Saturday, February 06, 2010

:: Yang diidam sudah di dalam genggaman ::

Pertama sekali nak cerita tentang idaman en. hubby yang sudah berjaya dimiliki. En. hubby memohon restu saya untuk memiliki si dia sejak hujung tahun lepas. Saya mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan dan akhirnya saya merestui en. hubby meneruskan hajatnya. Yelah kan... orang dah suka, kenapa kita nak menghalang pula kan. Maka acara merisik si dia telah berlangsung pada awal Januari lalu. Sejak itu, en. hubby dah angau semacam. Ibarat beginilah.... tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak lalu (kononnya lah kannn). Pertengahan Januari, diteruskan pula dengan acara meminang si dia. Wahhh.... lagi la tak sabar, hati semakin berkobar-kobar. Akhirnya... awal Februari... si dia sah menjadi sebahagian dari keluarga kami, walaupun ada beberapa urusan yang masih belum selesai. Yang penting ia sudah berada di depan mata en. hubby. Sekarang ni... en. hubby memang sedang seronok dengan si dia, baru nak berkenal mesra, nak memahami antara satu sama lain. Sabar saja la hati ni... huhuhu. Inilah gerangan si dia yang saya maksudkan...

Cerita kedua pula... yang telah menjadi idaman saya sekian lama, juga telah berjaya saya miliki. Lepas ini, 'dia'lah akan menjadi teman setia saya untuk saya meneruskan hasrat dan impian saya yang satu itu. 'Dia' juga akan jadi teman bicara bisu saya, yang bisa mendengar apa saja luahan hati saya. Lagipun bila dah jadi hak sendiri barulah ada rasa('feel') kan nak buat apa-apa pun. Selepas berbincang dengan en. hubby, rasanya inilah yang terbaik buat saya...

Dalam perancangan untuk tukar talian tetap Streamyx di rumah kepada Streamyx Combo Wifi@Home, tak adalah nak berebut-rebut lagi.

No comments: