Tuesday, March 08, 2011

:: Lauk kegemaran penambat selera ::

Kalau hendak tengok anak-anak makan dengan penuh selera haruslah kena masak lauk kegemaran mereka kan. Rasa-rasanya sudah lama tidak membeli siput lala. Kebetulan masa pergi Giant Ahad malam lepas ternampak lala terus sambar.

Semalam ibu pun masak lemakkan si siput lala kegemaran anak-anak. Seronok tengok anak-anak makan dengan begitu berselera siap menambah-nambah. Untuk tambah selera ibu, ulam timun cecah sambal belacan pun sudah cukup. Berpeluhhh...pedasss

Syukur alhamdulillahhh atas segala nikmat dan rezeki...

2 comments:

aziliana said...

k.k buat saya meleleh je ni..mahal je rasa gambar tu yer.. hehe

Nurilhami said...

ala gambar tu gelapla, sebab lampu kat dining rosak hehehe. kalau terang tu lagi meleleh-leleh kot kononnya hahaha...