Tuesday, November 30, 2010

:: Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving ::


Huishhh!!! Sudah lama betul rasanya tidak mengayuh, menunggang basikal... hampir berbelas tahun jugalah. Tiba-tiba hati terbuka...2 minggu lepas pergi berkayuh basikal di Taman Botani Putrajaya.

Ini semua idea maksu lah ni. Awal pagi hari Ahad tu, dengan perasaan teruja yang tidak boleh disangkal lagi saya, maksu dan si adik sudah terpacak di hadapan kaunter tiket Taman Botani. Aik!!! kenapa tidak ada walau seorang pun di kaunter tersebut? Hmmmm.... rupa-rupanya kaunter dibuka jam 9.30 pagi sedangkan waktu itu jam baru menunjukkan angka 8 pagi hahahaha... terlebih excited pulak kannn...


Ok...ok... tidak mengapa. Kita pergi isi perut dulu sebelum memerah tenaga dan kudrat untuk mengayuh. Hampir jam 9.30 pagi kami sekali lagi terpacak di hadapan kaunter.... eh!! dah ramai orang dah ni...pulakkk... Pun tidak mengapa, terus beratur untuk bayar sewa basikal.

Di sini, di Taman Botani ini, bayaran sewa basikal adalah rm4 sahaja untuk selama 1 jam. Ada 2 jenis basikal, yang single mingle dan juga ada 2 tempat duduk ( yang 2 orang kayuh tu). Kalau bawa baby, boleh ambil yang ada baby sit tu.

Sudah siap bayar sewa, kita turun bawah untuk ambil basikal. Pilih sahaja mana basikal yang berkenan di hati dan teruslah kayuhan anda....hehehe...


Mula-mula ni, saya carry si adik. Masa mula-mula ni lahhh....pergghhhh berpeluh juga sebab gabra hahaha... dah lupa pula macamana nak menunggang basikal. Terhuyung-hayang jadinya tau. Tambahan pula masa nak keluar dari tempat simpan basikal tu kena menuruni bukit yang agak... agak...curam juga....hati jenuh berdebak-debuk...debak...debuk... bukan apa, takut jatuh...



Bila dah lama-lama....terus berkayuh dan berkayuh lagi....alhamdulillah...akhirnya dapat rasa semula kenangan-kenangan berbasikal masa dulu-dulu tu. Nikmatnya....tak boleh nak ucaplah...memang rindu sangat-sangat masa-masa yang dulu... masa kena bangun pagi-pagi berbasikal ke sekolah... masa petang-petang berbasikal ronda-ronda kawasan kampung dengan kawan-kawan... sesungguhnya masa-masa itu dah tak boleh nak diulang lagi.....kannn. Ini yang buat rasa macam nak beli basikal je... boleh kayuh-kayuh kat taman...

Betullah juga kannn...hidup ini macam tunggang basikal...macam tajuk entry ini...saya ambil dari status fb maksu. Itupun adalah quote dari Albert Einstein. Kalau nak dapat keseimbangan kita harus terus berkayuh dan berkayuh...makin perlahan kita kayuh....makin hilang keseimbangan... dan mungkin juga akan terjatuh... dan nak berkayuh juga mesti ada skill...mana nak dapat skill tu? Kena terus berlatih....mencuba....berlatih lagi...dan cuba lagi.... sampai pandai... bila dah pandai, boleh seimbang....siap boleh lepaskan tangan lagi sambil kaki teruskan kayuhannnn...





Tapi kadang-kadang yang sudah pandai pun masih boleh terjatuh juga kannn... kalau tidak berhati-hati...tiba-tiba terlanggar lubang ke, batu ke...jalan tak rata ke...





Hidup pun macam tu juga lahhh....walau banyak halangan, ujian mahupun dugaan... kehidupan harus diteruskan juga.

No comments: