Monday, April 26, 2010

:: Campur ::

Cerita kali ini bercampur macam-macam dari hari Jumaat sampai Ahad. Sepanjang 3 hari macam-macam yang dilalui, macam-macam dirasai. Pendek cerita, begitulah sebenarnya kehidupan manusia. Harus melalui segala macam perisa hidup, macam makan nasi campur... macam-macam lauk ada...jadi macam-macam rasa. Yang penting campurannya harus kena, barulah rasanya ada ummppphhh!!!

~ Jumaat ~

Saya bercuti hari ini. Sebetulnya boleh dikira cuti kecemasan sebab saya mohon sehari sebelum nak cuti. Biasanya kalau nak cuti kena mohon 4 hari atau seminggu sebelum. Mulanya nak bawa en.hubby ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kaki dia. Alih-alih en.hubby sudah tukar fikiran, tak jadi ke hospital sebaliknya kami ke KL menguruskan insurans en.hubby.

Kami keluar awal pagi, hantar si abang ke sekolah, kemudian selepas sarapan terus gerak ke UKM nak ambil slip periksa MUET en.hubby. Peperiksaannya berlangsung pada keesokkan harinya (Sabtu). Itu yang berkejar juga nak ambil slip. Dah dapat slip terus ke KL. Waktu-waktu puncak macam ni, masuk KL hmmmm...haruslah sesakkannn. Mujur juga le kenderaan masih bergerak walau perlahan... Selesai urusan en.hubby terus balik. Singgah kejap kedai nak membasahkan tekak...almaklumla hari pun dah nak hampir ke tengahari. Semuanya kena pantas, sebab nak kejar masa ambil si abang dari sekolah. Untuk segala urusan sebelah pagi ni, memang en.hubby yang bawa kereta. Dah dia dengan rela hati menawarkan diri, mungkin juga sebab ambil hati dengan saya kot. Sebabnya pagi-pagi saya dah tarik muka macam nak kelat. Bukannya apa, kita dah semangat mohon cuti konon nak bawa dia pergi hospital, dah dia tiba-tiba tak jadi pula... ada macam bengang juga la.... sudahnya dia usaha memandu dalam sakit-sakit tu...

Tengahari, sampai rumah en.hubby menyerah kalah.... minta tolong saya yang ambilkan anak di sekolah. Hah!kannn... akhirnya, dah tak tahan rasa sakit... Jam 12 lebih saya dah gerak ke Putrajaya, ambil abang. Singgah restoran beli lauk untuk makan tengahari. Ibu tak sempat nak masak yang oi!!!... sebelum keluar dah siap-siap masa nasi dulu. Jadi sampai rumah dah boleh terus ngap!!!...

Petang terus buat kuak lentang... anak-anak dengan aktiviti masing-masing. Lewat petang pergi pasar malam, beli lauk-pauk basah, barang-barang dapur yang dah kering kontang... bekalan untuk 2 hari hujung minggu. Malam.... masa untuk bersantai-santai, berulit dengan dia.

~ Sabtu ~

Kena bangun seawal macam hari bekerja... Hari ini kena hantar en.hubby ke UKM, periksa MUET. Periksa mula jam 8 pagi. Lepas tu berkejar balik hantar abang pula untuk kelas bolasepak. Kemudian ke bengkel Proton, hantar kereta untuk servis. Habis semua anak-beranak tak sempat nak bersarapan. Menahan lapar saja kekdahnya... mujur le sempat singgah kedai beli biskut dengan air kotak untuk lapik perut. Kalau tidak anak dara seorang tu pula yang bising. Servis kereta selesai jam 10.30 pagi, terus balik rumah. Abang, kawan e.hubby tolong ambil dan hantar balik rumah.

Sampai rumah, uruskan perihal rumahtangga.... jemur kain, sapu sampah, buang sampah...segala bagai. Phewwww!!! Berpeluh mak... Belum sempat melepaskan lelah terus angkut bebudak semua pergi ambil en.hubby pula. En.hubby keluar dalam pukul 1 terus ajak pergi makan. Masing-masing dah kebulur... en.hubby bawa makan di restoran Anje Nasi Beriani Gam dekat Bangi. Wahhh... nasi berianinya memang superbbbb!!! Campur perut yang tengah lapar....licin pinggan sehingga menjilat jari...

Balik rumah lepas tu...apalagi...aksi kuak lentang lagi le jawabnya. Yang peliknya anak-anak ni, tak tahu rasa penat agaknya...boleh main sampai ke malam, seorang pun tak tidur. Petang tu abahnya bawa pergi taman. Ibu pula, mula bersilat di dapur untuk hidangan makan malam. Dah berkuak lentang ko... bersilat le pula hahaha... Sebelum Maghrib dah siap masak... elok lepas Maghrib masing-masing dah kelaparan. Dah agak dah pun, puas main, malam mula perut berkeroncong... Saya masak yang mudah-mudah saja, lagipun yang mudah-mudah itulah yang jadi kegemaran keluarga. Dah selesai bab makan... masa untuk ibu bersendiri la pula... berulit lagi dengan dia. Bila nak habis entah le...baru nak fokus..ada saja yang panggil, nak itu nak ini...hishhh... akhirnya ibu juga yang kuak lentang sampai ke pagi.

~ Ahad ~

Bangun pagi ni rasa sangat santai.... huhuhu...tak ada nak berkejar kesana kemari. Waktu dinihari begini, anak-anak masih nyenyak, masa ni le nak selesaikan semua, berkemas...urus kain-baju... Sempat juga menonton Tanyalah Ustaz...kali ini bersama Ustaz Zamri. Rasa best saja sebab dapat duduk rumah, banyak kerja boleh selesai...kerja biasa seorang ibu kannnn... Tengahari masak awal sikit, sebab pukul 12 nak mengadap tv tengok Jalan-Jalan Cari Makan.

Petang sebelum Asar, adik lelaki datang rumah bersama dengan si kecil Luqman dan mamanyalahhh ... Rindunya makngah dengan Luqman, makin keletah...gerammmm je...

Malam... sebab semua kerja dah selesai, maka dah bolehlah berehat-rehat. Dah bersiap-sedia bekerja esok hari. Malam ni masih berulit dengan dia. Anak-anak tidur awal, letih kot. Sambil berulit dengan dia, sempat saya menonton VCD Ketika Cinta Bertasbih (ni entah kali ke berapa dah ni). Walau dah banyak kali tapi masih tak jemu huhuhu...

~ Nak ke Tak Nak? ~

Saya menerima emel tawaran sejak 2 minggu lepas. Tapi masih dalam dilema sama ada nak ikut serta atau tidak? Hati tu dah lama teringin, peluang yang sama diterima pada Januari lalu, namun terpaksa menolak kerana kekangan aktiviti lain. Kali ini rasanya tiada lagi kekangan cuma pelaburan yang harus dikeluarkan agak besar. Berbaloikah nanti? Berbincang dengan en.hubby....hmmmm... dia dah bagi lampu hijau. Katanya kalau tak cukup, dia tolong tambahkan bagi cukup. Tengoklah dulu, ingat nak telefon dulu pihak berkenaan...ada beberapa perkara yang perlu ditanya...sebelum memulakan langkah seterusnya.

No comments: