Wednesday, September 29, 2010

:: Kalau ada rezeki... ::

Minggu ini hari Selasa baru mula kerja. Hari Isnin saya bercuti sebab balik kampung. Aik? Balik kampung lagi? Baru saja bercuti panjang sempena raya hari tu kannn? Hah!itulah yang bos saya cakap minggu lepas masa saya mohon cuti. Hmmm... terpaksa bos, ada urusan mustahak nih, nak kena balik kampung. Hehehe.... nasib bos benarkannn... tapi hari Jumaat ni nak minta cuti lagi, camana ni bos?

Walau apa pun, syukur alhamdulillah... semua urusan telah selesai. Hanya menunggu tiba saatnya sahaja... ecewahhh. Kalau semua ok, bolehlah mula projek hujung tahun ni atau awal tahun hadapan. Wahhh... berangan besar betul kannnn. Tapi kalau dah rezeki kannn... apa salahnya nak berangan sikit-sikit. Moga-moga segalanya dipermudahkan.

Minggu ini juga macam sibuk dan terkejar-kejar sikit sebab ada projek kecil-kecilan pula pada hujung minggu. Benda-benda penting semua dah confirm, urusan logistik juga berjalan lancar setakat ini. Harap-harap semuanya akan berlangsung dengan jayanya... berdebar-debar pula rasanya ni. Maklumlah... ini projek yang pertama.

Tuesday, September 28, 2010

:: Alahai tudungku ::

Semalam kan sudah bersemangat ni, esok nak pakai baju raya dengan tudung baru beli. Yela... esok (hari ni la) tu ada jamuan raya unit. Bangun pagi-pagi ni bertambah semangatlah nak gosok baju, tudung bagai. Tup tup kannn... lepas digosok sahaja tudung itu, terus awningnya kemek-kemek. Alamak!!! apa sudah jadi???? Saya tidaklah gelabah tapi terus jadi bengang sambil dalam kepala ligat fikir nak buat macamana. Bukanlah tak boleh pakai tudung lain tapi sebab saya sudah niat awal-awal nak pakai tudung tu maka kena pakai jugalah(degilkan?)...


Puas saya gosok, tekan-tekan balik dengan iron....memang tak bawa kesan apa-apa pun. Akhirnya saya nekad pakai juga. Alahhh... bukannya saya tak biasa pakai tudung kemek-kemek tak menjadi sebelum ni. Apa yang penting, keyakinan diri tu hah!... biarlah apa orang nak cakap kannnn...

Masa dalam kereta, saya ada juga tanya en.hubby. 'abah, camana tudung ibu pakai ni? nampak tak apa-apa yang pelik?' En.hubby buat muka musykil, 'pelik? apa yang pelik? tak ada apa pun, ok ja'. Lepas tu saya tunjuklah awning tudung yang kemek tu...'ni, tak pelik ke? ok tak ibu pakai?' en. hubby buat muka musykil lagi...' ok ja...cantik ja abah tengok' Hah! confirm tahap keyakinan diri saya semakin bertambah lepas en.hubby cakap cantik.... hehehe....

Jadi lepas ni, saya akan pakai sahaja tudung tu walau sudah kemek-kemek... sebabnya en.hubby tetap kata cantik..hik hik hik... orang lain nak kata apa-apa pun sudah tidak penting (ada orang kata apa-apa ke?) hihihi...

Cumanya, sampai sekarang saya masih tidak faham kenapa awning tudung tu boleh jadi kemek sampai macam tu sekali. Perlu tak saya kembali semula ke kedai tudung itu dengan membawa tudung itu bersama dan terus buat complain? Apa pendapat maksu?

Saturday, September 25, 2010

:: Alkisah Mee Bandung ::

Rancangan hari ini adalah untuk menghadiri rumah terbuka 2 orang jiran. Satu jiran sebelah rumah yang dibuat selepas Zohor dan satu lagi jiran, buat sebelah malamnya. Maka tidak adalah acara masak-memasak di rumah kannnn. Pagi pun sudah ada orang belikan nasi lemak makcik Nab..... alhamdulillahhhh.

En. hubby pula ada kelas dari pagi sampai tengahari lepas tu sambung ke pejabat pula ada kerja sikit. Tinggallah kami tiga beranak di rumah... bertambah-tambah 'rajin'lah saya jadinya. Tup tup sebelum tengahari tu en. hubby telefon cakap Ayah Long nak datang rumah... petang-petang sikit katanya. Hmmmm.... bincang-bincang dengan en.hubby nak jamu apa ke Ayah Long ni....pap! dapat idea buat mee bandung. Sebabnya bahan-bahan basah dan perencahnya semua dah ada. Sekelip mata sahaja dah boleh siap ecewahhh... Maka dan dan itu juga saya keluarkan segala udang sotong dalam peti ais, sementara tunggu en.hubby balik nanti beli mee kuning dan sedikit sayur-mayurnya.

Dengan bersemangatnya saya juga ni, terus buat siap-siap kuah mee bandung tu. Tinggal nanti bila tetamu sampai baru masukkan sayur dan pecahkan telur dalam kuah. Saya dok fikir kalau buat kuah siap-siap senang sikit, sebab nanti hendak pergi rumah jiran lagikannn... takutlah jadi terkocoh-kocoh pula. Maka dengan senang hati sebab semuanya sudah sedia... lepas Zohor tu en.hubby pun sudah ada di rumah, kami pun berziarahlah ke rumah jiran. Hujan pula petang tadi kannn... tapi memang sekarang ni asal petang saja hujan....asal hujan saja petang. Hmmmm... saya sudah risaulah takut Ayah Long tak jadi nak datang.... sah memang sah bila en.hubby cakap Ayah Long telefon tak jadi.

Bagaimana alkisahnya kuah mee bandung tadi itu ya? Kami anak-beranak ni sudah sah-sah lah tak akan makan di rumah sepanjang hari ini. Maka dengan ini terpaksalah saya buat pengumuman untuk seluruh isi rumah bahawasanya sarapan pagi untuk seisi keluarga esoknya adalah Mee Bandung Muar hehehe...

Wednesday, September 22, 2010

:: Hari Jadi di Hari Raya ::

14 September 2010 bersamaan dengan 5 Syawal 1431H adalah hari ulangtahun kelahiran en. hubby. Akan tetapi, macamana saya boleh terlupa pula akan hal itu...huhuhu...padahal beberapa hari sebelumnya memang dah ingat ingat sangat dah. Tiba hari kejadian, terus lupa-lupaan. Patutlah hari sebelum tu en.hubby beria-ia minta mak dia buat laksa, lepas tu jemput kawan-kawan dia datang rumah.


Awal pagi tu, mujurlah adik-adik ipar bagitahu saya. Tersentap dan terkejang urat sekejap mak tau...hishhhh!!! macamana boleh lupa. En.hubby sudah buat muka merajuk, terpaksalah mak pujuk-pujuk hihihi... Maka agenda seterusnya sementara mak mertua buat kuah laksa, kami keluar ke bandar KT mencari kek harijadi. Hendak tebus kesalahan ni.... terus serbu kedai kek resepi rahsia....hahaha...kopak dompet mak hahaha...tidak mengapalah demi untukmu yang terchenta hik hik hik...

Petang, lepas Zohor....apalagi....acara potong-memotong kek hari jadilah. Tapi seperti biasa yang paling sibuk adalah budak 2 orang itu.

Hmmm....kawan-kawan en.hubby tidak ada seorang pun yang datang. Mungkin mereka berhalangan, tapi ramai saudara-mara datang berziarah.... syukur alhamdulillahhhhh

Monday, September 20, 2010

:: Ayuh!!! kembali bekerja ::

Hari ini, hari pertama masuk pejabat setelah hampir 2 minggu bercuti. Hishhh... mencari-cari semangat yang hilang dek penangan cuti raya. Pertama sekali yang saya buat untuk mengembalikan semangat bekerja... saya mengenakan baju kurung baru hehehe... bukan baju raya tapi hampir-hampir menjadi baju raya pertama. Alkisahnya... biarlah rahsia hihihi...

Bila sudah memakai baju baru... maka jiwa rasa bersemangat sikit ye, walaupun masih kabur gitu bak kabus yang agak tebal awal pagi ini. Mula-mula sampai di hadapan meja, hidupkan pc, semak emel... semak semula kalau-kalau ada kerja yang masih tergendala....opsss macam ada saja tu hik hik hik....tidak mengapa sekejapan sahaja lagi akan diselesaikan.

Sekarang, semangat itu sudah semakin jelas, semakin kuat.... insyaallahhh.... tetapi sekarang ini juga tiba-tiba perut sudah berbunyi, menyanyi-nyanyi mohon diisi. Jadi sebelum menjana semangat yang lebih besar tuntutan nurani perut ini harus dipenuhi dulu ya!!!

Sunday, September 19, 2010

:: Di sebalik cerita gembira ::

Kegembiraan menyambut Syawal kali ini dipalitkan juga dengan cerita duka dalam keluarga. Tidak enak rasa hati ini bila mengenangkan cerita sedih yang didengar sewaktu aidilfitri lalu. Perbuatan yang tidak logik dan tidak wajar dilakukan oleh seorang anak terhadap seorang ibu yang telah melahir dan membesarkan saya rasa telah melampaui batasan agama.

Perbuatan itu amat tidak wajar dan rasa amarah saya semakin membara setiap kali mengingatkan akan hal itu. Selalu membaca kisah-kisah anak derhaka di dada akhbar, tapi kali ini berlaku dalam kalangan ahli keluarga sendiri..... masyaallahhhh....

Apa yang boleh diambil iktibar di sebalik cerita ini.... saya berusaha mengingatkan diri saya bahawa syurga itu di telapak kaki ibu. Mohon dariNya moga saya, keluarga, anak-anak mahupun sesiapa sahaja dipelihara dari kejadian-kejadian sebegini. Balasan Allah tiada sesiapa yang bisa menduga. Keberkatan dalam hidup diperoleh andai kita berbakti kepada ibu bapa, mendapat redha dan doa mereka.... namun andai terjadi sebaliknya.... bagaimana?

:: Selepas 21 tahun ::

Hari raya ketiga adalah hari perjalanan saya balik kampung en. hubby pula. Tapi sebelum itu, saya ajak en. hubby singgah restoran RFC untuk menghadiri majlis reunion SMI batch 1993 (batch saya le tu). Majlis dijadualkan bermula jam 10 pagi, jadi waktu saya sampai dalam jam 11 tu dah ramai le kawan-kawan lama yang dah sampai. Wahhh....berdebar-debar rasanya nak berjumpa balik setelah 21 tahun berlalu.


Gambar ini diambil sebab kononnya saya singgah sekejap sahaja takut nanti tak sempat masa sesi bergambar ramai-ramai. Alih-alih....hmmmppppsss hihihi....

Terima kasih banyaklah kepada en. fb kerana telah mempertemukan semula kami semua. Majlis reunion ni memang telah dirancang awal sejak awal-awal puasa lagi. Syukur alhamdulilllahhhh.... ramai juga yang berjaya menghadirkan diri. Saya ni pun cadangnya hendak singgah sekejapan sahaja kononnya sebab nak balik jauh ni kannn.... Alih-alih telah jadi berlama-lamaan pula di situ. Bukannya apa, mula-mula malu-malu kucing, tapi bila dah jumpa.... masyaallah macam-macam nak digebangkannnn.... bayangkanlah nak cover cerita sepanjang puluhan tahun yang tidak berjumpa tu kannnn


Geng-geng perempuan. Sebenarnya geng-geng perempuan kelas saya tidak ramai yang hadir. Ini yang ramai dari kelas-kelas lain, tapi saya kenallah semua sebab ramai antara kami yang duduk asrama dulu.

Yang rasa berdebar-debar tadi tu kannnn sudah bertukar rasa tergedik-gedik ( ye ke?) hahaha.... macam kembali muda remaja. Almaklumlah jumpa kawan-kawan sekolah ni. Tetapi yang paling seronok tu sebab mereka masih mengenali saya dek kerana masih maintain wajah muda remaja....ecewahhhh terperasan pula. Geng-geng perempuan ni memang tak puas hati lah kerana saya berjaya memaintainkan diri hahaha.... mereka tidak tahu alignment dan balancing yang sudah lari ni selepas beranak dua ni ye.... Siapa-siapa pun macam tu juga kannnn... tapi kalau sudah orang kata masih tak berubah terpaksa redhalah kannnn hihihi....


Ada jugalah di antara kawan-kawan yang sampai ke sudah saya tidak boleh nak cam terutamanya kawan-kawan lelaki lah. Berubah seratus peratus dari muka sampai bentuk fizikal.... hah! macamana nak kenalkan.... ke buat plastic surgery..upppssss...


Inilah kawan baik saya masa sekolah menengah....Justin Khoo ( kawan-kawan baik saya di zaman menengah dulu memang ramai Caya Nun Alip)

Sebenarnya sampai ke hari ini, perasaan gembira tu masih terasa-rasa. Macam tak puas jumpa pun ada juga. Hishhh.... macam-macam hendak diceritakan ni kalau diikutkannnn tapi hendak buat macamanakan itu sahaja masa yang ada. Itupun saya gerak dari RFC pun sudah hampir jam 1 petang. Dek kerana tahap keterujaan yang tinggi juga satu keping gambar pun tidak disnapkan oleh kamera saya...hahaha... entah apa-apa. Lepas tu baru rasa menyesal... pun tidak berguna lagilahhhh. Gambar-gambar yang ada ni pun terpaksalah saya ambil dari fb kawan-kawan.

Dengar-dengar mereka hendak jadikan majlis reunion ni acara tahunan. Hmmmm.... baguslah macam tu kan. Ada rezeki, dipanjangkan umur, bolehlah kita berjumpa lagi.

Mamat cina di tengah yang memakai t-shirt putih tu dulu pakwe tipu-tipu saya.... hik hik hik malu pula bila jumpa. Tapi dia masih single sampai sekarang...kenapa ye? hahaha... en. hubby tolong jangan cemburu yaaa...

Friday, September 17, 2010

:: Cerita Raya Lagi... ::

Hari raya kedua masih sesi berziarah rumah saudara. Mula-mula sekali ke rumah Pakwa bukan pakwe ye.... Pakwa ni abang mak yang sulung. Baru sahaja kematian isteri (Makwa) sebelum puasa hari tu sebab sakit kanser....al-fatihah buat Makwa. Tentunya raya kali ini amat terkesan di hati Pakwa dan anak-anak serta cucu-cucu kerana kali pertama beraya tanpa Makwa. Terasa syahdu dan sayu saja...moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.... insyaallahhhh (hendak bergambar tapi macam malu pula....ahaks! rasa tak sesuai gitu....)

Dari rumah Pakwa kami gerak pula berziarah rumah toksu (adik bongsu arwah tok). Toksu ni pun sudah tidak berapa sihat.... memang terlantar di atas katil sahaja. Waktu kami sampai tu, bersalam-salaman...tiba-tiba toksu menangis. Hmmm... sayu sangat hati kami, terasa nak menangis sama (dah nangis pun hah!) Kami hanya minum air dan makan kuih raya sahaja di sini walaupun ada sikit tergoda dengan bau kuah laksa sedang dipanaskan...huhuhu... Cik Puan Munirah telah memberi amaran tidak boleh berlama-lamaan di rumah toksu sebab sudah berjanji dengan makngah cik pah untuk makan nasi beramai-ramai di rumahnya. Memandangkan waktu itu sudah hampir jam 1 tengahari dan makngah cik pah sudah berkali-kali membuat panggilan semacam petir kepada Cik Puan Munirah maka kami lupakan sahaja hajat untuk merasa laksa yang telah dimasak oleh maklang Na huhuhu....

Depan rumah toksu (gambar lain banyak tapi semua gambar objek alam semula jadi. En. hubby sedang mengasah bakat menembaknya)

Maka rombongan pun terus bergerak menuju ke rumah Makngah Cik Pah aka kakak kepada Cik Puan Munirah (mak saya le). Sebaik sampai... terus menuju ke dapur. Ye... menjenguk-jenguk apa yang tuan rumah masakkan. Sudah lama tidak merasa air tangan makngah cik pah yang kedua terbaik selepas arwah tok. Hari tu makngah masak lauk gulai nenas ikan masin, asam pedas rebus sayur keladi, ulam kangkong berserta sambal belacan dan juga ikan goreng.




Tukang tumbuk sambalnya...


Tukang masa nasinya...








Siap masak nasi tambah seperiuk lagi....( over sungguh makngah takut tak cukup), alih-alih petang tu semua bawa balik bekal nasi hahaha... Paling lama lepak di rumah makngah ni lah. Masing-masing sempat membuat taik mata berjam-jam. Perut sudah kenyang.... maka mata pun semakin beratlahhhh.... Lepas Asar baru gerak balik rumah.


Acara yang paling ditunggu-tunggu sebab masa ni sudah pukul 2 lebih. Jadi perut masing-masing sudah bernyanyi-nyanyi. Tunggu apa lagi.... makannnnn!!!

Makngah Cik Pah tu yang pakai serkup hitam dan tidak mengenakan baju raya.... hihihi...

Maka tamatlah sudah sesi berziarah di SP buat saya. Sebenarnya ada lagi rumah saudara-mara yang masih belum dikunjungi tapi apa boleh buat ya. Tidak ada kesempatan.... insyaallah andai dipanjangkan umur bertemu lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan...








:: Cerita Raya ::

Sepatutnyakan saya habiskan dulu tentang cerita iftarkan.... akan tetapi macam sudah tidak relevan pulakkan di celah-celah musim raya ni. Maka marilah kita bercerita....corat-coret pasal raya sajalah. Pasal iftar tu nanti mungkin cerita bergambar sajalah agaknya, sebab banyak sangat gambar yang diambil.

Raya pertama hingga ketiga di Sungai Petani. Tahun ini agak meriah sebab semua adik-beradik dapat berkumpul sejak hari Khamis lagi. Tahun hadapan bakal sunyi, tinggal mak, banglong dan dikyah sebabnya tiba giliran saya dan adik Shakir beraya rumah mertua pula. Tak mengapalahkan, itu cerita tahun hadapan, kita simpan dulu. Sekarang cerita Syawal tahun ini.




Seperti biasa hidangan pagi Syawal itu adalah ketupat daun palas bersama rendang daging (terbaikkkkkk). Menu tambahan sejak saya berkahwin dengan orang Ganu.... nasi minyak, gulai ayam (tanda cinta pada suami hihihi)...

Lepas sembahyang sunat Hari Raya, acara wajib bersalam-salaman memohon kemaafan.... kemudian terus bersiap-siap keluar beraya. Raya pertama dan kedua memang tidak diam di rumah, kami sekeluarga keluar beraya ke rumah saudara-mara. Sebabnya... raya ketiga saya sudah gerak balik ke KT pula. Jadi, harus manfaatkan 2 hari di hari raya itu untuk menziarah sanak-saudara. Alhamdulillahhh.... misi berjaya. Malahan sepanjang 2 hari juga perut semacam terkejut sebab tidak henti-henti diisi dengan pelbagai jenis hidangan yang memang tak mampu ditolak. Siap ada kejadian sakit perut yang berterusan terutamanya buat perut-perut yang bukan kelas A hahaha....(saya adalah terkecuali....masih bertahan...)

Raya tahun ini juga memberi makna tersendiri buat saya sebagai seorang ibu sebab si abang berjaya mencapai sasaran berpuasa 30 hari... alhamdulillah. Sebenarnya sudah nyaris tersasar dari target sebab abang diserang demam berserta sakit tekak menjelang 2 hari sebelum raya. Risaunya saya hanya Dia saja yang tahu....ditambah saya lupa hendak bawa balik ubat-ubatnya. Cepat-cepat bawa ke klinik dan....alhamdulillahhhh...hari terakhir puasa abang gagahkan juga. Saya tak paksa... tapi dengan kerelaan dan semangat kuat abang......Tiba Syawal abang dah pun sihat....yey!!!


Lokasi : Berziarah ke rumah maklang. Menu istimewa maklang tiap-tiap tahun semestinya nasi impit + kuah kacang. En. hubby ni memang suka sangat ambil gambar masa orang tengah sedap-sedap mengunyah.



Lokasi : Terjah aka ziarah ke rumah makcik Ju.... pakcik Satar tak ada ( bekerja di hari raya huhuhu)


Kami segerombolan mengunjungi Pakcik Satar di stesen keretapi Bukit Mertajam. Tabik spring kat pakcik sebab sedia bertugas di hari raya demi bangsa, agama dan negara.... ecewah...



Anak jati Terengganu ni (en.hubby) sangat teruja bila berada di stesen keretapi memandangkan tidak ada keretapi di Terengganu, yang ada hanyalah kereta lipang....hahaha...



Kenapa baju mereka berwarna sedondon???? Tak puas hati sungguh!!!



Menunggu sang keretapi... bersama anak-anak hendak balik beraya di kampung


Sempat bergosip di stesen... keretapi yang ditunggu tak juga kunjung tiba


Lokasi : Rumah maklong (kakak arwah abah) di Bukit Mertajam. Masa ni dah malam... bergambar ramai-ramai sebelum balik. Destinasi ziarah terakhir 1 Syawal adalah di rumah Makngah Timah ( tak sempat bergambar sebab sibuk dengan perkara lain yang lebih penting ditambah pula tergoda dengan nasi hujan panas air tangan anak menantu makngah timah).

Tuesday, September 07, 2010

:: Mak!!!! Konah balik mak!!!! ::

Yee haaa!!! saya sudah pun berada di kampung halaman saat ini. Nikmatnya??? memang tidak terkata. Satu kenikmatan yang sangat luar biasa rasanya. Hampir sebulan menunggu untuk berjumpa dengan emak yang tercinta, berbuka dan bersahur bersama...seterusnya menyambut lebaran bersama-sama... akhirnya syukur alhamdulillahhh....

Perjalanan balik semalam pun lancar sahaja. Mungkin ada yang sudah gerak awal-awal lagi dan mungkin juga ada yang masih belum bercuti. Jadi, lebuhraya adalah sangat aman dan damai... dapat pula diskaun tol semalam, wahhh!!! kelegaan berganda jadinya hehehe... Sampai rumah mak tadi hampir jam 3 pagi, masih sempat lena sebentar sebelum bangun sahur 2 jam kemudiannya. Rasa leganya.... dapat rasa lauk pauk air tangan mak... memang tiada bandingan.

Hari ini.... ingatkan hendak berbuka di rumah sahaja. Dah siap bincang-bincang dengan mak nak masak apa...tup tup en. hubby ajak berbuka di luar pula. Hmmm... katanya saja nak bawa mak berbuka di luar sesekali. Maka tadi keluar ke bandar, jalan-jalan cari makan...upppssss... cari tempat berbuka yang best dan bersesuaian....maka kami akan ke jeng jeng jeng.... nantilah cerita

Untuk maksu....jangan cemburu ye!!! hehehe nanti maksu balik kita berbuka bersama kat.... rumah jelah kot hik hik hik...

Sunday, September 05, 2010

:: Rentetan Iftar 1 ::

Bulan puasa tahun ini semacam mencatat sejarah pula buat saya dan en. hubby sebab hanya sekali sahaja berkunjung ke Pasar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Berbanding dengan tahun lepas dan tahun sebelum-sebelumnya, memang kamilah pengunjung setia Param tidak kira yang jauh ke yang dekat ke.

Berbeza tahun ini, selain dari memasak sendiri juadah berbuka, kami lebih banyak berbuka puasa di luar. Sama ada bersama-sama rakan-rakan rapat, rakan sepejabat mahupun kami empat beranak sahaja. Bukan saya ye yang merancangnya ye.... tapi...tapi... ye en.hubby punya kerja. Tak tahulah kenapa dia punya angin tahun ini asyik ajak berbuka di luar sahaja kekdahnya. Saya ni pula jenis yang tak kisah, ikutkan saja. Mungkin jugalah sebab bila ke Param tu kami jadi tidak ketahuan hendak makan apa. Satu pun tidak ada yang menarik dan berkenan di tekak ni ha... sudahnya, tempah makan di restoran sajalah.

~ 12 Ramadhan 1431H (Ahad) -Iftar di Hotel Prince ~

Iftar bersama dengan geng kali ini memang meriah. Di hotel ni banyak juga pilihan menu untuk berbuka dari hidangan utamanya nasi dengan pelbagai jenis lauk-pauk, ulam-ulaman, kerabu pelbagai jenis, pelbagai jeruk, kambing golek, kuih-muih, buah-buahan dan juga segala aneka pencuci mulut. Syukur alhamdulillahhhh puas makan....hehehe...


Haaa....tengok tu...tuuu dia....


Renung-renungkannn....

Emmm....sedapnya kan... anak-anak paling suka ni

Gossip girls???

Memandangkan hari ini adalah hari minggu maka sebelum ke acara iftar tu saya dan en.hubby bawa anak-anak meronda sampai ke Setiwangsa. Ada le barang-barang yang hendaka dibeli, jadi alang-alang sudah ke KL sinun, terus lajak sampai ke Keramat terus ke Setiawangsa mengimbau kenangan masa bujang-bujang dulu....ecewahhh...

Antara yang menarik perhatian... besarrrrr punya....


Berposing di ruang legar kompleks. Menarik juga dekorasi rayanya.

Ini di JJ Setiawangsa. Belum pernah ke sini tapi ok jugalah tempatnya.

Wednesday, September 01, 2010

:: Salam September ::

Sedar tak sedar Ramadhan kini sudah di penghujung. Rasa sedih juga ada kerana ia akan berakhir dan belum pasti juga kita akan bertemu Ramadhan berikutnya. Namun syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan mengharungi bulan penuh rahmah ini. Terasa masa semakin singkat, semakin dikejar semakin tidak terkejar.

Bagaimana persiapan untuk Syawal? Emmm... syukur juga kerana semuanya telah selesai. Itupun sekadar yang mampu sahaja, bersederhana. Tahun ini akan beraya di SP dahulu kemudian akan balik ke KT raya ketiga. Mohon dipermudahkan olehNya. Tidak perlu bertikam lidah hendak beraya di mana dulu kerana semuanya telah diputuskan mengikut giliran setiap tahun sejak awal perkahwinan dulu.

Minggu ini juga rasanya mood beraya sudah mengjenguk jiwa raga. Sudah tidak sabar menghitung hari untuk bercuti. Hmmm...sabar ye sabar...semakin hampirnya Syawal bermakna semakin hampir juga Ramadhan untuk ditinggalkan. Tiba-tiba terasa sayu saja hati ini...