Sunday, June 26, 2011

...

Cerita hari Khamis minggu lepas. Memang tidak ada dalam perancangan langsung untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Lebanon bagi kelayakan Olimpik pusingan kedua. Petang hari Khamis tu en.hubby telefon tanya..."kalau ada tiket nak ikut tak pergi stadium?"... Macam menarik dan saya pun jawab..."tak kisah...ok saja"... Setengah jam kemudian, en.hubby telefon sekali lagi menyatakan bahawa 4 tiket telah berjaya diperolehi dengan percuma...wowww weeee....


Maka ke stadiumlah kami empat beranak malam itu.


Stadium tak penuh sangat pun. Mungkin sebab hari bekerja agaknya. Rata-rata penonton yang hadir tetap bersemangat waja, memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada pasukan negara. Stadium Nasional Bukit Jalil tetap bergemuruh dengan jayanya. Perasaan memang berbezakan antara menonton secara langsung di stadium dengan sekadar menonton di kaca tv.


Untuk anak-anak, telah diberi pesanan awal-awal supaya jangan cuba-cuba hendak buat perangai 'cantik' sebab kita akan berada di stadium untuk tempoh lebih kurang 2 jam lebih... Dalam tempoh itu segalanya berkemungkinan bagi kanak-kanak aktif yang tidak tahu hendak duduk diam ni kannn...


Jeng...jeng...jeng...kesebelasan utama negara dan juga pihak lawan...

Pasukan Malaysia berjaya menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama. Tetapi saya tak ingat siapa yang menjaringkan gol dan malas pula hendak mencari.







Ini selepas jaringan gol kedua negara. Sekali lagi tidak tahu siapa yang jaringkan. Stadium waktu ini memang gegak gempita jadinya. En.hubby tidak sempat hendak 'snap' gambar semasa jaringan gol sebab dia pun sama naik bersorak.


Sebelum bermula separuh masa kedua rasa macam konfiden sahaja Malaysia akan beroleh kemenangan andai prestasi di separuh masa pertama dapat dikekalkan. Namun, keyakinan sedikit goyah kerana perlawanan di separuh masa kedua kelihatan lebih dimonopoli oleh pihak lawan. Nasib baik kita ada penjaga gol terbaik abad ini.... siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi kannn...kesian dia sampai 'injured ' juga kat tangan. Perlawanan di separuh masa kedua yang nampak lebih berat sebelah terbukti apabila pihak lawan berjaya menjaringkan 1 gol. Bolossss!!!


Penonton sedikit suspen bila gol Malaysia berjaya juga dibolosi...


Tahniahlah untuk barisan pertahanan yang tega bertahan sehingga minit terakhir. Akhirnya Malaysia berjaya untuk ke pusingan yang seterusnya.... syabas!!!




No comments: