Tuesday, November 01, 2011

:: Jogathon ria mesra ::

Ini masih kisah kami di hari Ahad minggu lepas juga. Setelah bersuka-suki di Mid Valley pada hari Sabtu, kami beraktiviti sihat pula di pagi Ahad yang indah. Mulanya dia macam pelik pula bila aktiviti sekolah dianjurkan pada hari Ahad dan bukannya Sabtu seperti kebiasaannya. Tapi tidak usahlah berfikir panjang, marilah bersama-sama kita berikan kerjasama ok!!!

Kemana kami sebenarnya ye? Kami ke sekolah abang untuk turut sama memeriahkan acara jogathon yang dianjurkan pihak sekolah. Hanya kami tiga beranak sebab en.hubby outstation. Baru dia teringat, masa awal tahun lalu budak-budak sekolah kena buat kutipan derma sempena jogathon ini. Tuuuu diaaaa.... setelah sekian lama baru terlaksana acara. Dia pun tak pasti berapa yang berjaya dikumpul oleh si abang.

 

Si adik pun bersemangat bangun awal pagi, konon hendak jogathon juga lah. Kononnnn....hik hik hik Tidak mengapa adik, semangat tetap kena ada.

Sebelum memulakan larian, ada acara senamrobik dulu. Waktu senamrobik pun dah berpeluh-peluh, termengah-mengah macamana hendak berlari pula lepas ni.

Anak-anak ini memanglah tak kira penat yang penting seronoknya mereka bersama kawan-kawan kannn. Yang penat dan semputnya mak ayah le. Beria-ia sakan bersenamrobik,, bermula dengan lagu berentak perlahan sehinggalah ke lagu Justin Bieber.... terlompat-lompat mak ayah semua. Mahunya tak semput. Sesekali kannnn berseronok dengan anak-anak hahaha.... amekkauuu.... ahhhhh semmmmpuuuttt...

Cikgu senamrobik ni huiihhhh jangan tak tahu..... ustazah rupanya. Kelassss kau zahhhh!!!! Semua peserta dibimbing oleh kumpulan senamrobik  yang terdiri dari murid-murid Tahun 6.

Selepas penat bersenamrobik, barulah upacara perasmian majlis. Lega dapat duduk. Belum apa-apa lagi sudah hangittttt....
Tekun dengar amanat dari Yang Dipertua PIBG.

Bila nak mula lari ni?

Yezzzzaaaaa.... akhirnya... jogathon riaaa.... bersiap sedia

Dengar dulu arahan.... mana laluan jogathonnya? Bermula dari sini, lepas pintu pagar sekolah ambil kiri..... terus sampai roundabout dan terus lagi sampai simpang hendak masuk ke rumah flat kemudian pusing balik. Terus lalu depan sekolah menengah dan buat U turn dan kembali ke sekolah!!! Ada faham!!!

Acara jogathon dilepaskan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Putrajaya (kalau tak silap le).



 Yaaahhhhh....caiyokkk adik


 Kami baru saja hendak mula, mereka sudah pusing pun??? Tu nampak si abang, ini jogging ke lumba lari bang?


 Encik polis trafik pun ada...

 Bila semua dah sampai..... masing-masing diberikan sebotol air mineral dan juga sebungkus roti. Kemudian ada pula acara makan-makan. Semua makanan disediakan secara pot luck oleh guru-guru.

Terima kasih cikgu.... sedap semuanya

 Acara penutup adalah cabutan bertuah untuk pengumpul kutipan derma paling tinggi. Hadiah sumbangan dari pihak sekolah. Berapalah yang si abang berjaya kumpulkan ye? yang pasti, kami tak dapat hadiah pun hehehe... Inilah objektif utama jogathon ria untuk mengumpul dana bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kepada murid-murid di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, murid-murid dan juga ibu bapa.

Mendidik anak-anak zaman sekarang memang agak berbeza dengan zaman kita dulu-dulu. Dulu, kita masih tahu bahawa mak dan abah memang sayang kat kita walaupun tiada satu acara sekolah pun yang mak abah hadiri bersama. Kita tahu mereka tetap ambil berat pasal kita walau tak pernah tanya pun kerja sekolah yang kita bawa balik. Tapi sekarang ini, kasih sayang perlu ditunjuk, perlu diluah selalu. Untuk menunjukkan yang kita prihatin dan ambil berat, kalau boleh apa sahaja aktiviti anjuran sekolah yang memerlukan kerjasama dan sokongan ibu bapa seboleh mungkin dipenuhi. Kalau tak boleh hadir dua-dua sekali, salah seorang sama ada ibu atau abah mesti kena ada. Yaaaa itu tanda sokongan, tanda kasih, tanda sayang. Sekarang, semuanya harus ada diplomasi...

No comments: