Friday, May 06, 2011

:: Menggamit rindu untuk kesana... ::

Ini adalah entry yang telah lama diperam dalam draf. Semua gambar sudah lama diupload, sudah lebih 2 minggu dari hari kejadian. Tidak mengapalah walau lambat, harus diceritakan sebab dah ada dalam draf.

Hajat mak untuk mengadakan kenduri tahlil, bacaan yassin, doa selamat berserta kenduri kesyukuran akhirnya terlaksana jua dengan izinNya. Syukur alhamdulillah segala-galanya telah selesai dan kami sekeluarga mohon segala perancangan dipermudahkan olehNya.

Tanggal 1 Mei dipilih kerana mak berharap semua anak-anak, saudara-mara dan rakan-taulan yang dijemput dapat menghadirkan diri. Lagipun tarikh ini sahaja yang kiranya paling sesuai sebelum mak, abang dan dikyah berangkat 'kesana'. Kami bermohon padaNya dan doa dari semua agar segala yang telah dirancang dapat berjalan dan terlaksana dengan lancar..... insyaallahhhh...

Syukur alhamdulillah sekali lagi kerana semua yang dijemput telah dengan jayanya menghadirkan diri. Tengok muka mak malam itu memang puas hati sangat. Terpancar di wajah rasa kepuasan. Makanan yang ditempah pun alhamdulillahhhh cukup untuk semua tetamu dan sedap pula tu.

Terima kasih makcik Ju dan keluarga di atas segala jasa dan bakti keringat tidak kira waktu sejak dulu hingga kini.


Mak..... apa sahaja untukmu.
Seronok tengok mak seronok sebab kawan-kawannya yang dijemput semuanya hadir memenuhi acara.


Penuh satu rumah sampai ke dapur. Almaklumlahhhh rumah pun tidak sebesar mana. Syukur alhamdulillahhhhh...





Saat ini mak, abang dan dikyah sedang menghitung hari. Giat membuat segala persiapan dan persediaan untuk 'kesana'. Hati saya bagai digamit-gamit rasa untuk turut serta. Moga suatu masa nanti ada rezeki saya untuk 'kesana' juga.... insyaallahhhh...



No comments: