Thursday, June 09, 2011

:: Hukum suami tersentuh rambut isteri dalam wuduk ::

Petang semalam sewaktu berbual-bual dengan kawan, kami ada bincang pasal perkara seperti tajuk entry. Mula-mula tu bincang pasal suami isteri kalau bersentuhan masa dalam wuduk, batal atau tidak wuduk tu. Mengikut pengetahuan saya yang sangat terbatas ini, memang wuduk batallah kan.

Lepas tu, kawan seorang ini sebut pula sama ada wuduk batal atau tidak kalau tersentuh rambut. Hmmmm.... yang itu memang macam timbul sedikit kemusykilan antara kami. Masing-masing tidak dapat hendak pastikan langsung isu tersebut terus didiamkan.

Awal pagi tadi, sambil bersahur saya baca majalah Wanita keluaran Mei 2011. Ternampak pula ruangan Bersama Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. Dan... inilah persoalan yang diajukan oleh pembaca dalam ruangan tersebut yang mungkin menjawab persoalan kami semalam.

Soalan :
Jika seorang suami terpegang rambut isteri ketika dalam wuduk, adakah batal wuduk mereka atau sebaliknya?

Jawapan :

Ada dua pendapat berkaitan batal wuduk bila suami isteri bersentuhan. Imam Syafi'i berpendapat bahawa wuduk adalah batal bila bersentuhan. Namun begitu ianya merujuk bersentuhan kulit. Ini bererti apabila tersentuh kuku, gigi dan rambut, ianya tidak batal kerana ini bukan tempat-tempat yang dikira menimbulkan syahwat. Imam Malik pula berkata wuduk hanya batal bila bersentuhan yang menimbulkan syahwat. Imam Hanafi pula berpandangan bahawa sentuha suami isteri tidak membatalkan wuduk.

Wallahua'lammm...

6 comments:

Unknown said...

terima kasih utk ilmu ni :)

khairanimaisurah said...

sama-sama paish, sharing is caring hehehe... sama-samalah kita memantapkan iman dalam diri

ibu MuHaMmAd IkHwAn ShAmIe said...

maknanya klu rambut x batal la kan?

khairanimaisurah said...

kalau ikut mazhab Imam Syafi'i ni tak batallah

raja yusuf said...

tq..bru thu ni😅😅...

Mala Said said...

Sharing yg sangat membantu.
Boleh share di mahkotakuu.Com