Friday, March 25, 2011

:: Selamat Hari Jadi... Sayang... ::

Syukur alhamdulillahhh... hari ini umur adik genap 6 tahun. Sudah besar anak dara ibu seorang ini.

6 tahun dahulu... tepat jam 3.45 petang adik selamat dilahirkan di Hospital Selayang. Kelahiran adik menambah seri kebahagiaan dalam hidup ibu dan abah. Adik melengkapi kehidupan ibu dan abah selepas abang.

Harapan ibu semoga adik akan membesar dengan penuh kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Doa ibu moga adik menjadi umat yang taat pada agama, berguna pada bangsa mahupun negara. Insyaallahhhh....... semoga adik menjadi umatNya yang berjaya...

Selamat Hari Jadi...... adik sayang!!!!

No comments: