Thursday, March 31, 2011

:: Jadikan pengajaran... ::

Setiap yang berlaku semalam, kita jadikan pengajaran. Pengajaran untuk diri, untuk anak-anak, untuk mereka dan untuk sesiapa sahaja. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Setiap kebuntuan itu pasti ada jalan penyelesaiannya.


Namun, hanya jalan yang dipilih itu sama ada betul mahupun tidak. Setiap langkah yang diambil itu, sudah difikirkah baik buruknya. Sudah ditimbangkah kesan dan akibatnya sama ada pada diri juga keluarga.


Andai kita rasa kita keseorangan mengharungi kesukaran itu, maka pada Dialah kita memohon. Hanya Dia sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan. Bukan mengambil jalan singkat yang bakal mengharukan semua orang.


Percayalah pada diri, yakinlah pada rahmatNya. Selagi ikatan kekeluargaan itu masih utuh maka teguhlah hati dan jiwa bahawa ikatan itu tidak akan pernah putus. Kasih sayang itu tetap akan kita nikmati. Hanya bersihkan hati, positifkan jiwa dan nurani menghadapi kehidupan ini.


Berkeluh kesah, merintih sendiri lalu mengambil jalan singkat yang jelas tidak bermanfaat hanya merugikan diri. Membuat hati-hati yang menyayangi semakin risau dan resah. Jelas tidak ada maknanya. Mengapa langkah ini yang perlu diambil? Mengapa keputusan begini yang harus dibuat? Fikirlah... insaflah... sama-samalah kita renungi diri, muhasabah hati...

No comments: