Friday, February 19, 2010

:: Mahsuri ohhh... Mahsuri ::

Semuanya bermula Jun tahun lepas. Waktu kami ke Langkawi bercuti dengan keluarga, kami sempat melawat ke makam Mahsuri. Di situlah adik dan abang mula mengenali Mahsuri dan meminati kisahnya. Sewaktu di Perkampungan Mahsuri itulah mereka mula mengenali epik sejarah/mitos legenda seorang Mahsuri. Masa tu memang tak menang nak menjawab pelbagai soalan dari mereka....mana Mahsuri sekarang?Kenapa Mahsuri mati? Macamana Mahsuri mati? Macamana rupa Mahsuri?...semuanya kerana Mahsuri. Mula di makam Mahsuri.... singgah ke rumah Mahsuri dilahirkan dan membesar, sehinggalah yang terakhir di Muzium Mini Mahsuri. Abang dan adik menunjukkan minat yang agak luar biasa terhadap Mahsuri. Bayangkanlah masa di Muzium, mereka boleh menonton sehingga selesai dokumentari perkisahan Mahsuri. Terbit rasa bangga di hati saya sebagai seorang ibu kerana anak-anak ini baru berusia 4 dan 7 tahun waktu itu. Cerita Mahsuri sentiasa bermain di bibir anak-anak walaupun selepas meninggalkan Pulau Langkawi dan kembali ke rumah.

Sehinggalah malam tadi, sangkaan saya yang mereka sudah melupakan Mahsuri namun ternyata ianya meleset. Sebabnya, malam tadi secara kebetulan kami sedang menonton Astro Prima, tiba-tiba ada satu rancangan ini yang tak pernah kami tonton sebelum ini Suatu Ketika... membawa cerita tentang Mahsuri. Rancangan ini kalau tidak salah saya memaparkan tentang cerita-cerita sejarah untuk setiap episod. Jadi malam tadi kena pula episod pasal Mahsuri... dan tidak disangka anak-anak boleh tunggu hingga tamat rancangan selama sejam itu. Itulah dia penangan seorang Mahsuri.

Saya sendiri tak tahu apa yang buat mereka minat sangat dengan cerita Mahsuri, tapi saya tetap bangga sebab ada juga cerita sejarah yang menarik minat mereka. Ini komen mereka di akhir rancangan...

Adik : "Ibu, adik tak naklah jadi Mahsuri, nanti orang jahat bunuh".

Abang : " Cantik betullah Mahsuri ni kan ibu. "

Ibu : ''Hmmmm???"

No comments: