Thursday, September 08, 2011

:: Sebelum raya ::

Alkisahnya tahun ini giliran kami beraya di KT pula kan. Hari Ahad pagi dalam jam 10 macam tu baru bertolak balik. Syukurlah tidak tersangkut dengan kesesakan ke apa sebab hari tu kereta tidaklah banyak sangat. Agaknya ramai yang bertolak awal.... hari Sabtu ke, Jumaat ke.... baguslah begitu hehehe. Sebenarnya saya pun macam pelik juga bila en.hubby cakap nak bertolak balik lambat-lambat sikit. Lahhhh....yang kita ni dok risau takut jalan sesak.... rupa-rupanya malam lepas berbuka tu baru en.hubby cakap yang dia sengaja bertolak lambat-lambat sikit supaya sampai rumah mak kira boleh ngam-ngam waktu berbuka. En.hubby takut anak dara dia merengek nak buka puasa kalau sampai awal sangat. Itupun kami sampai kira awal juga dalam jam 4 petang. Mujurlah angin si adik ok sahaja, langsung tak ada merungut-rungut sakit perut ke apa....


Masa dalam perjalanan tu, mak siap telefon tanya nak berbuka di rumah ke tidak. Wahhhh....haruslah nak berbuka di rumah kannnn. Kami tak tahu pun mak masak apa untuk berbuka hari tu, tapi dalam hati ada juga berangan kot ada bubur lambuk ganu ke hehehe....


Alkisahnya.... mak seperti tahu sahaja anganan anak menantunya ini. Sampai-sampai tengok dalam periuk dah siap bubur lambuk. Alhamdulillahhhh syukur...


Ini antara hidangan berbuka puasa hari Ahad. Sempat lagi merendek dengan en.hubby berdua-duaan naik motor pergi pasar Ramadhan Wakaf Tengah. Beli pulut panggang, bahulu, cendol segala bagai... Itu yang dalam mangkuk empat segi tu, mak mertua yang buat kuih nekbat rasanya kalau tak silap namanya. Berbunga-bunga sahaja hati en.hubby... Tapi jangan risau la nampak hidangan banyak-banyak macam tu, sebabnya malam tu juga semua dah selesai oleh si abang dan si adik. Selagi belum tidur selagi tu asyik ulang makan.



Taraaaaa.... ini dia bubur lambuk istimewa oleh ibu mertuaku. Memang sedap. Bubur lambuk Ganu ni memang lain sikit sebab dia letak beberapa jenis daun sayur....lupa pula hendak tanya daun apa. Tapi kalau pergi pasar kat sana, cakap saja nak beli daun untuk bubur lambuk memang dia dah bungkus siap-siap. Satu lagi dalam bubur ni mak letak keropok keping juga. Pendek cerita.... memang sedaplahhhh.


En.hubby cakap...inilah masalahnya kalau dah balik kampung, memang susah hendak kawal makan. Apa yang mak masak semua sedap saja...


~ Isnin... sehari sebelum raya ~


Cerita Isnin yang agak sibuk sikit.... bukan saya yang sibuk, tapi mak lah orang yang paling sibuk masak itu ini untuk hidangan hari raya esoknya. Menantu 'hantu' ni sibuk juga pergi berjalan dengan en.hubby ke bandar KT hihihi... Siap tinggal budak berdua tu di rumah, abah dan ibu keluar dating bulan-bulan puasa ahaks! Menantu 'hantu' yang bertuah ini juga tidak sempat membantu mak balut ketupat seperti selalunya sebab dia sudah terlajak tidur lepas sahur huhuhu... bangun-bangun saja, tengok dah 90% siap dibalut dengan dibantu si adik. Argghhhh....malunya ibu....


Sebelum pergi bandar, kami bawa si adik ke klinik gigi. Dari hari Ahad lagi asyik mengadu gigi depan dia dah longgar. Pula tu, tak bagi orang tengok, pegang, sentuh langsung sebab dia cakap sakit. Sampaikan hendak makan pun susah, hendak bercakap susah. Macamana hendak makan ketupat kegemaran adik esoknya ni kannnn. Setelah puas dipujuk rayu, berjaya juga bawa si adik ke klinik dan berjaya dicabut giginya yang longgar nan sebatang itu.



Baru balik dari klinik. Tak sakit pun kannnn... Barulah seronok sikit nak makan apa pun.


Susunan gambar jadi caca merba pula. Ini gambar petang raya. Budak dua orang ini menunjukkan kerajinan tahap maksima dengan membasuh kereta en.hubby walaupun dalam keletihan berpuasa di hari terakhir ini. Akhirnya mereka juga yang basah lencun. Bukan main suka lagi ye dapat main air, main sabun... Bukan setakat main air sahaja tu, mereka siap main ikan-ikan tok abahnya yang dalam pasu. Memang pening-pening lalatlah ikan-ikan tu dikerjakan dek budak-budak bertuah ni.



Hah! kan dah kata susun gambar caca merba. Ini gambar diambil waktu tengahari lepas balik dari klinik gigi. Waktu ini saya dan en.hubby dalam perjalanan ke bandar KT. Kami tak naik kereta tapi kami naik bot. Tak naik kereta sebab malas hendak bersesak-sesak dengan orang ramai di bandar... nak cari parkinglah lagi...malas...malas.... Sudahnya kami (saya, en.hubby, 2 orang adik ipar) naik bot di jeti Seberang Takir dan turun dekat jeti taman Shahbandar (betul ke ni?). Tambang bot rm1 seorang. Dalam 15 minit macam tu dah sampai.... sekejapan sahaja.



Sempat lagi berposing dekat Dataran Shahbandar sebelum singgah ke bazar Ramadhan di situ. Siang-siang ni tak berapa meriah sangat sebab tak banyak gerai yang dibuka. Bila malam baru happening en. hubby cakap. Tak adanyalah hendak pergi malam bersesak-sesak dengan orang semua...





Ini sahaja yang dibeli di bazar. Lepas tu berjalan pula ke Pasar Payang. Kami beli beras untuk stok di rumah. Sanggup angkut beras seorang 9kg naik bot tengah puasa-puasa ni....perghhhhh.... berkeringat satu badan... Owhhh lupa sebelum tu saya dan en.hubby berjalan juga pergi ke bank ada urusan sikit. Sementara en.hubby berurusan di bank, saya pula ke pusat Celcom nak semak akaun sebab daripada Ahad malam asyik tak boleh guna broadband. Semak punya semak....rupanya ada sangkut saya tak bayar bil hihihi.... ingatkan dah bayar...kes lupa lah ni keh keh keh.... Selesai semua terus balik rumah naik bot juga....


Mengharung panas terik memang menduga iman betullahhhh.... Letih tak tahu hendak cakap. Itu yang en.hubby sampai tertidur petang, tak sedar-sedar anak-anaknya buat kebajikan membasuh kereta. Kononnya budak dua orang tu nak bagi kejutanlah untuk abahnya.... alih-alih ibu ni juga yang terpaksa habiskan acara basuh-membasuh sehingga mengelap-lapkan kereta... Yang dua orang tu dah sibuk membasahkan diri.


2 comments:

aziliana said...

sedap nyer bubur lambuk dgn nekbat...

khairanimaisurah said...

yana...memang sedappp...terbaikkk!!!