Thursday, November 18, 2010

:: Buku Baru ::

Belum pun masuk tahun baru tetapi buku nota kerja saya sudah habis sampai ke helaian terakhir. Terpaksa tukar ke buku nota baru. Tabiat saya memang begini, suka mencatit segala apa sahaja kerja yang saya buat di pejabat pada setiap hari. Saya akan catit segalanya secara terperinci. Alasannya mudah sahaja, supaya senang untuk saya menyediakan SKT pada hujung tahun dan juga senang untuk merujuk semula kalau ada isu, kes atau hal yang berbangkit dengan kerja itu.

Bermakna kalau tidak ada sebarang catitan pada tarikh-tarikh yang tertentu tu, kira saya tak buat kerjalah pada hari tersebutkannn.... hmmm...mungkin ya mungkin tidak hehehe...


Yang lama...

Yang baru...

Menyediakan buku nota begini adalah sangat memudahkan sebagai bahan rujukan, bahkan sampai bertahun-tahun pun boleh dirujuk. Itu yang saya suka tu, sebab ia sangat-sangat bermanfaat. Ia sebenarnya macam tulis diarilah kan, hari ni kita buat apa, semalam buat apa, esok nak buat apa...macam tu. Samalah macam blog. Cuma sekarang blog saya untuk catitan peribadi, buka nota kat atas meja pejabat ni adalah untuk tugasan-tugasan di pejabat. Itu cara saya...tapi cara orang tak tahu la pula kannn...

2 comments:

mama ju said...

Aslkm cikgu

wAH rajinnya dia.... Bagus tu kerja ada sistem yg cantik! utk kesenangan kita jugakan?

khairanimaisurah said...

waalaikumussalam mama, hehehe... saya mmg mcm tu. nk kata cerewet tak juga tapi tu lah kita ni kadang2 pelupa juga jadi bila dah tulis senang nk rujuk balik bila lupa kannn