Friday, September 17, 2010

:: Cerita Raya ::

Sepatutnyakan saya habiskan dulu tentang cerita iftarkan.... akan tetapi macam sudah tidak relevan pulakkan di celah-celah musim raya ni. Maka marilah kita bercerita....corat-coret pasal raya sajalah. Pasal iftar tu nanti mungkin cerita bergambar sajalah agaknya, sebab banyak sangat gambar yang diambil.

Raya pertama hingga ketiga di Sungai Petani. Tahun ini agak meriah sebab semua adik-beradik dapat berkumpul sejak hari Khamis lagi. Tahun hadapan bakal sunyi, tinggal mak, banglong dan dikyah sebabnya tiba giliran saya dan adik Shakir beraya rumah mertua pula. Tak mengapalahkan, itu cerita tahun hadapan, kita simpan dulu. Sekarang cerita Syawal tahun ini.




Seperti biasa hidangan pagi Syawal itu adalah ketupat daun palas bersama rendang daging (terbaikkkkkk). Menu tambahan sejak saya berkahwin dengan orang Ganu.... nasi minyak, gulai ayam (tanda cinta pada suami hihihi)...

Lepas sembahyang sunat Hari Raya, acara wajib bersalam-salaman memohon kemaafan.... kemudian terus bersiap-siap keluar beraya. Raya pertama dan kedua memang tidak diam di rumah, kami sekeluarga keluar beraya ke rumah saudara-mara. Sebabnya... raya ketiga saya sudah gerak balik ke KT pula. Jadi, harus manfaatkan 2 hari di hari raya itu untuk menziarah sanak-saudara. Alhamdulillahhh.... misi berjaya. Malahan sepanjang 2 hari juga perut semacam terkejut sebab tidak henti-henti diisi dengan pelbagai jenis hidangan yang memang tak mampu ditolak. Siap ada kejadian sakit perut yang berterusan terutamanya buat perut-perut yang bukan kelas A hahaha....(saya adalah terkecuali....masih bertahan...)

Raya tahun ini juga memberi makna tersendiri buat saya sebagai seorang ibu sebab si abang berjaya mencapai sasaran berpuasa 30 hari... alhamdulillah. Sebenarnya sudah nyaris tersasar dari target sebab abang diserang demam berserta sakit tekak menjelang 2 hari sebelum raya. Risaunya saya hanya Dia saja yang tahu....ditambah saya lupa hendak bawa balik ubat-ubatnya. Cepat-cepat bawa ke klinik dan....alhamdulillahhhh...hari terakhir puasa abang gagahkan juga. Saya tak paksa... tapi dengan kerelaan dan semangat kuat abang......Tiba Syawal abang dah pun sihat....yey!!!


Lokasi : Berziarah ke rumah maklang. Menu istimewa maklang tiap-tiap tahun semestinya nasi impit + kuah kacang. En. hubby ni memang suka sangat ambil gambar masa orang tengah sedap-sedap mengunyah.



Lokasi : Terjah aka ziarah ke rumah makcik Ju.... pakcik Satar tak ada ( bekerja di hari raya huhuhu)


Kami segerombolan mengunjungi Pakcik Satar di stesen keretapi Bukit Mertajam. Tabik spring kat pakcik sebab sedia bertugas di hari raya demi bangsa, agama dan negara.... ecewah...



Anak jati Terengganu ni (en.hubby) sangat teruja bila berada di stesen keretapi memandangkan tidak ada keretapi di Terengganu, yang ada hanyalah kereta lipang....hahaha...



Kenapa baju mereka berwarna sedondon???? Tak puas hati sungguh!!!



Menunggu sang keretapi... bersama anak-anak hendak balik beraya di kampung


Sempat bergosip di stesen... keretapi yang ditunggu tak juga kunjung tiba


Lokasi : Rumah maklong (kakak arwah abah) di Bukit Mertajam. Masa ni dah malam... bergambar ramai-ramai sebelum balik. Destinasi ziarah terakhir 1 Syawal adalah di rumah Makngah Timah ( tak sempat bergambar sebab sibuk dengan perkara lain yang lebih penting ditambah pula tergoda dengan nasi hujan panas air tangan anak menantu makngah timah).

No comments: