Wednesday, September 01, 2010

:: Salam September ::

Sedar tak sedar Ramadhan kini sudah di penghujung. Rasa sedih juga ada kerana ia akan berakhir dan belum pasti juga kita akan bertemu Ramadhan berikutnya. Namun syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan mengharungi bulan penuh rahmah ini. Terasa masa semakin singkat, semakin dikejar semakin tidak terkejar.

Bagaimana persiapan untuk Syawal? Emmm... syukur juga kerana semuanya telah selesai. Itupun sekadar yang mampu sahaja, bersederhana. Tahun ini akan beraya di SP dahulu kemudian akan balik ke KT raya ketiga. Mohon dipermudahkan olehNya. Tidak perlu bertikam lidah hendak beraya di mana dulu kerana semuanya telah diputuskan mengikut giliran setiap tahun sejak awal perkahwinan dulu.

Minggu ini juga rasanya mood beraya sudah mengjenguk jiwa raga. Sudah tidak sabar menghitung hari untuk bercuti. Hmmm...sabar ye sabar...semakin hampirnya Syawal bermakna semakin hampir juga Ramadhan untuk ditinggalkan. Tiba-tiba terasa sayu saja hati ini...

No comments: