Sunday, February 21, 2010

:: Jalan-jalan Balik Kampung (Bhg. 1)::

Hampir 2 hari saya tak bersiaran sebab sibuk membaca novel terbaru Pingu Toha (143). Macam tulah saya, kalau dah mula membaca mesti susah nak berhenti dan mesti kena fokus. Perkara-perkara lain memang saya tolak ketepi dulu. Akhirnya dah selamat baca 143 dalam tempoh 2 hari.

Oklah, kali ini cerita pasal cuti CNY hari tu. Kami kan balik ke bandar KT(rumah ibu mertua)...bertolak Jumaat malam (atau masa tu dah masuk hari Sabtu) jam 12 tengah malam dan balik kesini pada 16 Feb. Walaupun cadangnya nak bertolak lebih awal, tapi en. hubby ada urusan pula hampir jam 12 baru selesai. Masa tu anak-anak dah tidur... terus saja angkat masuk kereta. Perjalanan malam tu agak lancar; kereta memang banyak menuju ke destinasi masing-masing namun tidaklah sampai menyebabkan kesesakan. Kiranya ini adalah kali pertama kami balik KT tengah malam dan kami terpaksa berhenti untuk solat Subuh di Rantau Abang. Cuma sesekali macam ni seronok juga, sempat berjemaah pula tu.

Lepas solat dan rehat, kami terus gerak. Kami sampai bandar KT lebih kurang pukul 7.30 ke 8 pagi macam tu. Pun tak terus balik ke rumah, kami singgah sarapan di Pantai Batu Burok. Menu sarapan pagi sudah semestinya nasi dagang di gerai yang agak popular dan boleh tahan sedap nasi dagangnya... Restoran Kak Pah. Sedap... sedap, seawal jam 8 dah ramai yang dok beratur buat pesanan... ada yang nak bungkus, ada yang nak makan situ.

Walaupun kami cakap nasi dagang Kak Pah ni sedap, bapa mertua tetap kata nasi dagang paling sedap yang mak mertua masak.... sudah semestinyalah kannn


Lepas sarapan... apalagi terus gerak balik rumah mak mertua. Kesian dah tengok en. hubby dok menahan kantuk. Sampai rumah terus boooommmm!!!... dengan saya sekali pun sama naik hehehe... Mak mertua hari ini agak sibuk nak ke rumah mokcik untuk persiapan pertunangan sepupu esoknya. Tinggalah kami anak-beranak bersama adik-adik bermaharajalela, bersenang-lenang di rumah hihihi.... lagipun mak mertua dah siap-siap masak dah. Memang naik lemak betullah... Dah petang-petang sikit barulah en. hubby ajak pergi rumah mokcik. Tak jauh mana pun, ada lah dalam 15 minit perjalanan. Mokcik ni buat kenduri sekali 2 dalam 1; satunya kenduri masuk rumah baru dan satu lagi majlis tunang kakcik dan tak tahulah agaknya hari ni rezeki kami makan nasi dagang sampai 2 kali sebabnya petang tu mokcik masak nasi dagang untuk tahlil malamnya. Lepas tahlil kami balik, tapi si abang dah sibuk pesan suruh saya kejutkan dia awal-awal pagi esoknya sebab nak tengok orang sembelih kambing di rumah makcik. Wahhhh.... kenduri tunang kakcik esoknya siap ada gulai kambing.... betullah marveles.....buat tambah marveles tu, kambing tu kambing makcik bela. Besar juga tengok kambing nan seekor yang bakal dikorbankan tu.... hmmm... memang besarlah kendurinya.

Bersemangat betul si abang nak tengok kambing disembelih... sampaikan en. hubby kejut dia hanya dengan sekali kejut sahaja. Anak ibu memang teruja dengan bende-bende gitu.... Itu cerita si abang dan abahnya, ni cerita saya pagi CNY pula. Tiba-tiba mak mertua minta tolong gubahkan 2 lagi hantaran kakcik yang belum siap...satunya sirih junjung dan satu lagi buah-buahan huhuhu... Ini memang bahagian yang agak sadis buat saya sebabnya saya ni orangnya sangatlah keras tangan. Tapi takpalah.... disebabkan ibu mertua tersayang dan usaha untuk menjadi menantu mithali maka saya lembut-lembutkanlah tangan ini. Akhirnya siap juga dan cantik juga hantaran tu hihihi (siapa lagi nak puji kannn). Rombongan meminang dijangka tiba selepas Zohor dan upacara meminang pun lingkungan waktu itu jugalah. Tidak mahu terlewat dan mendengar bebelan merdu lagi syahdu mokcik sebab kelewatan kami maka bersiap-siaplah kami selepas itu.... pukul 11 lebih dah tercegat di rumah mokcik. Nasib baik mokcik senyum aje... maklumle tak lama lagi orang dah nak dapat menantu hihihi...

Orang sibuk melapah, si abang pun sibuk main api. Boleh dia cakap, kambing ni tengah bersenam sebab digantung macam tu.

Alhamdulillahhhh.... akhirnya majlis pertunangan telah berjalan dengan jayanya. Ikut perancangan, majlis walimahnya akan dibuat pada bulan 10... hmmmm harus kena cuti lagi nampaknya. Kenduri mokcik kali ini pun terasa meriah juga sebabnya acara masak-memasak digotong-royongkan bersama adik-beradik. Eloklah begitukan.... walaupun mokpok dengan ayah dah tak ada tapi ikatan adik-beradik masih erat terjalin. Tak ada masam-masam muke, kelat-kelat pahit... semua gembira. Itulah juga yang sepatutnyakannn...

Mak mertua ni dari dulu lagi kalau tiba bab kenduri-kendara, dialah orang paling sibuk di dapur


Orang sekarang kannn... bertunang pun dah guna make-up artis, siap pelamin bagai... saya dulu bertunang cukuple secalit lipstik buat penyeri sebab seri wajah dah terpancar semulajadi ecewahhh hahaha...

Cerita abang dan adik pun boleh tahan happening juga... sebabnya orang dok sibuk-sibuk di dalam yang budak bertuah 2 orang tu seumpama telah mendapat kebebasan maksimum bermain-main di luar rumah, tak kira waktu tu tengahari panas terik, membahang bagai nak membakar badan. Kita yang rasa nak terbakar tapi anak-anak ni, tidak dikisahnya pun dengan cuaca yang membahang tu. Memang bahagia betul diorang dapat main pasir, main dengan arnab, itik angsa, ayam segala bagai. Muka masing-masing dah macam udang kena bakar, lagi-lagi si abang, dah serupa anak negro hishhh... Saya cakap pada en. hubby, rumah mokcik dah macam zoo pula. Dah tu, tepi kawasan rumah ada pula sungai ke paya entah, siap boleh mancing ikan. Betullah tu kannn... memang budak-budak suka benar.

Dua hari yang membahagiakan...

Beria-ia memancing, hasilnya.... nan ado...

Itu secebis kisah di rumah mokcik. Petang dari majlis rumah mokcik, kami bergegas pula ke bandar KB di negeri K. Ada aktiviti yang sedang menanti di sana. Ingat nak cerita semua dalam satu entry saja, tapi terpaksa buat bahagian 2 la pula sebabnya saya dah malas nak menaip. Boleh gitu? hehehe... boleh jelah... inikan cerita saya. Suka hati saya le nak wat guane pung hihihi....

No comments: