Monday, February 01, 2010

:: Macam-macam Ada ::

Macam-macam perkara yang terjadi yang memaksa saya untuk menyepi. Bermula dengan talian Streamyx yang tidak OK beberapa hari. Selepas berurusan dengan 'mereka' melalui telefon, pun tidak dapat menyelesaikan masalah kemudian 'mereka' datang ke rumah dan akhir sekali modem ditukar. Itulah masalah sebenarnya....hmmmm. Mujur masih dalam 'warranty', jadi modem ditukarkan tanpa sebarang bayaran dikenakan. Dalam tempoh talian internet itu sakit, saya ni pun turut sakit hissshhhh macam menjangkit pula. Tapi saya takdelah nak kena tukar apa-apa kannn...sebaliknya perut saya ni yang meragam. Sampai terpaksa MC satu hari. Mula-mula tu perut ni macam tak berapa selesa sebab masuk angin, tak tahulah apa yang saya makan. Kemudiannya terus melarat sampai terkena c*r*t b*r*t pula. Memang asyik berulang ke bilik 'kecil' tu saja lah...itu yang terpaksa ke klinik juga sebab dah tak tahan. Akhirnya saya dapat cuti sakit. Syukur alhamdulillah keesokkan harinya dah ok sikit walaupun masih perlu berulang ke 'situ', tapi kekerapannya dah berkuranglah.

Dalam tempoh ini juga WCX9*74 telah bertukar tuan. Sudah lama buat keputusan ini, cuma sekarang ni baru jumpa pembeli yang betul-betul nak beli. Sudah dimaklumkan keadaan sebenar si WCX ini kepada pembeli tu, dan syukurlah dia masih berminat. Maka secara rasminyalah sudah berpindah tangan. Harap-harap ia masih ok untuk berkhidmat dengan tuan barunya...almaklumlah usianya pun dah menginjak hampir 19 tahun. Bersama kami sekeluarga lebih kurang 7 tahun dan sepanjang tempoh itu ia tak pernahlah memberi banyak sangat kesusahan kepada kami malah tidak pernahlah memalukan kami di tepi jalanraya mahupun lebuhraya....malahan ia sangat banyak jasanya kepada kami bahkan hampir satu Semenanjung Malaysia ia telah membawa kami...syukur alhamdulillahhhh. Sebenarnya sedih sangat bila terpaksa berpisah dengannya...ada nilai sentimental di situ. Terima kasih banyak-banyak untukmu...WCX.

No comments: