Sunday, February 28, 2010

:: Kenduri ::

Semalam sehari suntuk berada di Jengka, menghadiri kenduri kahwin Apiq. Kali ini majlis bertandang sebelah pihak lelaki pula setelah majlis sebelah pihak perempuan bulan Disember tahun lepas di Klang. Seawal jam 7.30 pagi bertolak dari rumah, kami singgah sarapan di Petronas sebelum tol Bentong.

Waktu kami sampai jam menunjukkan 10.30 pagi namun cuaca sudah panas membahang, tambah-tambah bila tiba waktu tengahari, lagi menyengat bahangnya. Siapalah kita nak merungutkan...hujan,panas, ribut, taufan...semua adalah ujian dari Dia kannnn. Namun dengan ujian sekecil ini, majlis tetap meriah. Lagipun semangat kejiranan di kampung, saling tolong-menolong itu yang buat majlis lebih meriah. Walaupun seekor lembu hanya ditumbangkan pagi Sabtu itu juga, segala lauk-pauk telah siap dimasak sebelum tengahari. Itulahkannn berkat kerjasama.

Yang paling bestnya kalau kenduri di kampung ni, tentulah lauk-pauk kampungnyakannnn. Ada 2 pilihan; nasi minyak atau nasi putih. Lauknya....hahhhh...ada gulai daging, asam rebus keladi, acar timun, sambal belacan dan juga ikan masin, memang sedap. Lagi sedap dengan air sirap... srrrupppp...hilang dahaga.

Petang masa nak balik, ayah long siap bagi nasi berkat dengan daging lembu mentah (harus minggu ni menunya daging saja). Syukur alhamdulillahhhh....

2 comments:

rezeki said...

salam

lama dh pak itam dah tak pergi umah kenduri kahwin

khairanimaisurah said...

salam pak itam,

cuti sekolah bulan 3 ni pun lagi bnyk jemputan. Jenuh makan nasi minyak hehehe