Sunday, May 15, 2011

:: Gurukah Aku atau ...? ::

Bukanlah saya ingin bercerita bahawa saya ini sememangnya seorang guru. Bukan saya bukan guru tetapi saya baru sahaja selesai membaca buku di bawah. Buku hasil tulisan seorang bekas guru yang menceritakan pengalamannya sepanjang menjadi seorang guru. Buku ini adalah buku kedua beliau; buku pertama berjudul Asam Pedas Gula Melaka yang juga mencoretkan segala pengalaman beliau sebagai seorang guru.



Buku ini baru sahaja saya dapatkan sewaktu berkunjung ke pesta buku baru-baru ini. Sudah lama dicari namun baru kini dapat bertemu seterusnya memiliki. Meskipun saya bukan seorang guru, saya suka membaca kisah Puan Norbi Husin ini. Buku yang ditulisnya ibarat sebuah diari, asyik sangat membacanya. Seronok mengikuti pengalamannya berkhidmat sebagai guru, berhadapan dengan bermacam kerenah pelajar malahan rakan-rakan seperjuangan beliau. Tiba-tiba saya rasa kembali ke zaman persekolahan dulu, mengingati guru-guru yang pernah mengajar saya sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.


Buku kedua beliau ini saya kira lebih menarik kerana di sebalik catatan pengalaman beliau, turut menyelit tips-tips berguna buat mereka yang bergelar guru. Sangat bagus sekiranya setiap guru memiliki dan membaca buku ini. Kita yang bukan guru ini juga boleh sahaja mengambil kisahnya buat dijadikan panduan dalam kehidupan.


Kebetulan pula buku ini saya baca diwaktu yang sudah hampir dengan Hari Guru. Saya mula terkenang pada guru-guru saya dahulu. Terlalu besar jasa dan pengorbanan seorang guru kannn? Kalau tidak manakan mungkin saya dapat berjaya seperti hari ini... ya semuanya juga dengan izinNya jua.


Terima kasih cikgu!!!! Selamat Hari Guru!!!

No comments: