Sunday, February 16, 2014
~ Hujung minggu kami ~
~ Info : Pesta Buku ~
~ Big Bad Wolf Book Sale
15-23 Februari 2014
Mines exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor
~ Ekspo Buku Islam Putrajaya
28 Februari - 9 Mac 2014
Dewan Cempaka Sari, Presint 3
Kompleks Perbadanan Putrajaya
~ Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya
Penganjur MPH
19 - 23 Mac 2014
Putrajaya International Convention Centre
~ Read Malaysia
21 - 30 Mac 2014
Mines Exhibition Centre
Sri Kembangan, Selangor
~ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
24 April - 4 Mei 2014
PWTC
Jom kita beramai-ramai!!!
Saturday, February 15, 2014
~ My first Corelle ~

Set corelle pertamaku huhuhu... tak adanya nak simpan2 lagi, memang nak guna sangat dah ni... Barulah semangat bertambah berkobar-kobar nak memasak... Untuk permulaan biarlah set simple ni dulu... lepas ni pelan2 kayuh kita himpun lagi set corelle berdikit-dikit ecewahhhh!!! Set yang ni memang fresh design dari Australia tau. Jadi kalau kot ada yang berminat nak merasa atau nak menambah koleksi corelle boleh saja email ke akak ye! Banyak lagi design lain yang menarik sama ada dari Australia atau design dari US..
Wednesday, January 01, 2014
~ 2014 ~
Sekarang dia dah masuk kerja selepas bercuti 3 bulan setengah.. rutin hidup semakin sibuk jadinya dan akan bertambah sibuk bermula esok sebab sesi persekolahan pun sudah dibuka semula. Owhhhh ini bukan rungutan tapi hakikat untuknya sebagai ibu. Yahhh segalanya bisa diatur InshaAllah... minda harus sentiasa positif.. fikir positif, beri positif harus dapat balik semua yang positif!!! Reset minda! Bak kata Prof Muhaya kannn
Resolusi tahun baru? Sama saja macamana resolusinya sewaktu malangkah tahun baru Hijrah hari tu... apa yang boleh dia kongsi hanyalah ingin menjadi insan yang lebih baik... sama ada sebagai hambaNya... sebagai anak, isteri, ibu, adik, kakak mahupun sebagai sahabat. Selebihnya biarlah dia simpan untuk diri sendiri.
Tahun ini mungkin semangatnya agak berbeza berbanding setahun yang lalu... ya hampir sepanjang tahun melalui pengalaman hamil, bersalin, berpantang, menjaga anak kecil dan sebagainya setelah hampir lapan tahun tidak melaluinya errrmmmm memang satu pengalaman yang bukan mudah. Namun alhamdulillahhhh segalanya berjaya ditempuhi. Tahun ini juga pasti pengalaman yang juga cukup berbeza pasti akan ditempuhh
Dalam hidup mesti ada perubahan... setiap tahun umur berubah makin bertambah.. ahli keluarga bertambah.. kos kehidupan turut berubah.. pencapaian dalm diri juga perlukan perubahan namun terpulang untuk berubah menjadi lebih baik ataupun sebaliknya... errrmmm sebut pasal kos yang akan mengalami beberapa kenaikan memang harus bersedialahkan, pandai-pandailah kita menguruskan bajet. Akhirnya berbalik pada rezeki yang Allah beri jua..
Friday, November 22, 2013
~ masa itu sangatlahhh... ~
Rupa-rupanya bila ada abang dan kakak di rumah rutin ibu semakin sibuk hahaha... tak tahulah apa yang disibukkan sangat. Memang dia lelah saat malam tiba. Lepas makan malam kurang lebih jam 9 ke 9.30 malam tu mata pun dah makin layu minta untuk beradu... Sekarang ni kalau ada waktu boleh lelapkan mata barang sebentar pun mesti akan lelap juga waima dapat hanya 5 minit saja pun.
Sepatutnya waktu ini adik dah bangun untuk mandi. Entah kenapa hari ni tengok masih nyenyak tidurnya... sejuk hujan kot... sedap tidur. Abang dan kakak pun masih tidur, mesti semalam tidur lewat juga. Entah apa yang dibuat dua beradik tu, almaklumlahkan cuti sekolah. Abahnya dah cakap cuti sekolah ni duduk rumah saja... tak payah nak berjalan kemana-mana dek sebab keputusan peperiksaan yang 'cantiiiikkkk sangatttt tuuuu' huhuhuhu...
Mujur juga sekarang kalau ber'online' dia guna ipad saja. Mudah... sambil baring sebelah adik pun dia boleh jalan-jalan baca blog... tengok fb. Menulis ni pun guna ipad juga. Untuk kemaskini blog ni dia guna aplikasi Posts. Biasalah... kita guna yang percuma sajalah kan...
Dah... tak boleh nak lama-lama sangat di sini.. banyak lagi kerja lain yang menanti...
Nah abang kawasan yang semakin hari makin berubah peelnya... geraaammmmm je... rasa nak gigit-gigit
Ni entah bila kakaknya ambil gambar... pastu siap touch up pulak. Eja nama adik pun tak betul... kakak.. kakak..
Saturday, November 16, 2013
~ Selamat bercuti ~
Tahun depan kakak dah di tahun 3 abang pula di tahun 6, tahun penting akan menghadapi UPSR. Di mana silapnya..? Di mana kurangnya..? Ibu dan abah nak kena muhasabah diri, harus lipat gandakan usaha. Ya.. usaha tu yang paling penting. Tumpuan yang lebih juga untuk abang.. tak mengapa abang, kita.. ibu, abah dan abang akan bersama-sama berusaha in sha Allah!
Jujur cakap, bila melihat kejayaan anak-anak rakan dalam UPSR baru-baru ini hati ibu sedikit bimbang. Terbayang macamana dengan abang tahun hadapan. Bolehkah berjaya macam anak-anak rakan ibu tu? Dapatkah abang meraih keputusan yang membanggakan? Memang la orang cakap jangan tumpu pada kejayaan akademik semata.. ye ibu faham tu. Tapi ibu manala yang tak mahu anaknya berjaya kan... sama ada di dunia mahupun berjaya di akhirat. Ibu juga faham UPSR ini hanya permulaan tapi kalau yang mula dah tersadung macamana nak melangkah ke tangga seterusnya...
Errrmmm entahlah... ini hanya luahan hati seorang ibu. Cakap banyak pun tak guna kalau usaha tidak bermula.
Apa nak dibuat ye dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. Cuti bersalinnya masih berbaki kurang lebih 2 minggu sahaja lagi. Mungkin waktu cuti sekolah ini boleh menjadi titik mula untuk abang bersiap siaga menghadapi pelajaran tahun hadapan... Dia pun tak mahu memaksa dan menekan sangat anak-anak, tapi dia pun tak mahu duduk saja.
Jom abah... kita merancang tapi Allah jua yang menentukan. Doa dan tawakal juga jadi iringan!
Monday, November 11, 2013
~ Nursing cover ~
Semalam sedang belek-belek gambar semasa kenduri aqiqah adik hari tu terjumpa pula gambar di bawah ni. Ye kami bangga menyusukan anak dengan susu badan. Buktinya sudah terang lagi bersuluh.. dua-dua orang senyum bergelak ketawa sambil menyusu. Sila cari baby tersembunyi kikiki..
Bukanlah satu halangan bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak pada bila-bila masa pun dan di mana-mana saja. Tak perlulah nak rasa malu atau segan sebab susu ibu adalah hak eksklusif anak-anak dan anak-anak ini adalah amanah Allah. Maka kena jaga amanah Allah ini baik-baik. Susu ibukan adalah susu terbaik! Biarlah apa pun pandangan orang selagi kita menjaga aurat tutup apa yang tak sepatutnya diperlihatkan maka tiada alasan lagi.
Selain dari menyusu di bilik penyusuan yang ada itupun kalau disediakan, kita boleh saja guna nursing cover. Itu yang macam dia dan sepupu guna seperti dalam gambar kat atas tu. Yang macam dia guna tu macam apron sikit tapi tak ada tali ikat belakanglah. Ada juga yang macam shawl kan, kain pun lagi lembut tapi dia tak pandai nak guna yang macam tu. Macam apron ni senang, bila nak guna sangkut saja kat leher. Kain tu macam panas sikitlah tapi oklah tak tebal sangat pun. Nursing cover ni sudah menjadi salah satu barang yang mesti ada dalam beg tangan. Keluar kemana-mana mesti bawa..
Nursing cover yang dia guna beli online saja di facebook Arts Touch. Di situ ada macam-macam corak nursing cover yang boleh dipilih. Rambang mata juga sebenarnya nak pilih, semua corak berkenan heheh.. Sekarang tak ada masalah lagi untuk menyusukan si kecil di mana-mana saja yey!

