Thursday, March 03, 2011

:: Memberi keikhlasan ::

Kalau kita ikhlas berkerja maka insyaallahhh... segalanya pasti terasa mudah sahaja. Sebenarnya ikhlas perlu ada di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Macamana yang saya kata ikhlas dalam bekerja itu maksud dalam konteks diri saya sendiri adalah sentiasa berasa seronok dengan pekerjaan kita. Ya, saya suka dan seronok dengan kerja saya sekarang ini. Insyaallah tidak ada rasa bosan melalui kerja-kerja di pejabat setiap hari walau adakala terasa juga lelahnya. Biasalahkan, cabaran dalam pekerjaan pasti ada. Tidak kira di mana kita bekerja, apa jua jenis pekerjaan tetap ada cabaran dan kesusahannya tersendiri. Itulah pentingnya keikhlasan dan keseronokan dalam bekerja kerana kita dapat menghadapi apa sahaja tekanan dan cabaran yang datang.

Kita juga tidak dapat mengelak jika terpaksa menghadapi pelbagai ragam, sifat dan gaya mereka yang disekeliling tempat kita bekerja. Sama ada rakan-rakan, bos mahupun dengan siapa sahaja yang harus kita hadapi dalam pekerjaan kita itu. Tapi saya juga percaya walau di mana sahaja kita bekerja faktor-faktor begini memang tidak dapat dielakkan. Melainkan harus memikir bagaimana cara hendak menghadapinya. Kalau tidak boleh hadapi, maka sepananjang hiduplah kita hidup dalam tekanan. Kerana manusia ini sifatnya berbeza-beza, berbagai ragam. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Perlunya keihklasan juga kerana bukan sahaja pekerjaan itu memberi sumber kewangan malah ia juga adalah ibadah. Manakan dapat pahala kalau tidak dapat memberi keikhlasan dalam melakukan ibadah dan memegang amanah serta tanggungjawab. Kerana memegang amanah itulah juga saya kira kita harus memberi komitmen sepenuhnya kepda setiap pekerjaan yang kita lakukan bukan? Tidak salah juga kiranya dalam proses melaksanakan kerja membuang sedikit ego dalam diri. Kalau tidak tahu apa salahnya bertanya kepada yang lebih tahu waima dia hanya orang bawahan. Tidak tahu masih boleh belajar dan ianya juga untuk kebaikan diri kita untuk masa-masa akan datang juga. Tidak perlu segan untuk bertanya mahupun belajar. Manfaat dan ilmu yang kita peroleh itu lebih bernilai untuk masa depan diri dan sesiapa sahaja.

Kalau hanya mementingkan pangkat, darjat, jawatan ianya hanya akan mengundang kerugian sahaja. Apa yang penting wujud rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Perlu juga ada rasa dan cara bagaimana berkerja secara berkumpulan. Bila bekerja secara berkumpulan maka komunikasi dan saling membantu antara ahli kumpulan adalah perkara yang paling penting kerana masing-masing sebenarnya berperanan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan itu. Dan paling penting sebenarnya kita saling memerlukan.

Saya sangat bersyukur sejak hampir 12 tahun dalam bidang pekerjaan ini menemukan saya dengan rakan-rakan sekerja yang boleh dianggap mudah digauli. Sejak di jabatan yang lama dahulu sehingga di jabatan sekarang, suasananya hampir sama. Tidak kiralah dari bos mahupun rakan-rakan seperjuangan. Tekanan? Macam yang saya sebut tadilah... tekanan wujud di mana-mana sahaja. Bagaimana cara kita menanganinya itu yang penting. Penting juga, saya adalah gembira dan sentiasa rasa ingin belajar dan meneroka perkara baru.

Sebab mereka mengambil gambar-gambar di bawah inilah maka wujudnya entri ini hehehe.... entah apa-apa. Lokasinya adalah di pejabat, petang semalam sewaktu acara bincang-bincang. Biarpun perkaranya serius tapi tetap seronok sebab kita ikhlas... ye ke? hahahaha....

Haruslah gambar tuan yang membebel kannn.... Nampak tu, betapa seronoknya...

Orang yang berkomplot dalam kejadian mengambil gambar....




Ada lagi seorang ahli bincang-bincang yang gambarnya tidak ada. Ketua komplot. Ini tidak adil!!!

2 comments:

aziliana said...

sebenarnya saje je nak try i-phone 4 baru.. tengok kualiti gambar.. hehe gambar pun nampak mahal je..

Nurilhami said...

ceh! sabo ajelah... hahaha