Thursday, December 01, 2011

:: November yang sibuk ::

Sedar tak sedar, dah masuk Disember dah pun. Letih bulan November pun masih belum hilang lagi ni. Tolak bab kerja, sibuk juga dengan bab-bab kehidupan yang lainnya. Boleh kata hujung minggu sepanjang November tidak lekat di rumah pun. Ada sahaja aktiviti.... sambutan Raya Haji, 2 majlis perkahwinan dan juga debaran menyambut kelahiran Ahmad Umar.

Terasa masa yang berlalu begitu pantas. Hari bertukar hari, dari minggu ke minggu, hujan, panas.... tup tup kita sudah di penghujung tahun 2011. Kalau boleh semua cerita hendak diabadikan di sini, namun tunggulah tengok andai ada semangat menyuntik dalam diri.

Hujung bulan Disember akan kembali sibuk dengan majlis menyambut menantu dan daftar sekolah si adik. Mohon moga segalanya bakal berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun ini sama ada yang sudah dirancang mahupun yang tidak terduga. Namun begitulah hakikat sebuah kehidupan....sama ada dirancang atau tidak semuanya akhirnya terletak ditanganNya jua dan pasti ada hikmahnya setiap sesuatu itu....

Tahniah buat sahabat, Nita kerana telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan minggu lepas. Sedap nama kau bagi Nita.... Nur Fatimah Az-Zahra. Semoga dia membesar menjadi wanita yang hebat sehebat namanya itu....insyaallahhhh. Kau dah lima, aku tetap dua....huhuhu... Paling hebat kelima-lima anak lahir dalam bulan November.... hebat...hebat

Tahniah juga buat adik sepupu Nur Amalina Hassuna dan suami, Iskandar kerana telah selamat melangsungkan perkahwinan. Selamat menempuh kehidupan baru sebagai suami dan isteri. Jalanilah kehidupan baru ini dengan penuh harmoni, persefahaman, dan penuh dengan kebahagiaan.

Semoga kita semua.... aku...kau, dia dan kamu.... juga mendapat kebahagiaan dan menjadi umat yang hebat insyaallahhhhh... 

No comments: