Tuesday, November 09, 2010

:: 2 dalam 1 ::

3 hari cuti sempena Deepavali...kemana kita ya? Kali ini saya dan keluarga balik kampung KT untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Satu majlis, dua pengantin tau... sebab itulah tajuk entry adalah seperti di atas. Satunya majlis bertandang si abang (hariz)... dan juga majlis akad nikah si adik perempuan (kakcik). Bajet memang meriahlah kannn.

Kami bertolak balik pada pagi hari Jumaat. Waktu itu keadaan adalah sangat menenangkan walaupun banyak juga kenderaan meluncur di jalan raya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi... almaklumlah kan cuti agak panjang juga. Rakyat Malaysia sekarang ni suka jalan-jalan makan angin kannnn... asal ada cuti panjang sahaja hah... macam-macam program jalan-jalan atau percutian dirancang...

Saya ni kan sebenarnya memang seronok juga kalau dapat menghadiri majlis kahwin di negeri T ni. Lagi-lagi kalau majlis saudara-mara rapat. Sebabnya di sini masih mengekalkan tradisi memasak dan persiapan majlis perkahwinan secara bergotong-royong. Jadi majlis kali ini pun samalah juga. Kira saya memang excitedlah...

Akad nikah kakcik berlangsung pada sebelah malam hari Jumaat selepas Isya'. Alhamdulillah... kakcik selamat menjadi isteri kepada awie selepas 2 kali lafaz. Malam itu tetamu semua dijamu nasi putih dengan lauk-pauk seperti gulai udang dan ikan yang juga disediakan secara bergotong-royong pada sebelah petangnya.

Sebaik akad nikah selesai, bermulalah pula acara memotong daging beramai-ramai oleh kaum lelaki. Kaum perempuannya sibuk menyediakan bahan-bahan menumis. Lauk-pauk untuk majlis besar esoknya akan dimasak awal pagi keesokkannya.

Acara bersanding mula dalam jam 1 petang. Siap dengan kompang dan pertunjukan silat menyambut dan mengiring 2 pasangan pengantin. Lepas tu adalah acara bersanding, bergambar... macam biasalah...

Kali ini tak dapat nak ambil gambar banyak sangat sebab orang punyalah bersesak semua nak ambil gambar pengantin. Dan.... akhirnya saya terus pergi belakang rumah, sinsing lengan baju duduk bertinggung basuh pinggan sampailahhhh ke petang hehehe...

Lauk pauk kenduri siang ni memang terbaiklahhh....ada nasi putih dan nasi minyak, gulai daging kawah, acar umbut nyior, kerabu mangga dan juga sambal belacan berserta ikan masin. Punya nak menghayati makanan sampai tak ingat langsung nak ambil gambar lauk-pauk barang sekeping pun...ceh...!

Balik rumah mertua malam tu memang terbongkang terus tidur awal... keletihan membasuh pinggan hahaa...

potong daging beramai-ramai


Tumis gulai


Tarraaaa.... ini dia si gulai kawah




Inilah dia ketua tukang masak...





Mangga yang telah diracik... untuk dibuat kerabu


Si adik dapat jadi flower girl.... umpama impian menjadi kenyataan sebab adik dah feeling princess


Hidangan meja pengantin juga disediakan secara gotong-royong


Gadis bunga...




Ada sesuatu yang tidak kena....hmmmm baju pesilat ni tak sesuai laaa


Kepak kepak kepung kepung.... pak pong pak pong...


Pengantin...



Selamat Pengantin Baru...

No comments: