Thursday, March 25, 2010

:: First Day Cover ::

Hobi mengumpul Sampul Surat Hari Pertama ni telah saya tinggalkan berbelas tahun yang dulu. Kini setelah sekian lama saya kembali meneruskan hobi ini. Masih saya ingat waktu itu saya masih di bangku sekolah rendah dan yang menjadi pendorong saya kepada hobi ini adalah arwah abah. Kebiasaannya arwah abahlah yang akan belikan sampul surat keluaran hari pertama dan diberikan kepada saya untuk disimpan dan dijadikan koleksi. Selain Sampul Surat Hari Pertama, saya juga gila mengumpul setem dan hobi ini juga dikongsi bersama arwah abah. Tapi mungkin sekarang macam susah sikit nak teruskan mengumpul setem sebab aktiviti mengutus surat pun sudah lama ditinggalkan. Tapi buku setem yang lama-lama dulu masih elok dalam simpanan saya. Cuma yang sedikit ralat…koleksi Sampul Surat Hari Pertama sudah tiada. Tidak pasti pula kemana menghilangnya.

Sejak tahun lepas lagi saya dah mula balik dengan hobi ini, tapi setiap bulan asyik terlepas saja. Jadi tahun ini dah nekad dan serius nak kumpul. Saya dah siap cetak jadual keluarannya supaya saya tidak terlepas lagi. Kalau dulu arwah abah tolong jadi pembelinya, kali ini giliran en.hubby pula. Itupun sebab pejabat en.hubby berdekatan dengan pejabat pos, mudahlah sikit.

Rasa-rasanya anak-anak zaman sekarang ni tak berapa nak ambil pot sangat benda-benda macam ni kan…. Silap-silap tak tahu pun pasal Sampul Surat Hari Pertama ni. Baru ni si abang dok sibuk tanya bila dia tengok saya dok pegang Sampul Surat Hari Pertama keluaran 23/3/2010. Dia tanya apa yang saya pegang tu, saya pun jawab le. Kemudian dia tanya lagi, buat apa saya beli. Saya jawab, saja nak simpan. Tapi dia masih tak faham kenapa saya perlu simpan semua tu, untuk apa? Hmmm…macam mana nak cakap ye. Saya pun tak berapa pandai nak jelaskan panjang lebar. Mungkin saya perlu ambil satu masa khusus untuk ceritakan semua ini kepada dia. Mana tau kot nanti timbul minat pula nak kumpul dan jadikan hobi macam ibu dia ni.

No comments: