Walau hari minggu, tetap kena bangun awal. Hari ini abang akan menghadapi perlawanan pertama bersama First Kick di Sek. Keb. Alam Megah 2, Shah alam. First Kick bertemu dengan Gen Pro. Bawah 8 tahun agak ramai, jadi dibahagikan kepada 5 kumpulan. Mereka bermain 7 sebelah. Perlawanan ini adalah untuk pemilihan bagi perlawanan kelayakan dalam Liga Kemerdekaan (kalau tidak silap) yang akan diadakan pada 31 Julai nanti. Keputusan : First Kick mengalahkan Gen Pro; 5-2. Tetapi abah memang tidak puas hati dengan persembahan abang yang entah apa-apa itu hehehe... "ok abah, bagi dia peluang ye, inikan first game abang..."
Game habis hampir jam 11 pagi, kami terus pergi sarapan aka makan tengahari... perut masing-masing sudah berkeroncong. Konon nak balik rumah, tapi macam biasalah tiba-tiba sahaja melencong ke tempat lain hihihi. Sebelum itu, en.hubby singgah pejabat, ambil barang tertinggal kemudian kami terus pergi Giant beli barang rumah. Tok tek tok tek sudah jam 2 petang. Dari Giant kononnya juga hendak terus balik rumah, alih-alih boleh lajak ke Puchong Perdana pula, pekena cendol. Memang selalu macam tulah.... mujur juga tak lajak sampai USJ pekena durian kannnn hik hik hik... Sampai rumah dah hampir pukul 3 petang.
Abaikanlah adik yang moody itu; ibu pakai tudung baru yang en. hubby beli hehehe... (lain kali belilah 2 ke 3 helai ahaks!)
Mari..mari..mari makan cendol
Lepas makan, abang posing depan banner
Waktu sampai rumah ibu sudah mula sakit kepala (migrain).Tidak tahulah kenapa, sekarang ni kalau panas-panas sikit saya dah tak boleh tahan mesti kena migrain. Balik tu memang terus telan panadol sahaja. Masa ni juga abanglong saya telefon cakap nak datang rumah, dah nak sampai pun... mujurlah migrain sudah semakin reda. Ingatkan abanglong seorang, rupanya ada si kecil Luqman Afif dan famili....yey!!! rindu betul dengan si kecil tu. Mula fikir, apa hendak dijamu? Dengan pantas keluarkan ayam, rendam bihun segala bagai... jeng jeng jeng jadilah bihun goreng sempoi...
Wajah adik yang tidak ceria sepanjang hari
Seharian hari minggu... letihnya masyaallahhh. Ditambah lagi dengan kerena si adik yang sangat... sangat...manja dan mengada-ada. Walau dah baik dari demam tapi badannya yang masih belum bertenaga itu... asyiklah buat perangai. Sabar sahajalah...
No comments:
Post a Comment