Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Tawau atas urusan kerja. Biasalahkan kalau outstation ni biasanya partner saya mestilah Yana. Kami berada di Tawau kurang lebih tiga hari. Perjalanan ke Tawau dengan penerbangan MAS mengambil masa hampir 3 jam dan sebaik sampai sahaja terus menuju ke destinasi untuk menyelesaikan tugasan. Sepanjang 3 hari di sana, hujan turun tidak berhenti-henti. Lokasinya yang berhampiran dengan pantai agak merisaukan hati saya.... hehehe... alhamdulillahhhh tidak ada apa-apa yang berlaku.

Keesokkannya kami pergi semula ke tempat tugasan untuk menyelesaikan sedikit tugas-tugas yang masih tertangguh semalam. Terpaksa berpuas hati dengan tugasan kali ini walaupun ada yang masih kurang lengkap disebabkan kekurangan kepakaran dan perisian. Saya agak risau namun hanya berdoa di dalam hati moga semuanya berjalan lancar selepas ini.
Hari sudah menginjak ke tengahari dan hujan masih turun membasahi bumi Tawau. Akibat hujan yang turun sepanjang hari agak membataskan perjalanan kami meninjau-ninjau bandar Tawau. Dari tempat kerja, tempat pertama yang kami kunjungi adalah Pasar Tanjung Tawau. Sudah namanya pasar maka bermacam-macamlah yang ada dijual di sini. Ada barang basah seperti ikan, udang, sotong segala bagai, ada udang kering, ikan kering segala... ada juga segala macam jenis makanan-makanan kering dan juga baju-baju.
Kemudian sambung lagi perjalanan ke Central Market, Tawau. Di sini, rupa-rupanya lagi banyak kedai-kedai yang menjual segala macam perkara. Ada barang-barang kraftangan, cenderahati dan paling banyak baju-baju, kain batik, kain pelikat, telekung, tudung dan paling menggoda kalbu adalah pelbagai jenis jubah dengan harga yang saya rasa agak berpatutan. Kebanyakan jubah-jubah dan baju-baju adalah diambil dari Indonesia. Menjamu mata sahajalah kekdahnya... belum hari gajikannnn huhuhuhu...
Dari situ, kami pusing-pusing lagi bandar Tawau sampai puas kemudian terus balik hotel. Di sebelah malamnya (malam terakhir) hanya melepak dalam bilik hotel sahaja.
Setakat itu sahajalah kisah perjalanan kami di Tawau meski ada banyak tempat lagi yang belum dapat kami kunjungi. Rupa-rupanya kannn baru saya tahu yang kita boleh sahaja pergi ke Semporna dari Tawau ni. Perjalanan berkereta ke Semporna hanya mengambil masa satu jam setengah sahaja. Mesti keseronokan berganda kan andai dapat kami ke Semporna kemudian langsung ke pulau-pulau indah di sana seperti Sipadan, Mabul, Kapalai... berangan hehehe... Insyaallah kalau ada rezeki lebih, mana tahukan, dapat pergi sana pula.
2 comments:
'biarlah rahsia' bila nk pakai.. hehe..
uits!! cik yana... tetap rahsia...hahaha
Post a Comment