Wednesday, November 09, 2011

::...::

Aku ada Dia

Embun dingin dinihari
Jiwa aku hangat
Hangat rasa kasih dan cinta
Kerana aku sedar
Aku ada dia

Aku dan dia
Tidak sama
Rasa, perasaan jiwa
Nyata berbeza
Kita simpul jadi satu
Kerana itu,
Aku ada dia

Berbeza itu
kadang buat aku dan dia
sakit, luka duka
Menjerut rasa
Menyimpan rahsia
Ikat simpul itu benar erat
Kerana aku perlu dia
Dia perlu aku

Aku dan dia
Sukar cari sama
Beza kadang terserlah
Tanpa malu silu
Lewat waktu ia berlalu
Aku dan dia tetap satu

Aku, dia
Ada tika tersilap duga
Ada saat salah menerka
Ada juga berburuk sangka
...
Jangan pinta berlebih
Usaha harap sempurna
Apalagi mendesak-desak

Aku, dia
Kurang... lebih
Kuat ... lemah
Kasar ... lembut
Melengkapi, merencana
Sebuah rencah hidup

Pelihara jiwa
Usah menyerah pada curiga
Subur rasa kasih dan cinta
Doa penguat iman dan taqwa
Kerana aku masih ada dia

No comments: