Saturday, September 25, 2010

:: Alkisah Mee Bandung ::

Rancangan hari ini adalah untuk menghadiri rumah terbuka 2 orang jiran. Satu jiran sebelah rumah yang dibuat selepas Zohor dan satu lagi jiran, buat sebelah malamnya. Maka tidak adalah acara masak-memasak di rumah kannnn. Pagi pun sudah ada orang belikan nasi lemak makcik Nab..... alhamdulillahhhh.

En. hubby pula ada kelas dari pagi sampai tengahari lepas tu sambung ke pejabat pula ada kerja sikit. Tinggallah kami tiga beranak di rumah... bertambah-tambah 'rajin'lah saya jadinya. Tup tup sebelum tengahari tu en. hubby telefon cakap Ayah Long nak datang rumah... petang-petang sikit katanya. Hmmmm.... bincang-bincang dengan en.hubby nak jamu apa ke Ayah Long ni....pap! dapat idea buat mee bandung. Sebabnya bahan-bahan basah dan perencahnya semua dah ada. Sekelip mata sahaja dah boleh siap ecewahhh... Maka dan dan itu juga saya keluarkan segala udang sotong dalam peti ais, sementara tunggu en.hubby balik nanti beli mee kuning dan sedikit sayur-mayurnya.

Dengan bersemangatnya saya juga ni, terus buat siap-siap kuah mee bandung tu. Tinggal nanti bila tetamu sampai baru masukkan sayur dan pecahkan telur dalam kuah. Saya dok fikir kalau buat kuah siap-siap senang sikit, sebab nanti hendak pergi rumah jiran lagikannn... takutlah jadi terkocoh-kocoh pula. Maka dengan senang hati sebab semuanya sudah sedia... lepas Zohor tu en.hubby pun sudah ada di rumah, kami pun berziarahlah ke rumah jiran. Hujan pula petang tadi kannn... tapi memang sekarang ni asal petang saja hujan....asal hujan saja petang. Hmmmm... saya sudah risaulah takut Ayah Long tak jadi nak datang.... sah memang sah bila en.hubby cakap Ayah Long telefon tak jadi.

Bagaimana alkisahnya kuah mee bandung tadi itu ya? Kami anak-beranak ni sudah sah-sah lah tak akan makan di rumah sepanjang hari ini. Maka dengan ini terpaksalah saya buat pengumuman untuk seluruh isi rumah bahawasanya sarapan pagi untuk seisi keluarga esoknya adalah Mee Bandung Muar hehehe...

No comments: