Friday, March 26, 2010

:: Cerita Semalam ::


Semalam, 25 Mac adik genap umur 5 tahun. Sudah besar anak dara ibu seorang ni. Tiada acara besar-besaran menyambutnya, hanya sekadar sebiji kek dan sate dan disambut bersama-sama abah, ibu, abang, semestinya ada adik jugaklahkan. Diusia adik 5 tahun, ibu hanya mengharapkan dan berdoa moga adik akan membesar dengan sempurna, penuh bahagia, sihat sentiasa. Semoga adik membesar menjadi orang berguna pada ibu, abah... pada agama mahupun bangsa. Itulah doa ibu setiap tahun untuk setiap anak-anak.

Kek ini ditempah awal, dan gambar atas kek dipilih sendiri oleh adik. Sebab apa adik pilih gambar ipin makan ayam goreng? Simboliknya sebab adik pun suka makan ayam goreng hihihi... Macam-macam hal anak dara sorang ni. Ni memang dah buat abang dia sangat cemburu, dan kesannya abang dah tempah awal pada ibu untuk harijadinya bulan Julai nanti; kek beserta gambar upin&ipin yang besar punya.... sabar jelah.

No comments: