Tuesday, September 28, 2010

:: Alahai tudungku ::

Semalam kan sudah bersemangat ni, esok nak pakai baju raya dengan tudung baru beli. Yela... esok (hari ni la) tu ada jamuan raya unit. Bangun pagi-pagi ni bertambah semangatlah nak gosok baju, tudung bagai. Tup tup kannn... lepas digosok sahaja tudung itu, terus awningnya kemek-kemek. Alamak!!! apa sudah jadi???? Saya tidaklah gelabah tapi terus jadi bengang sambil dalam kepala ligat fikir nak buat macamana. Bukanlah tak boleh pakai tudung lain tapi sebab saya sudah niat awal-awal nak pakai tudung tu maka kena pakai jugalah(degilkan?)...


Puas saya gosok, tekan-tekan balik dengan iron....memang tak bawa kesan apa-apa pun. Akhirnya saya nekad pakai juga. Alahhh... bukannya saya tak biasa pakai tudung kemek-kemek tak menjadi sebelum ni. Apa yang penting, keyakinan diri tu hah!... biarlah apa orang nak cakap kannnn...

Masa dalam kereta, saya ada juga tanya en.hubby. 'abah, camana tudung ibu pakai ni? nampak tak apa-apa yang pelik?' En.hubby buat muka musykil, 'pelik? apa yang pelik? tak ada apa pun, ok ja'. Lepas tu saya tunjuklah awning tudung yang kemek tu...'ni, tak pelik ke? ok tak ibu pakai?' en. hubby buat muka musykil lagi...' ok ja...cantik ja abah tengok' Hah! confirm tahap keyakinan diri saya semakin bertambah lepas en.hubby cakap cantik.... hehehe....

Jadi lepas ni, saya akan pakai sahaja tudung tu walau sudah kemek-kemek... sebabnya en.hubby tetap kata cantik..hik hik hik... orang lain nak kata apa-apa pun sudah tidak penting (ada orang kata apa-apa ke?) hihihi...

Cumanya, sampai sekarang saya masih tidak faham kenapa awning tudung tu boleh jadi kemek sampai macam tu sekali. Perlu tak saya kembali semula ke kedai tudung itu dengan membawa tudung itu bersama dan terus buat complain? Apa pendapat maksu?

5 comments:

khay ke'ai said...

chupp!!! lawa tudung...kikiki tudung baru beli aritu ka? awat jd sampai cmtu..iron panas sgt kut...

khairanimaisurah said...

chuppp!!! ye le tudung baru tu. betuila kot no...iron panas sgt. hishhh...camana boleh tersilap teknik ni

Rosilawati Wahid said...

Kami menyediakan khidmat me'repair' awning tudung... tapi incek suami kata cantik, tak yah repair le... -_-

Iron panas sangat tu...

khay ke'ai said...

senget2 itu seni...kihkihkih yg penting confident ok...hihihi

khairanimaisurah said...

k.shiela : wahhh...boleh gak kan nnt antar repair kat akak lah. cantik mmg cantik tapi lemas tgk le kemek2 hihihi. org pun pandang semcm je kehkehkeh

khay : ye le mmg seni sgt la tu hahaha...