Tuesday, March 02, 2010

::Debaran::

Dua tiga hari ni saya lalui dengan penuh debaran di hati. Semua jadi serba tidak kena, duduk tak kena, berdiri pun tak kena...malah makan pun kurang berselera. Saya mengharapkan sesuatu yang positif namun... debaran itu berakhir hari ini. Dan... saya agak kecewa tapi saya terima dengan redha segala percaturanNya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya... kita sebagai hamba hanya mampu berusaha, Dia juga yang berkuasa atas segalanya.

Saya sms en.hubby mengharapkan sokongannya. Kali ini saya rasa sangat kecewa, mujurlah en.hubby sangat memahami dan memujuk melegakan sedikit perasaan. Huhuhu...percayalah hati bahawa semua ini ada hikmah tersembunyi. Ada khilaf yang tidak kita sedari, fikir dan muhasabah diri... akhir sekali doa serta tawakal kepadaNya. Bukan rezeki kami untuk kesekian kalinya...

2 comments:

fazlina said...

..kay..rasanya kita menghadapi keadaan yang sama..mungkin apa yang dihadapi saja yang berbeza..rasanya betul kata2 kay tu..ada hikmah disebalik segalanya kan..

khairanimaisurah said...

hmmm...itulah bot, kita hanya boleh terus merencana, berikhtiar, berusaha, buat itu, buat ini...namun kita hanyalah hambaNya. Dia yang Maha Berkuasa menentukan segalanya, bukan kita. Kalau tidak redha, bermakna kita menolak kekuasaanNya kan. Setiap yg berlaku pasti ada sebab-musababnya, ada hikmahnya... di luar kuasa kita lazimnya hanya sekadar hamba di sisiNya. Tapi atas usaha kita juga untuk sentiasa mendampingiNya, moga apa yg kita pohon, yg kita harapkan dariNya akan mendpt perhatian dariNya...insyaallahhhh..