Wednesday, October 14, 2015

Riadah Cuti Awal Muharram, Taman Botani, Taman Wetland

Dah banyak hari dok fikir cuti awal Muharram nak buat apa ye? Atau nak pergi mana-mana ke? Dalam kepala ni terfikir kalau pergi kayuh basikal di Taman Botani Putrajaya ni best jugakkan. Bawa si kecil tu sambil beriadah dengan abah, abang dan kakak. Tapi dalam masa yang sama berat juga rasa hati bila mengenangkan cuaca dan kualiti udara yang tak berapa nak best sangat nih... sisa-sisa jerebu masih kelihatan... tak dapat lagi kita nak menghirup udara segar walaupun di pagi hari.. kelabu asap saja yang dok nampak huhuhu
 
Semalam buat usul pada en hubby... jom abah esok pagi2 kita bawa anak-anak pegi Taman Botani. Alhamdulillah usul diterima dengan positif hihi.. Maka pesanlah si ibu kepada anak-anaknya supaya tidur awal sebab esok kita nak pergi kayuh basikal, apalagi... semangat le budak-budak tu bila dengar kehkehkeh... seronok rasa hati ibu bila dapat menggembirakan hati anak-anak kannn
 
Keluar rumah pagi tadi dalam pukul 7.30 macam tu. Dah lama sangat ni tak pergi ke sana memang tak pasti le pukul berapa boleh sewa basikal. Semalam ada juga google tengok... katanya buka dari jam 7 pagi hingga 7 petang. Sekali sampai kaunter untuk sewa basikal belum buka pun lagi. Kaunter buka jam 9.00 pagi rupanya... Ohh ye untuk sewa basikal rm4.00 sejam untuk basikal single dan rm6 untuk yang ada sekali dengan baby carrier... kalau tak silap la sebab lupa pulak nak ambil gambar bayaran sewa basikal dekat depan kaunter tu tadi. Dah tak jadi sewa basikal maka kita jalan-jalan sambil jogging lah....
 
 
 Datang awal-awal pagi baru seronok sebab cuaca tak panas lagi... masih rasa kedinginan pagi ditambah dengan pelbagai jenis pokok-pokok besar yang meredupkan lagi suasana. Terasa nyaman juga udara walaupun sebenarnya jerebu pun dok ada..
 
 Budak kecik ni dah 2 tahun usianya. Seronok tengok dia berlari-lari dengan abang dan kakak. Tapi sebab kat dalam ni jalannya boleh tahan juga berbukit sikit itu yang sekejap-sekejap minta abahnya dukung.
 
Boleh tahan juga kawasan Taman Botani ni... agak luas. Tapi masih best sebab dapat tengok hijau-hijau saja..
 
 Jalan-jalan sikit nampak kerusi terus abahnya letak duduk. Abah pun penat juga dukung budak kecik ni.
 
 Dua beranak melepaskan lelah sebentar.
 
 Selfie dengan ibu... adik tengok apa tu?
 Kakak.... dah 10 tahun dah anak dara hikhikik.
 Abang dah tinggi daripada ibu dah pun... dah remaja.
 Kita selfie lagi...
 
 
 
 Dah penat tu berjalan dalam Taman Botani. Masa nak keluar tu nampak ramai dah orang dok beratur sewa basikal. Anak-anak masa ni memang frust lah tak dapat naik basikalkan... Tetiba abah kata jom pegi Taman Wetland pulak... kat sana pun boleh sewa basikal.
 Sebelum naik basikal, sarapan pagi dulu dekat cafĂ© di Taman Wetland. Harga ok lah tak mahal sangat dan makanan biasa le untuk sarapan ada nasi lemak, kueteaw goreng, mee goreng segala. Dah isi minyak ok... jom kayuh... Kat sini harga sewa basikal agak mahal berbanding di Taman Botani. Basikal single rm10 tak kira ada carrier ataupun tak. Kalau basikal double tu bayaran sewanya rm15.
 Amboii sengehhh senyum... akhirnya dapat juga naik basikalkan...
Boleh tahan jugakle penat dan lenguh kaki semua bagai berkayuh... Dah lama sangat nih tak kayuh basikal tambah dengan faktor usia, pastu tak rajin nak bersenam bagai... sekali sekala macam ni huishhhh termengah-mengah jugakle... boleh tahan semput jadinya kikiki...
 
Lebih kurang sejam jugakle berkayuh dengan anak-anak. Kalau nak ikutkan anak-anak taknak balik lagi tapi memandangkan hari dah makin panas campur ibu pun dah letih... nak balik masak lagi kan untuk makan tengahari maka jomlah balik anak-anak oiiii... Lain kali pulak kita cuba naik paddle boat dengan berkayak pulak.
 
Sampai rumah dekat jam 11 lebih la... pastu meh bersilat di dapur le pulak....

No comments: