Kenangan hari lahir adik yang ke 6 tahun ini mungkin antara yang terindah dalam hidup adik kan. Sambutannya agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelum. Kali ini adik meraikan hari lahirnya bersama kawan-kawan di sekolah. Sejak awal tahun lagi adik sudah sebut-sebut akan hal ini. Katanya tak sabar hendak bawa kek harijadi ke sekolah. Memandangkan tahun ini adalah tahun akhir adik di tadika maka ibu pun sengajalah memenuhi impian adik itu. Walaupun persiapan untuk ini agak last minute namun alhamdulillahhhh semuanya berjalan lancar.
Untuk majlis ini juga saya sediakan sedikit jajan untuk diberi kepada kawan-kawan adik. Persiapan untuk jajan ini disediakan dengan ehsan maksu. Masa di Tawau tu saya telefon maksu minta tolong andai dia ada kesempatan. Syukurlah ada adik perempuanku nan seorang ini. Hari Rabu malam tu juga pergi Shah Alam untuk ambil segala jajan yang dibeli maksu. Lepas tu, tengah malam saya terus masukkan segala jajan kedalam beg plastik yang memang disediakan untuk 200 orang. Kerja-kerja menyumbat jajan bersambung esoknya dengan bantuan tok, adik dan juga abang. Kalau ikutkan letih memang letih la tapi sebab niat hendak seronokkan anak-anak ini semua... sesekali apa salahnya kannn...
No comments:
Post a Comment