Friday, March 11, 2011

:: Lupa ::

Bangun pagi ini, macamanalah saya boleh terlupa hendak menggosok baju sekolah abang. Sudahlah terjaga lewat sedikit dari biasa, kemudian bangun dengan malasnya. Tiba-tiba sahaja rasa macam pagi ini tidak banyak sangat perkara yang perlu dibuat.... kononnya.

Saya hanya menggosok baju saya dan baju en. hubby. Dalam perkara hanya ingat yang hari ini abang ada cakap kena pakai baju sukan sebab pagi ada acara merentas desa di sekolah. Baju si adik tidak perlu digosok sebab hari ini dia pakai baju kurung. Maka dengan yakin saya hanya siapkan baju sukan abang, baju kurung adik segala bagai.

Tiba-tiba, ketika waktu sudah menginjak jam 6.20 pagi macam tu, terus saya teringat semula; "eh! abang tak perlu salin baju sekolah ke? kot-kot merentas desa tu awal pagi ni sahaja kan... Alamak! baju sekolah KAFA pun tak gosok juga... arghhhh sudah...". Entahlah macamana saya boleh langsung terlupa akan baju sekolah agama si abang juga. Lepas tu, kelam-kabutlah meggosok pula.

Apalah yang ada dalam kepala waktu tadi tu kannn... sampai boleh terlupa macam tu sekali. Habis semua jadi lewat dari biasa hari ini, walaupun tidaklah lewat sangat tapi adalah beberapa perkara yang tergendala semua jadinya.

No comments: