Monday, October 31, 2011

:: Jalan-jalan cari buku ::

Ini cerita Sabtu minggu lepas. Semua gambar yang dimuat memang tidak ikut turutan langsung, caca merba jadinya tapi dia malas hendak susun semula. Maka cerita pun ikut gambarlah jawabnya. Rasa-rasanya dah lebih 2 bulan dia tidak membeli buku, sama ada untuk anak-anak mahupun untuk dirinya sendiri.

Dia mula menyedari akan hal itu bila renung-renung ke rak buku dan mula terperasan di rak sudah ketandusan buku baru. Kebetulan anak-anak pun dah habis peperiksaan, maka terjadilah aktiviti jalan-jalan kembara mencari buku baru. Pada mulanya dia hanya bercadang untuk mengunjungi buku Popular di IOI sahaja, alih-alih maksu ajak ke MPH di MidValley.Wowweee!!! kita ok sahaja...

Sebelum cerita di MidValley, ini hendak tunjuk sikit hasil tuaian maksu saat berkunjung ke Big Bad Wolf Book Sale. Terima kasih banyak-banyak buat maksu yang tidak melupakan kami dengan hadiah buku-buku ini.... Rasa terkilan sungguh sebab tidak dapat berkunjung ke pesta jualan buku besar-besaran di Maep hari tu. Lebih kurang 9 hari juga ianya berlangsung dan waktu itulah dia terkena sakit mata lalu tidak berupayalah hendak kesana.

Ini adalah tanda ingatan maksu untuk anak-anak buah terchenta. Masing-masing gumbira tidak terkata melihat buku-buku baru di depan mata. Sebelum ini asyik bising-bising di telinga ibu minta dibelikan buku untuk dibaca.
 
Dan.... yang ini pula dari maksu untuk dia... kakak nan terchenta. Maksu memang dah faham sangat apa yang dia suka. Dia pun sangat puas hati dengan pilihan maksu ini.

Ok, berbalik kepada cerita jalan-jalan ke Mid Valley pula. Kami sampai di sana agak awal dalam jam 11 pagi macam tu. Sengaja keluar awal untuk mengelakkan kesesakan mencari parkir kereta dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Sebaik sampai tidak terus ke MPH, tapi memilih untuk mengisi perut terlebih dahulu. Perut kenyang hati pun senang barulah semangat cari buku pun datang...

Beginilah keadaannya di dalam MPH. Anak-anak agak sedikit teruja sebab tidak pernah dibawa berkunjung kesini.. Ruangnya yang agak luas sangat selesa dan menarik.
 
Belum ramai pengunjung, jadi anak-anak pun terasa bebas membelek-belek sebelum memilih yang mana berkenan di hati.
 
Si kecil ini agak rambang mata juga pada awalnya untuk memilih buku yang ingin dibeli. Tambahan lagi, ibu awal-awal sudah berpesan seorang hanya satu buku sahaja.
 
"Buku ni pun nampak macam menarik juga kan...."
"Hmmmmmm.... macamana ni? Ibu cakap boleh ambil satu je"
Si abang ok sahaja. Tinggalkan sahaja di bahagian yang ingin dibelek-belek. Dah pilih yang dihajati, pandai saja dia cari ibu. Masing-masing terpaksa berpuas hati dengan hanya sebuah buku sahaja sebabnya en.hubby bagi bajet cukup-cukup untuk sebuah buku untuk seorang.

Patutnya cerita pergi makan dulu kannnn.... tapi sebab dah malas hendak menyusun gambar, biar sajalah. Kali ini ibu belanja makan pizza di Pizza Hut....
 



Si abang yang pilih pizza ni, alih-alih ibu juga yang terpaksa menghabiskan.


Sabtu minggu lepas dia dalam mode standby, jadi terpaksalah bawa laptop kemana-mana sahaja. Banyak pula kes yang diterima hari itu. Muka pun nampak bengang je kannnn. Mana taknya, waktu ini anak-anak dengan maksu dah dapat makan, dia pula harus selesaikan kerja dulu. Perut pula makin berlagu-lagu mohon diisi...
 

Tengok wajah-wajah yang dah kenyang ni....



Dan akhirnya..... bila dah selesaikan masalah kerja barulah dapat makan dengan senang hati. Baru boleh senyum.
 
Ada booth Nikon di Mid Valley dengan produk-produk terbaru keluarannya. Malas hendak meninjau-ninjau, kita bergambar sahaja di situ.... yelah kamikan pengguna Nikon.....ecewahhh

Maksu pun sama... model D3100 warna merah tu lagi mengancam le maksu.... ahaks! Jangan menyesal!
Ini adalah pilihan abang dan adik.

Dan yang ini untuk ibu. Sudah lama mencari novel ini, baru kini kita ditemukan di MPH Mid Valley. Beberapa bulan sebelum ini dia mencari di MPH Alamanda, namun masih belum ada jodoh untuk dipertemukan kami... akhirnya bersua juga kita ye....

No comments: