Kemudian terus masuk dan tukar baju dan lepas tu apalagi pusing-pusing cari tempat menarik lagi bersesuaian terutamanya untuk si abang dan adik lah. Masa ni orang dah semakin ramai. Kami lepak di Arabian Village. Hah! di sinilah anak-anak berkubang sampai jam 5.30 petang.



model baju mandi muslimah


masa untuk bergumbira

Pukul 6 petang kami gerak ke condotel D'Savoy untuk 'check in'. Bilik kami di Tower 2, tingkat 8. Keadaan bilik? sangat puas hati, macam 'apartment' dengan 2 katil bersaiz permaisuri. Kami tak lama di bilik, terus gerak bandar Melaka. Saja nak keluar makan sambil pusing-pusing bandar. Tapi ada cerita yang tidak seronok selepas itu sebab kami dah sesat barat nak sampai ke pusat bandar. Entah berapa kali pusing masih tak sampai-sampai ke pusat asyik di pinggir saja akhirnya terus cari jalan balik ke A Famosa Resort. Dalam perjalanan balik ke hotel tu singgah restoran di pinggir jalan untuk makan malam kami. Mujur la boleh tahan juga makanan di situ, tak lah rasa ralat sangat. Janji perut kenyang. Sampai hotel pukul 10 malam. Anak-anak siap sambung acara mandian di bilik hotel.


Inilah bilik kami


Penat + lapar + 'frust' sebab sesat tapi posing tetap posing

Esoknya...1 Feb tidak merancang sebarang aktiviti. Hanya lepak di bilik sehingga jam 12 tengahari untuk 'check out'. Sarapan pagi kami sekeluarga pagi itu hanyalah sebuku roti Gardenia bersalut kaya. Hehehe.... kira oklah kan. Anak-anak sambung berkubang di bilik mandi awal pagi. Selepas 'check out', terus gerak ke Keramat nak pekena nasi ayam di AU3. Begitulah percutian singkat kami kali ini juga program cuti-cuti pertama tahun ini. Sedikit sebanyak telah berjaya meredakan tekanan, fikiran pun sudah berasa sedikit kelegaan untuk meneruskan kehidupan yang serba mencabar lagi hebat selepas ini hihihi.

Posing dulu sebelum 'check out'

Sebelum balik berhenti untuk ambil gambar di depan pintu masuk ke A Famosa Resort

Monday, February 01, 2010

:: Macam-macam Ada ::

Macam-macam perkara yang terjadi yang memaksa saya untuk menyepi. Bermula dengan talian Streamyx yang tidak OK beberapa hari. Selepas berurusan dengan 'mereka' melalui telefon, pun tidak dapat menyelesaikan masalah kemudian 'mereka' datang ke rumah dan akhir sekali modem ditukar. Itulah masalah sebenarnya....hmmmm. Mujur masih dalam 'warranty', jadi modem ditukarkan tanpa sebarang bayaran dikenakan. Dalam tempoh talian internet itu sakit, saya ni pun turut sakit hissshhhh macam menjangkit pula. Tapi saya takdelah nak kena tukar apa-apa kannn...sebaliknya perut saya ni yang meragam. Sampai terpaksa MC satu hari. Mula-mula tu perut ni macam tak berapa selesa sebab masuk angin, tak tahulah apa yang saya makan. Kemudiannya terus melarat sampai terkena c*r*t b*r*t pula. Memang asyik berulang ke bilik 'kecil' tu saja lah...itu yang terpaksa ke klinik juga sebab dah tak tahan. Akhirnya saya dapat cuti sakit. Syukur alhamdulillah keesokkan harinya dah ok sikit walaupun masih perlu berulang ke 'situ', tapi kekerapannya dah berkuranglah.

Dalam tempoh ini juga WCX9*74 telah bertukar tuan. Sudah lama buat keputusan ini, cuma sekarang ni baru jumpa pembeli yang betul-betul nak beli. Sudah dimaklumkan keadaan sebenar si WCX ini kepada pembeli tu, dan syukurlah dia masih berminat. Maka secara rasminyalah sudah berpindah tangan. Harap-harap ia masih ok untuk berkhidmat dengan tuan barunya...almaklumlah usianya pun dah menginjak hampir 19 tahun. Bersama kami sekeluarga lebih kurang 7 tahun dan sepanjang tempoh itu ia tak pernahlah memberi banyak sangat kesusahan kepada kami malah tidak pernahlah memalukan kami di tepi jalanraya mahupun lebuhraya....malahan ia sangat banyak jasanya kepada kami bahkan hampir satu Semenanjung Malaysia ia telah membawa kami...syukur alhamdulillahhhh. Sebenarnya sedih sangat bila terpaksa berpisah dengannya...ada nilai sentimental di situ. Terima kasih banyak-banyak untukmu...WCX.