Thursday, June 09, 2011

:: Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ::

Hujung minggu yang lepas bawa si adik mandi kolam di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Bukan satu hari tapi dua hari di hujung minggu berturut-turut melayan kerenah si kecil ini.

Asyiklah dia menyanyi-nyanyi di telinga ibu ini.... nak mandi kolam, dah lama adik tak mandi kolam.... Owhhh...ok..ok... ibu pun rasa macam memang sudah agak lama tak bawa anak-anak mandi kolam. Tapi kali ini sayang sikit sebab si abang tak ada.

Fikir punya fikir, Taman Tasik Cyberjaya paling dekat.... maka kesanalah kita. Tidak jauh dari rumah, hanya mengambil masa 5 ke 10 minit perjalanan dengan kereta. Taman Tasik Cyberjaya terletak berhampiran dengan Universiti MultiMedia (MMU) dan bersebelahan dengan pejabat Majlis Daerah Sepang. Di sini, macam-macam ada dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Ada Driver Range, Paint Ball, Go Kart, gelanggang futsal, gelanggang badminton, tenis,dewan tari, kolam mandi dan juga gim.


Untuk mandi, dikenakan bayaran RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Tak mahal pun kan. Puaslah si adik dapat mandi kolam 2 hari. Kalau abang tahu ni....hmmm... tak tahulah...


Awal-awal pagi lagi si kecil ni dah bangun. Tak sabar-sabar dah nak mandi.


Lepas ni, boleh bawa dia dengan abang sekali. Pagi-pagi hari minggu tak ramai sangat pengunjung. Orang mula ramai dekat dah nak masuk tengahari.

No comments: