Saturday, March 27, 2010

:: Nasi Lemak Buah Bidara ::

Hari ni saya masak nasi lemak dengan sambal tumis udang untuk sarapan kami sekeluarga. Dah lama rasanya saya tak buat nasi lemak ni, biasanya kami beli saja. Walaupun mungkin tak sesedap yang dijual di luar sana, tapi bila tengok en.hubby dan anak-anak makan dengan berselera... syukur alhamdulillahhhh. Tapi en.hubby ada juga tegur, katanya nasi tu tawar sikit....hmmmm saya dah agak dah sebabnya 2 3 hari ini saya tak berapa sihat dan selsema, jadinya lidah saya ni tak berasa apa-apa la. Bila masak tadi tu tak berani nak letak garam lebih takut termasin pula...alih-alih tawar pula jadinya. Tapi lepas tu en. hubby pujuk balik... dia cakap tidaklah tawar sangat huhuhu...

Hari ni seharian berada di rumah. Petang semalam dah merancang dengan en. hubby nak pergi pesta buku tup tup teringat pula yang saya harus bekerja, si abang pula ada kelas bolasepak. Jadi kami tunda ke pesta buku esoknya. Harap-harap rancangan ke pesta buku esok tiada berhalangan... insyaallahhh... namun semua itu ketentuan Allah juakannn...

2 comments:

rezeki said...

salam nurilhami

tak terlambat rasanya utk wish heppi besday buat si akak,

didiklah dgn penuh kasih sayang dgn ilmu dunia serta akhirat, insyallah doa pak itam agar dia akan menjadi anak yg soleh yg membahagiakan kedua ibu bapanya nanti, insyallah

alhamdulillah

Nurilhami said...

salam pak itam...

terima kasih di atas ucapan dan doa pak itam. Insyaallah, anak-anakkan adalah amanah Allah. Mohon juga bimbingan org lama mcm Pak Itam nih hehehe...