Wednesday, June 22, 2011

...

Petang semalam abang jatuh basikal. Dia memang macam terkedu 1 minit bila anak jiran datang bagitahu...."aunty...aunty....izzuddin jatuh langgar kereta. dia berdarah!!!". Dia memang suspen masa tu, sebab dia mula terbayangkan yang bukan-bukan. Sedang minda berjalan ligat, dia juga ligat mencapai tudung dan terus berlari keluar. Rumah pun dia tinggalkan macam tu sahaja tanpa bertutup, berkunci. Memang dia tak ingat apa-apa pun waktu itu, sebab dia hanya terbayang anak teruna yang mungkin sedang dalam kesakitan.


Dia nampak dari jauh, abang sambil menangis cuba bangun berdiri sambil dibantu oleh seorang jiran yang kebetulan sedang joging. Owh!!! dia sedikit lega sebab gambaran yang berligar dalam kepala dia tadi sudah jauh meleset.... syukur. Abang, bila nampak dia lagi kuat nada tangisannya. Dengan dada tercungap-cungap....dup dap dup dap dia mendekati abang. Dia tengok badan abang tak ada luka-luka tapi abang asyik "...ibu....sakit ibu....sakit..." Dia tanya abang, di mana yang sakit.... Dia suspen lagi bila abang mula angkat baju, kemudian hendak buka seluar... Rupa-rupanya 'bird' abang yang luka dan berdarah. Tiba-tiba kepalanya rasa berjerebu sekejap, tak tahu nak baut apa. Dia ajak abang balik, perlahan-lahan berjalan sampai rumah. Dia memang tak berani hendak usik apa-apa ditambah lagi dengan abang yang asyik menangis dan menjerit tiap kali dia cuba hendak tengok luka tu. Dia telefon en.hubby suruh balik.


En.hubby sampai rumah tengok 'bird' abang....hmmm mujurlah tak ada apa-apa (harap memang tak ada apa-apalah). Luka pada 'bird' abang disapu minyak gamat. Lepas tu abang terlena keletihan. Ada juga lebam di sana sini sikit-sikit, di dahi, di belakang badan.... Ikut cerita abang, dia langgar kereta 4W Drive yang diparkir tepi jalan. Waktu abang kayuh basikal tu, abang asyik tengok belakang hingga tak sedar bila berpaling semula kedepan terus terlanggar kereta tu tak sempat nak elak. 'Bird' abang boleh luka sebab ditimpa basikalnya sendiri.


Hari ini abang pergi sekolah, dia sudah pesan awal-awal supaya berhati-hati, jangan main lasak-lasak sangat. Dia bukannya apa, risau jugakan sebab lukanya tu di tempat sensitif. Sabar jelah dengan anak-anak ni kannn.... lagipun benda dah nak jadi.... maka begitulah jadinya...

2 comments:

JunAina said...

anak2 ujian buat ibu bapa...anak2 juga penyeri dalam kehidupan kita...

khairanimaisurah said...

betul jun, anak-anak adalah amanah. merekalah racun namun mereka jugalah yang menjadi penawarnya.