Thursday, January 06, 2011

:: Pen Yang Sombong ::

Ibu masukkan hasil karya abang malam tadi di sini ya... Ianya terhasil dari perasaan bosan si abang dek kerana tidak tahu nak buat apa lagi. Mungkin tadi abang tidak ada rasa nak main apa jua mainan, tidak ada rasa nak membaca mahupun menonton tv. Lagi pun waktu itu sudah jam 8 malam lebih jadi itu adalah masa untuk ibu menonton buletin utama. Abang juga tidak dapat menggunakan laptop sebab ibu nak guna (tamak betul ibu ni kannn). Maka abang ambil sekeping kertas dan sebatang pensil milik si adik lalu abang pun mula menulis kisah ini hehehe...
Abang lipat dua kertas A4. Gambar di atas kononnya kulit depan dengan tajuk dan ilustrasinya sekali.

Ini di bahagian dalam, ceritanya (saya taip semula, sebab kurang jelas tulisan dalam gambar di atas)

Pada suatu hari, ada sebatang pen yang sombong. Nama dia ialah Marker. Tiba-tiba, Marker memberitahu kawan-kawannya..."pagi esok kita berlawan sumo." Pada keesokkan hari, Marker pun bangun daripada katil. Dan selepas itu perlawanan sumo pun bermula. Sekarang Marker berlawan dengan Kartik. Dan selepas itu, mereka menolak bersama. Dan selepas itu, Marker pun kalah dan menyesal. Marker minta maaf pada Kartik dan kawan-kawannya. Tamat.

Kisahnya tidaklah panjang mana pun. Masih banyak kelemahan di sana dan di sini antaranya penggunaan penjodoh bilangan dan juga perkataan yang kurang sesuai. Malahan jalan ceritanya pun macam tak sampai maksud dengan tajuk pun kann tapi saya suka dengan semangat mencubanya itu hik hik hik... abang... abang...

1 comment:

mama ju said...

Aslkm
Hai Nuri...harap nuri dalam sejahtera. Seronokkan melihat keletah anak kecil..macam2 yg dia buat...semua tu hanya kenangan untuk mama. Duk mana? Ada kat profile? dulu dah tgk tapi lupalah...

mamaju