Thursday, December 02, 2010

:: 2B? ::

Topik Hot Chat(HC) di Hot FM pagi ini agak sensitif bagi sesetengah orang kan... hehehe...

Kebiasaannya, perjalanan ke pejabat di awal pagi adalah sangat menghambarkan. Maklumlah, mood segar belum terjana, maka suasana sepi dan sunyi menghuni ruang dalam kereta. Masing-masing tidak ada rasa untuk berbual-bual apa lagi nak bergelak ketawa.

Tiba-tiba hari ini, ruang sepi itu telah terpecah dengan gelak ketawa isteri dek terkejut dengan topik HC yang bakal dibincangkan. 2B? hahahaha.... memang tidak dapat menahan diri dari terus ketawa...2B yang bermaksud...Botak dan Buncit...yang melanda sebahagian lelaki-lelaki yang telah berkahwin huhuhu.... Hishhh... memang terkena betul dekat suami kepada si isteri tadi. Sebab itulah si isteri boleh tergelak sakan.

Sayangnya...si isteri tidak dapat untuk terus mengikuti perbincangan topik hangat itu memandangkan kereta sudah tiba di perkarangan pejabat. Tapi seronok juga si isteri mengusik-usik sang suami sampai sang suami terus sentap. Siap sempat memanah jelingan bermakna pada si isteri... lepas itu, tangan itu laju sahaja menekan butang mute pada radio....hahaha...

Isu sensitif ini tidak dapat diulas lanjut...cukuplah usik-mengusik manja di pagi Khamis yang indah ini. Biarlah apa sahaja perubahan fizikal yang bakal berlaku.... namun kasih sayang si isteri kepada sang suami tetap sama seperti dulu-dulu...

No comments: