Wednesday, January 19, 2011

Penyakit bermusim sudah datang balik. Minggu ini saya telah diserang oleh penyakit ini. Saya kata bermusim sebab bukan selalu ia datang menyerang malah jarang sangat-sangat. Akan tetapi, sekali ia menyerang, habis semua perkara jadi tergendala. Masalahnya, sasarannya adalah saya seorang sahaja. Itupun sebab saya yang cari penyakit hihihihi...

Rasa-rasa sudah bertahun juga tidak diserang ni, tiba-tiba sahaja awal tahun ini zzzaaasss!!! Hmmm...apakehalnya dengan saya ni kannn... Inilah masalah saya sebenarnya, dalam hidup saya ada dua perkara yang akan buat saya terabaikan segala perkara-perkara yang lain yang kurang penting. Terabai di sini bukannya bermakna saya langsung tidak ambil kisah perihal urusan rumahtangga ke, anak-anak mahupun suami ataupun soal kerja. Saya pasang strategilah untuk selesaikan dulu segala urusan kemudian terus beri tumpuan dan fokus kepada perkara yang lebih penting buat saya ketika itu.

Jadi apakah 2 perkara itu? Satunya kalau saya mula membaca novel yang benar-benar buat saya melekat sampai tak boleh buat benda lain dah. Saya sanggup berjaga sampai ke pagi semata-mata hendak mengetahui kesudahan kisah. Masa saya sedang khusyuk membaca, janganlah sesiapa hendak mengganggu ke, hendak ajak kemana-mana ke, atau hendakkan apa-apa. Cumanya sejak ada anak-anak ni, nak kena tengok keadaan jugalah kannnn...

Yang keduanya.... haaaa inilah ni yang sedang menyerang saya waktu ini. Suka tengok drama korea bersiri. Yang ini, kalau kena dengan ceritanya, dengan pelakonnya perrrgggghhh memang susah hendak tinggal. Cuma sekarang ni, dah tak ada drama korea yang best di tv. Jadi, macamana boleh diserang penyakit ni pula kannn... Hmmm alkisahnya hujung minggu lalu kami anak-beranak ada aktiviti jalan jalan cari cd movie. Kami berkunjung ke sebuah kedai, maka masing-masing meninjau-ninjaulah filem-filem kegemaran masing-masing. Masa ini mula terfikir hendak cari satu drama korea berjudul Oh My Lady. Tanya si penjual, ok dia kata ada. Lepas tu saya ronda-ronda lagi dalam kedai nampak satu drama korea ni, macam best sahaja. Tengok pula pelakonnya....wahhh ini hero yang saya minat ni. Apalagi terus kenen-kenen dengan en.hubby hendak tambah belian....hehehe... mujurlah direstui. Maka bermula dari hari Ahad, pantang ada masa lapang sahaja memang mengadap laptop sahajalah. Memang sakit. Ceritanya memang sedap lazat lagi berkhasiat.... ehhh ye ke berkhasiat?

En.hubby siap geleng-geleng kepala setiap kali tengok saya yang dengan penuh perasaannya asyik-masyuk menonton. Penyakit betullah kannn...susah hendak kawal. Penyakit bertambah tenat kan bila saya jadi tak sabar hendak tahu kesudahan cerita. Iyelah drama bersiri ni memang banyak episodkan, kalau hendak faham kena tengok satu persatu lah. Tapi oleh kerana saya sudah tidak dapat mengawal rasa keterujaan untuk mengetahui pengakhirannya maka lepas beberapa episod, terus saya lompat tengok episod akhir hahaha.... Sekarang ni baru rasa lega sikit. Sudah hilang rasa berdebar, suspen semua bagai. Lupa pula hendak bagitahu tajuk drama tu, IRIS.

Drama Oh My Lady yang saya cari sangat tu memang tak tengok pun lagi. Sebabnya tarikan IRIS lebih kuat huhuhu...sebab apa tau? sebab heronya hahaha...Sakit...sakit... tapi dah kebah sikit dah ni.

No comments: