Tuesday, April 05, 2011

:: Tawau bah... ::


Baru-baru ini saya berpeluang berkunjung ke Tawau atas urusan kerja. Biasalahkan kalau outstation ni biasanya partner saya mestilah Yana. Kami berada di Tawau kurang lebih tiga hari. Perjalanan ke Tawau dengan penerbangan MAS mengambil masa hampir 3 jam dan sebaik sampai sahaja terus menuju ke destinasi untuk menyelesaikan tugasan. Sepanjang 3 hari di sana, hujan turun tidak berhenti-henti. Lokasinya yang berhampiran dengan pantai agak merisaukan hati saya.... hehehe... alhamdulillahhhh tidak ada apa-apa yang berlaku.

Saya tunjukkan sikit gambaran tempat kami melaksanakan tugas. Diambil dari skrin cctv langsung menunjukkan bahawa cctv yang dipasang adalah berfungsi dengan baik. Hmmm... harap lepas ini pun cctv tersebut akan terus dipasang dan berfungsilah kannnn. Tugasan kali ini agak mencabar minda. Hampir saya diserang migrain... ke memang dah kena pun. Saya agak tertekan waktu ini.


Selesai tugas, kami terus cari hotel untuk bermalam. Di Tawau, kami menginap di hotel Shervinton. Difahamkan bahawa hotel ini baru beroperasi.... ke baru di renovasi... macam tulah. Tapi memang cantiklah juga hiasan dalaman biliknya.


Ringkas namun tampak elegan. Hendak tidur pun rasa sangat selesa.


Selepas check-in hotel, kami terus keluar makan malam pula. Ini adalah sesi makan yang merangkap makan tengahari dan juga makan malam. Kali terakhir makan adalah sewaktu di dalam penerbangan dari KL ke Tawau jam 9 pagi. Difahamkan sebelum ini orang cakap, istimewanya Tawau adalah sebab makanan lautnya yang agak murah berbanding di tempat lain. Malam itu rezeki kamilah dapat merasa makanan laut di sini... alhamdulillahhhhh... Perut kenyang bercampur dengan keletihan fizikal mahupun mental, langsung lepas makan balik ke hotel untuk berehat dan tidur.


Keesokkannya kami pergi semula ke tempat tugasan untuk menyelesaikan sedikit tugas-tugas yang masih tertangguh semalam. Terpaksa berpuas hati dengan tugasan kali ini walaupun ada yang masih kurang lengkap disebabkan kekurangan kepakaran dan perisian. Saya agak risau namun hanya berdoa di dalam hati moga semuanya berjalan lancar selepas ini.


Hari sudah menginjak ke tengahari dan hujan masih turun membasahi bumi Tawau. Akibat hujan yang turun sepanjang hari agak membataskan perjalanan kami meninjau-ninjau bandar Tawau. Dari tempat kerja, tempat pertama yang kami kunjungi adalah Pasar Tanjung Tawau. Sudah namanya pasar maka bermacam-macamlah yang ada dijual di sini. Ada barang basah seperti ikan, udang, sotong segala bagai, ada udang kering, ikan kering segala... ada juga segala macam jenis makanan-makanan kering dan juga baju-baju.





Sempat juga ye saya mencuba sehelai jubah yang telah berjaya menarik perhatian saya. Saya beli tak? hmmmm.... biarlah rahsia hehehehe....


Dari pasar tanjung, kami singgah makan tengahari di sebuah restoran. Kali ini kami makan nasi beriyani. Sedap...licin sepinggan...


Kemudian sambung lagi perjalanan ke Central Market, Tawau. Di sini, rupa-rupanya lagi banyak kedai-kedai yang menjual segala macam perkara. Ada barang-barang kraftangan, cenderahati dan paling banyak baju-baju, kain batik, kain pelikat, telekung, tudung dan paling menggoda kalbu adalah pelbagai jenis jubah dengan harga yang saya rasa agak berpatutan. Kebanyakan jubah-jubah dan baju-baju adalah diambil dari Indonesia. Menjamu mata sahajalah kekdahnya... belum hari gajikannnn huhuhuhu...


Dari situ, kami pusing-pusing lagi bandar Tawau sampai puas kemudian terus balik hotel. Di sebelah malamnya (malam terakhir) hanya melepak dalam bilik hotel sahaja.


Setakat itu sahajalah kisah perjalanan kami di Tawau meski ada banyak tempat lagi yang belum dapat kami kunjungi. Rupa-rupanya kannn baru saya tahu yang kita boleh sahaja pergi ke Semporna dari Tawau ni. Perjalanan berkereta ke Semporna hanya mengambil masa satu jam setengah sahaja. Mesti keseronokan berganda kan andai dapat kami ke Semporna kemudian langsung ke pulau-pulau indah di sana seperti Sipadan, Mabul, Kapalai... berangan hehehe... Insyaallah kalau ada rezeki lebih, mana tahukan, dapat pergi sana pula.


Bergambar di pintu masuk cafe hotel untuk sarapan pagi. Selamat tinggal mr.chef, kami sudah mahu pulang semenanjung.


Sebelum check-out, saya ambil gambar sedikit bahagian bandar Tawau dari tingkap bilik hotel. Di sini hendak cari makanan halal senang sebab majoriti penduduk adalah beragama Islam (kaum Bugis ramai). Rasa hendak pergi lagi lahhh...

2 comments:

aziliana said...

'biarlah rahsia' bila nk pakai.. hehe..

khairanimaisurah said...

uits!! cik yana... tetap rahsia...hahaha