Wednesday, December 07, 2011

:: 2 hati jadi 1 ::

Dalam entry yang sebelum ini dah maklum sikit pasal pernikahan banglong yang telah berlangsung pada 11 Nov. 2011. Yang sebenarnya bukan sengaja pun mengambil tarikh menarik ini tetapi disebabkan tidak ada waktu dan tarikh lain yang lebih sesuai maka termaktublah ikatan suci ini pada tarikh istimewa ini.

Teringat masa mula-mula banglong maklumkan akan hasrat nan sucinya ini, kami macam terkejut sikit namun dalam masa yang sama bersyukur sangat kerana akhirnya dia dipertemukan jodoh olehNya. Yang terkejut sebab... wow!!! tiba-tiba sahaja kan....elok lepas banglong balik dari buat umrah. Yelahhhh... perancangan Allah kan ke lebih hebat.
Tiba hari yang dinanti. Agak sedih sebab adik shakir serta keluarga dan en.hubby tidak dapat bersama-sama disisi banglong saat dia mengucap lafaz. Namun adik-adik perempuan banglong dan juga mak tetap setia memberi sokongan. Adik-beradik yang lain pun ada juga.... mak dan bapa saudara serta sepupu-sepapat. Syukur semuanya berjalan lancar dengan sekali lafaz.... alhamdulillahhhh


Banglong ni nampak sahaja macam tenang, tapi tengok dari belakang telinga tu merah...hmmmm sah tengah berdebar-debar.
 

Masa ni, tok imam tengah semak segala dokumen dan borang(agaknya lah).
 
Aku terima nikahnya.... Berlangsung di Masjid Sg. Pasir selepas solat Jumaat.
 
Sejurus selepas akad, pengantin perempuan dipanggil ke depan untuk sama-sama mendengar lafaz taklik dari pengantin lelaki.
 



Sejurus selepas segalanya telah selesai, banglong menunaikan solat sunat. Kebiasaannya kita selalu tengok pengantin lelaki sahaja yang buat solat sunat kan.... sebaiknya rombongan pengantin pun buat jugalah solat sunat tahaiyyatul masjid (kalau majlis akad buat di masjid). Biar kita sama-sama mendapat pahala dan rahmat dari Allah s.w.t.
 
Kalau orang kata takut nanti habis semua make-up di muka sebab nak ambil air sembahyang lagi kan, tapi cuba kita fikir pandangan siapa yang patut kita utamakan? Pandangan orang atau pandangan Allah kepada kita? wallahua'lammm
 
Eh!!! nak kemana pula tu.... Upacara seterusnya berlangsung di rumah pengantin perempuan yang tidak jauh dari masjid.
 
Semoga kebahagiaan berpanjangan mengiringi kehidupan mereka.... insyaallahhhh
 
Famili foto... tak cukup korum.

Upacara selesai menjelang waktu Asar juga dan kemudian masing-masing balik ke rumah berehat dan bersiap sedia untuk majlis kenduri keesokkannya pula.

No comments: