Saturday, March 05, 2011

:: Selera hari minggu ::

Awal pagi tadi sudah keluar ke bengkel untuk servis kereta. Tidaklah awal sangat, lebih kurang jam 9 setelah selesaikan kain baju di rumah segala bagai. Tinggalkan anak-anak dengan abah di rumah. Hari ini ramai pula pelanggan yang juga hendak servis kereta. Terpaksalah menunggu walhal dalam perut ini sedap sahaja gendang-gendut tali kecapi, minta perut supaya diisi....

Tunggu punya tunggu, entah berapa kali mulut asyik menguap sahaja.... kereta siap diservis hampir jam 12 tengahari. Terus balik rumah. Kebetulan en.hubby ajak ke U*M untuk selesaikan yuran dan beli buku bagi semester baru, jadi sampai rumah terus keluar semula.

Bila sudah pergi kawasan Bangi tu, apalagi... ajak en.hubby isi perut dengan nasi beriyani gam restoran anje lah jawabnya. Setakat ini, memang nasi beriyani di sini sahaja yang paling kena dengan tekak saya. Lepas tu minum pula air sirap bandungnya....perghhhh terbaik...

Sudah setengah jalan baru ingat hendak ambil gambar

Sebelum balik sempat lagi tapau laksa Johor dek terpikat dengan menu bergambar dalam restoran. Sebungkus sahaja untuk saya, ahli lain memang tidak minat.

No comments: